FOLLOWER

Tuesday, July 19, 2011

MENERIMA HAKIKAT HIDUP

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri, merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokkan dan kegembiraan, namun kita masih tak sedar mengenai HAKIKAT ERTI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR-BENARNYA.

Ramai orang tersalah sangka mengenai maksud kebahagiaan dalam hidup, selalu orang mengaitkan faktor kebahagiaan hidup dengan harta, dengan faktor kekayaan,walaupun sememangnya faktor itu turut menjadi penyumbang, tetpi itu bukanlah segala-galanya. Ingatlah, betapa ramai orang yang berada dan memiliki rumah besar dan mewah, tidur di atas katil yang empuk, tetapi dia tidak memiliki ketenangan dan lenanya tidak neyenyak. Bahkan orang yang tidur dipondok buruk,kadang-kala lebih lena tidurnya berbanding mereka yang menetap di rumah mewah. Ada juga orang yang dihidangkan dengan hidangan yang hebat dan lauk pauk yang hebat, tetapi lidahnya tidak memperolehi nikmat keenakan itu. Bahkan orang yang hanya di hidangkan satu dua jenis lauk sahaja tetapi dapat menikmati hidangan dengan lebih sedap dan selesa.

Kata Hamka, 
“lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatnya” 
semua orang menyangka, 
andai memiliki kemewahan tentulah akan memiliki 
kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan.

BELUM TENTU !

Tiada apa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWT. Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Dan jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh di hulur oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah menguruskan urusan kita dan Allah tidak menyerahkan urusan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata dunia boleh berbuat apa-apa, tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.
Jika Allah mengaturkan untuk kita apa yang orang sangkakan kita tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah, apa yang orang rasa rugi, Allah akan berikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak menyangka dan Allah mewujudkan keajaiban dalam kehiduan.
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah, lihatlah wahai dunia, kadangkala manusia apabila hilang suatu benda daripada dunia, seolah olah seperti hilang segala-galanya. Ingatlah kembali dalam hidup kita, sudah berkali-kali kita mengharungi keperitan hidup. Ingatlah ketika kita melalui keperitan kita akan merasakan seperti kita tidak dapat keluar daripada permasalahan itu, tetapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. 

Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita akan mengeluh dan berkata “habislah aku kali ini”, Tetapi usia kita semakin berjalan, Allhamdulillah kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidup ini. 

Ketika kesusahan kita akan mengatakan “Ya Allah tolonglah aku, Ya Allah tolonglah aku, aku susah Ya Allah”, tetapi hari ini kita telah lupa akan perkataan itu,dan kita kadang-kala lupa untuk bersyukur diatas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.

Orang-orang berkata kepada kita 
"disana orang ramai berkumpul untuk mengambil tindakan kepada kau”,
 “habis lah kau kali ini”, Tetapi Allah berkata, iman dia bertambah. 
Tidak sepatutnya kita mengatakan
 “mengapalah Allah membenci aku? Apalah dosa aku”.

 JANGAN !

kata Al-Quran, iman mereka bertambah. 
Mereka kata “cukuplah bagi kami Ya Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan”.

Pengalaman sering mematangkan diri, siapa yang tisdak melaluinya tidak akan memahami. Maksudnya, orang-orang yang pernah hidup dalam tawakal, dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal, bila hati insan bulat kepada Ya Rabbi “Ya Allah aku serahkan urusan ini kepadamu Ya Allah”

Kita sering lupa pada kehidupan kita di akhirat, 
apabila insan melihat dunia darpada dimensi akhirat, dia kan merasakan dunia ini sangat kecil, kehidupan ini sangat luas.
Masihkah kita ingat akan nikmat yang Allah berikan kepada kita selam ini ?

kita selalu hendak bersyukur andai diberikn benda baru.
Dan kita lupa bahawa apa yang ada pada kita ini adalah satu nikmat yang besar.

Kata Hamka, “Yang ada ini sudah harapan kita”
yang kita ada sekarang inilah harapan kita,. Tetapi insan, bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa pada yang telah ada.



my tears flowing like never stop while watching this.. :(

Saturday, July 16, 2011

KL night scene. first attempt

Assalamualaikum.

hari ini saya janji tidak akan membebel secara panjang ke memanjang ke lebar ke melebar ke. TAK.
hari ini saya nak ajak anda semua cuci-cuci mata memerhati keindahan KUALA LUMPUR 



around 6.15pm




around 7pm untill 8pm

Thats all je yang sempat di siapkan dari berpuluh puluh keping. 

