FOLLOWER

Saturday, June 16, 2012

SELAMAT HARI BAPA

Last month baru sambut birthday abah, dan harini sambut hari bapa pula.
Selamat hari bapa buat my lovely daddy. Kakak bangga jadi anak sulung abah :)

U know what,
Abah banyak ajar saya erti hidup,
Ye kadang-kala kita lihat dari mata kasar macam mama yang banyak berjasa, semua mama lah. Tapi sedar atau tak, dalam ketegasan seorang ayah sebenarnya banyak yang dapat dipelajari.

Dulu, saya selalu merajuk kat abah bila abah asyik busy kerja, weekend pun kerja. Saya merajuk dan kata "abah ni, nak tidur kat tempat kerje ke ? Busy je" masa saya sekolah rendah dulu, bila saya dah tidur baru abah balik kerja, bila saya nak pergi sekolah pula abah bersiap nak pergi kerja.

TAPI, bila saya sendiri dah bekerja, saya faham. Abah sibuk cari rezeki untuk besar kan kami. Bukan senang nak memikul tanggungjwb dan memenuhi kehendak anak2 yg bsilih ganti. Saya sendiri yang dah bekerja ni pun even kerja 8 jam, dalam aircond, pun tak sabar dan tertanya "bile nak weekend ni" kemudian badan terkadang letih bkerja. tapi abah ? Still bekerja. Bekerja dan bekerja. Saya kagum pada abah.

Abah memang garang kat tempat kerja sebb kerja abah memerlukan dia menjadi "leader" bg pkerja bawahan dia. Tapi bila kat rumah, tak, abah tak garang langsung. Adik-adik degil macammana pun abah senyum je. Abah kata, "sejuk hati abah tengk gelagat anak2 abah" Apa anak2 buat, abah setuju. Asalkan yg tbaik bt kami. Kadang2 kakak pun degil, tapi abah akan tegur secara lembut. Hari-hari abah ingat kan "sembahyang jangan tinggal kak, pintu rezeki sentiasa akan terbukak luas" abah selalu pesan tu.

Kalau orang lain, yang kejut bangun tidur sure mama kan ? Tapi saya, abah. Hehe. Abah yang kejut. Mama bangun pagi terus mengemas, abah lah yang ingatkan, bangun tidr, sembahyang. Semuaaa abah..

Masakan pertama saya adalah nasi goreng. Masa tu still sekolah rendah, sangat2 teringn belajar masak. Mama tak bagi, sebab nanti saya kecahkan dapur. Tapi abah relax dan cool sambil duduk dia ajarkan caranya. Saya ingat lagi, saya tumiskan lada tanpa minyak dan terus masukkan nasi. Pedas. Tak ada garam dan ajinamoto (baru belajar kan) tapi abah tetap makan :)

Kalau ada perancangan masa depan atau apa2 rahsia, saya selesa bercerita dengan abah. Abah tetap akan menyokong saya. Bagi galakan. Dan abah senyum je.

Kakak nak senang kan hidup abah, kakak nak bawa abah menunaikan haji dengan duit kakak, kakak nak bila abah tua nanti, kakak nak pastikan abah gembira, kakak nak balas jasa abah. Kakak pastikan badan abah tak sakit2. Kakak pastikan bank abah sentiasa berisi duit. Kakak pastikan cucu2 abah rapat dengan tok dia. Kakak akan tunaikan apa saja yang abah impikan. Kakak tahu kakak akan berjaya suatu hari nanti. Sebab abah selalu doakan kakak ;)

Terima kasih abah !
I love you.

Anak gadismu,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...