FOLLOWER

Sunday, August 29, 2021

APA YANG SAYA NAK


 dah 31tahun ni,

saya cuma nak,
1)cari redha Allah,
2)cari redha suami,
3)cari redha mama abah
4)menjaga silaturrahim
.
saya cakap kat incik lalan ;
“untung Allahyarhamah siti sarah, suami dia kata izinkan dia pergi halal kan segalanya untuk jadi bidadari syurga”
.
tapi buka facebook, ramai orang kata macammana nak jadi siti sarah kalau pasangan tak macam shuib. saya geleng kepala. saya ni pun bukan sempurna apatah lagi incik lalan, tapi seriously, kahwin kena ada tolak ansur. kita buat ja sehabis baik, pasangan pasti akan lembut hati,  kalau tak lembut hati pun, at least asbab pasangan tu kita dapat pahala. 
.
saya takut sebenarnya,
takut dunia ni da kat penghujung,
keliling saya ramai kenalan meninggal dunia dek covid.
sampai saya rasa “numb”..
sedih wei tgk anak kawan sambut birthday tanpa mama dia,
sedih wei tgk mak ayah kehilangan anaknya,
.
oleh itu,
jom,
1)cari redha Allah,
2)cari redha suami,
3)cari redha mama abah
4)menjaga silaturrahim


Sunday, June 6, 2021

KERANA DIA IMAMKU

 

aku paling tak suka orang kata buruk ttg imam aku,

kalau kau cuba, 

bermakna kau bakal bermusuh dengan aku,

sebb dia berikatan dgn aku,

dn aku saksi bahawa dia ni memang segala benda dia sentiasa berusaha walaupun dia tak tahu, pasti akan menjadi tahu.

.

aku masih ingat masa dia jatuh terburuk,

dia seumpama bermula kembali,

tapi aku paut bahu dia,

aku tahu aku tak mampu,

tapi sekurangnya aku disisiny,

itu kan tugas sebagai isteri,

cukuplah sekadar tk mendatangkan masalah.

.

setiap masalah,

aku cari gali penyelesaian,

aku pastikan dia tk perlu runsing,

pasti aku akan berikan idea penyelesaian,

bahagianya bila melihat dia lega.

.

masa berganti masa,

sehingga susah berganti senang

.

mungkin kalian tak perasan,

“mana susahnya?”

kerana— 

dia ada aku penghiburnya,

dia ada aku perisainya,

dia ada aku pengubatnya,

dia ada aku si bijak yg pndai menyelesaikan masalah,

.

dan kini,

kami berpeluk,

tersenyum,

bersyukur,

berbahagia,

selamanya💝

.

betul,

fasa 5tahun perkahwinan, akan diduga dengan,

sanggup tak susah senang?

dan kerana  dia imamku,

semestinya, selamanya aku makmumnya,

aku sanggup 🤲🏻


Thursday, May 6, 2021

ANNIVERSARY PKP




video full : youtube lalan food


Anniversary ke 6,
hati dipenuhi cinta
hati dipenuhi sayang
hati dipenuhi bahagia

Allhamdulillah utk 6tahun indah ini,
sama2 sampai syurga ye,
ayang nak kite kat dalam syurga nanti,
bersiar-siar kat halaman istana kita disyurga,
sambil kata : “dulu kt dunia, apa pun cabaran kita harung bersama,Allhamdulillah masuk syurga kan yang?” 🥰

untuk 6 tahun berkahwin ni,
saya semakin matang,
saya tanya diri saya, saya nk suami macammana, so saya akan jawab :
-saya nak suami soleh
-saya nak suami funny
-saya nak suami pemurah
-saya nak suami manja dengan saya
-saya nak suami yg bsusah pyh dgn saya
-saya nak suami yg bkepit dgn saya

so, bila saya nak ciri2 suami seperti diatas,
cara untuk dapatkan adalah,
saya buat semua perkara diatas,
-usaha jd isteri solehah
-sentiasa funny dan kepoh
-tak bkire dengan suami
-manje gedik kt suami
-bile suami bmasalh sy positif 
-sentiasa bkeput dgn suami smpai suami fak biase kalu tak ada saya

HAHAHAHAH

dan, kesannya,
bila saya buat semua tu,
MasyaAllah, indahnya lahai perkahwinan ni,
hari2 jatuh cinte.

dear Ahmad Faizal Sulaiman,
ayang sayang abang sangt sangat sangat !
i love youuuuu

___________________________

kami celebrate di imperior residence melaka raya, kami checkin bilik tema hello kitty,
kami decide, happy kan anak, kami pun happy 😇




Wednesday, March 10, 2021

UNTUK KASEH ANGGUN

bulan 1 daddy belikan rantai, sekarang da berani tindik, so daddy belikan pula anting2 :)





Saturday, February 13, 2021

SEMPURNA

Assalamualaikum,


menghampiri ramadhan,
saya sangat lah penat, permintaan pelanggan baru untuk test market meningkat (sebb nak raya),Allhamdulillah.
tapi saya agak struggle,
struggle nak uruskan masa antara perniagaan dan rumahtangga,
saya syukur cuma badan lenguh,
lepastu rasa diri gagal sebab tak perfect,
lepastu stress kalau urusan rumah terbengkalai, walhal basuh pinggan je pun,
sampai nangis kat suami “nak dishwasher”
bayangkan betapa gediknya saya bila penat.
.
tapi tadi sambil membasuh pinggan mangkuk, tiba-tiba tersenyum,
ingat balik, suami tolong hantar oder pelanggan, suami tolong tapaukn breakfast, suami buatkan air, suami bagi makan anak,
suami tidurkan ank sesi petang, suami ajar anak homework, suami tolong hat bisnes bahagian spin, suami tolong tapau makanan sesi malam, suami tolong gorengkan telur mata permintaan isteri gedik yg da ade nasi goreng tapi nak telur mata, dalam sehari pun tengok lah, macam2 suami buat, tetibe sis rasa sebak.
.
pandang pula hat anak,
anak saya baru 5tahun dan sorang lagi 2tahun2bulan, mereka tu kecik lagi, tapi MasyaAllah, tolong mommy mengemas bila siap bermain, si kecik pun beria menyapu rumah meniru gaya saya. si kakak terkenal dengan perfectionist, so mmg wajar dibanggakan, terus saya sebak lagi, Allah kurniakan apa yg saya perlu, bukan apa yang saya mahu. anak2 dara saya tu ringan tulang, pandai membantu saya, Allah hadirkan mereka menjadi pembantu saya uruskan rumah.
.
SubhanaAllah.
.
settle membasuh pinggan yang pada mulanya saya rungutkan, terus saya jadi bertenaga dan malu pada Allah, terus mengelap segala ceruk, terus ke toilet menyental segala perlu disental, perfect indah rumah 🌈 terus kekuatan datang, terua godaan syaitan penuh dengan rungutan tu hilang.
.
MasyaAllah, jahat sangat syaitan, saya minta pada Allah rezeki, Allah limpahkan saya dengan rezeki tapi syaitan goda saya supaya merungut letih, Allhamdulillah saya tersedar.
.
Maafkan saya Allah,
terima kasih Allah atas segalanya,
dan terima kasih abang dan anak2,
mommy sayang korang,



PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...