;)

Friday, July 15, 2011

WANITA SEBAIK MANUSIA

I just finished reading this that leaves me with a tug at my heartstrings. You would if you read it up too. May Allah bless the soul of the warriors in Islam, like this one.

Please watch this : http://www.youtube.com/watch?v=45o090DcCU

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. 

Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.

Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.




saya menangis saat mhayati kisah sumaiyah,
bait2 kata2 dan lirik sangat menyentuh hati.
Ya Allah, kuatkan hatiku dan imanku,
seindah wanita sebaik baik manusia (sumaiyah) 


Hatiku sering tertanya apa dosa diri disaat
di uji dengan kepayahan,
MasyaAllah,


yakinlah, bahawa Allah sentiasa menguji
insan yang disayanginya


Semoga Allah memberi kekuatan pada diri
untuk tabah memimpin hati



INSYAALLAH 
;)



Wednesday, July 13, 2011

buy ur own island !

statement panas dari saya harini,
Tapi saya rasa saya patut luahkan
This is my own house (blog)

Hmm, malam tadi memonton bola
Plwann mlysia vs arsenal
Sangat kecewa dengan rkyt mlysia
Yg mmakai jersi arsenal. uh,
Kmana lah hilangnya smgat
Patriotik dlm diri kalian?
Ye, terlalu taksub dgn apa yg dsokong
Dn dpegang sehingga mlupakan
Dn tidak memikirkan kesan.
Walhal mmalukan diri sdiri

Now about politic :(
Fikirkan lah,
Tk sayang ke malaysia?

"tanya diri kau ape bakti kau pada negara
jgn tanya negara ape bakti pada diri kau.
sibuk huru hara kan negara.
at the end, keta kena curi,
kena rogol,kena bunuh sape kau cari?
polis kan? xkan nk cari pemimpin parti plak,
sure la cari polis.
Coruption happens every where la,
how to stop? .
the only thing we can do is to
reduce the number of corruption.
If u dont want corruption at all,
by all means buy your own
Island."

Fikirkan lah ye ;)

A song to sing to my love



Today is your day,
You can scream and shout,
So I would like to say,
I love you and there's no doubt.

You deserve everything I can give,
But I can only give you a little,
I'm happy that you can live,
You make me as happy as a skittle.

I love you so much,
I can't even explain,
I can feel the touch,
Of you in a picture frame.

I know you're getting older,
You're not getting younger,
You can cry on my shoulder,
I would rather you monger.

But don't feel alone,
Everyone has their day,
Someday when I'm grown,
My hair will be grey.

This is quotes 

I dedicate to you my love,
You really deserve it,
I hope you like this,
Because you are my honey.






HAPPY BIRTHDAY SAYANG

13 JULAI 2011 merupakan tarikh yang tersangat lah saya nanti kan dan saya anggap istemewa, its all about my jantung hati. Hari ini adalah ulangtahun kelahiran beliau yang ke 30 (uh, tua sudah). Allhamdulillah. Semuanya berjalan lancar even setiap kejutan yang saya plan kan buat beliau semuanya tidak menjadi. Hehe.


Seriously, actually 1st plan, saya memang dah plan celebrate birthday incik lalan 3 hari lebih awal, so 10hb (Sunday) saya plan nk buat something lah kan. 1st plan, kononnya tak mahu contact incik lalan selama 3 hari sebelum birthday beliau, dengan cubaan, kononnya nanti incik lalan merindui saya dan tercari-cari. Tehee ;P kononnya juga, saya nk off lah hp kan, bagi dia feeling sunyi2 dulu, kemudian, saya nk booking lah segala bagai nk buat ala2 candle light dinner lah kn. Yelah, menarik tau, 3 hari tiba2 menghilang, bagi kekasih u all tercari cari, kemudian tiba2 u all muncul depan rumah dieorang. Haaa, saya nk buat macm tu lah, tapi saya tak ada lah muncul kt rumah dia, nanti apa pula kata jiran tetangga dia kan, kahwin free pula. so dalam perancangan saya, bila on phone saya nk suruh dia datang suatu tempat@restaurant dan bila dia masuk, everybody akan sing a song “happy birthday to you~” TETAPI, tiba2 ada masalah pula, tarikh dah semakin menghampiri, semua tempat full, melaka katakan, you all faham lah event2 hujung minggu. So, call sana sini, full, terpaksa juga lah membuat panggilan kepada incik jantung hati then dengan hati yg hancur luluh saya kata kan “kejutan saya pada awak tak menjadi “.. dan saya ceritakan segalanya, tapi dia?? Ketawakan saya sangat teruk. Sigh* tapi kami celebrate juga, tapi bukan saya yg find place lah, tapi birthday boy ;P heheheh. Yela, area melaka mana lah saya tahu sangat, that y juga lah last Sunday kami makan3. Celebrate birthday incik jantung hati lah. Hehe ;)

And for u all information, that Sunday, petang,  kami plan juga nk berkelah, he told me to masak sup tulang dan ketam masak lemak cili api, sebelum tidur memang bersemangat lah menyediakan bahan2 masakan. TETAPI, malam tu, saya mengalami mimpi ngeri, bangun je tgk jam around 5am, terus take phone and call incik lalan sambil menangis “saya mimpi awak tinggalkan saya” , dan like always incik lalan kata saya ni suka mengarut, so solat subuh, mandi2, dan sempat juga lah saya buat BUBUR MERAH (masakan adat org jawe johor sbgai tanda syukur), ini pun kelam kabut juga, mencari GULA MERAH tiada pulaaaa, then abah mcari ke rumah tok, rumah tok pun tak ada dan abah mcari ke rumah mak uda, huh, nasib lah duduk kampung kan, kalau bandar besar, mana nak mcari gula merah pagi2 buta. Hehe. Dan kecoh juga lah semua tahu incik lalan punya birthday ;P siap memasak bubur, terus ke melaka. No sup tulang or ketam masak lemak cili api ye. Tak sempat memasak pun, terpengaruh dengan nightmare punya pasal, rerus ke melaka sambil buat muka dua puluh sen depan incik lalan. maaf lah ye, next time saya masakkan ;)

Plan ke 2, actually esok saya nak celebrate yang betul2. Disebab kan plan pertama kucar kacir, saya mengurus kan plan ke2. Memang excited lah ni kan. Tapi semalam incik lalan call menyatakan dia terpaksa pulang ke Kedah selama 5 hari disebabkan ayahanda beliau kurang sihat., so, pun tak jadi lah kejutan ke2. Apalah nasib kan? Huhu

Dan kemudian, ok, plan lagi.. saya create 1 video, ala2 CST PRODUCTION lah konon. Hehe. Dalam video tu saya wish birthday dia dan everything lah kn. Mengambil masa juga lah nk buat tau. Sebb saya tk pernah buat, tapi incik jntg hati punya pasal dn excited nk buat dia tharu, saya buat juga ! berjam jam jam. Saya plan, bila saya buat, video tu saya akan letak kan ke DROPBOX kami, ye, kami ada dropbox so anythings yg kami masukkn ke dropbox even dimana pun beliau, dia pn akan dapat juga. TETAPI, pun sama, tak menjadi, i dont know why ;( rasa kecewa sangatttt. Then i call him “awak, ketiga tiga kejutan saya pada awak tak menjadi..” dan dia ? ketawa terbahak bahak T_T
Bila fikirkan, saya tergelak sendiri, mungkin ada hikmah, tak pa, saya tunggu dia balik melaka. Tak lama kan, sekejap je. Wahai Fatin Fashiekin, bersabar lah !!!!!!!! ;)

Dear sayang, i know u read this, i love u damn much ok. U know that right ? everyday i told u that i love you. And everyday juga lah awak boringg dengar ayat yang sama. I hope Allah will bless our relationship, thanks cz always be there for me, ingat selalu, no matter what happen, i’m here for u, saya berjanji akan melindungi awak !



FOR THE REST OF MY LIFE, I WILL BE WITH YOU, I WILL STAY BY UR SIDE, HONEST AND TRUE, UNTILL THE END OF MY LIFE, I WILL LOVING YOU.


p/s : I AM SORRY, Sometimes i get jelouse thingking that someone else could make you happier than i could, i guess its my insecurities acting up because i know i am not the pretties, smarters or fun and exciting. But i'd know that no matter how hard and long u look : YOU WILL NEVER FIND SOMEBODY LOVES YOU LIKE I DO 

;)


Sunday, July 10, 2011

Hilangkan stress dengan makan

weekend?
Haruslah meninggalkan dan menjauhi
Segala masalah atau tekanan atau ditekan.
Hehe.

So? jom makan2 !!
Hangout wif incik jantung hati
Dan makan makan makan
Sambil mendengar beliau
Menjadi motivator tk bbayar
Kepada diriku ! ;)


















then, kenyang ! heheheh !
nyummy !

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...