FOLLOWER

Monday, May 4, 2020

2016 vs 2020


gambar 2016 dan 2020 πŸ˜†
dulu leher dia berlekuk, skg xde da πŸ˜†
dulu pipi tirus, skg naik daaa


paling penting, 
sekarang pi kerje dia tak boleh tuckin baju,
dah melampau lebih perut kedepan,
HAHAHAHAHAHA
 


Sent from my iPhone

Sunday, May 3, 2020

ANNIVERSARY KE 5 (QUARANTINE ANNIVERSARY)


“from a shy guy then he found me (talkative girl) and then i bring out a talkative person in him and change his life for better.”
 



tahun ke 5 kami,
masih saling gilakan satu sama lain ❤️
HAHAHAHAHAHA


kalau nak di ulang betapa saya sayangkan dia, rasanya semua orang tahu betapa saya sangat sangat sangat sayang dia, depan mata pun biasenya lunyai saya peluk kuat-kuat sambil kata depan mata pun rindu


husband pula, dia agak reserved, dia kan jenis malu2, tapi dia langsung tak kisah saya upload dekat fb dan instagram yang dia kiss pipi saya, buat something romantik untuk saya contohnya sebelumni paksa bini beli handbag, dia gengam tangan bini masuk kedai dan tanpa segan pada seller, dia memilih sendiri, wpun masatu bini buat muke mcm pau lenyek sebab jual mahal taknak handbag dan purse baru HAHAHAHAHAHAAHHA 


mula-mula saya pening woo pikir macammana sambutan anniversary masa kuarantin, puas godek online macam2 tapi untuk malaysia semua tutup dan bagi macam-macam alasan, tapi saya faham, jasin kawasan redzone, kalau beli online pun lambat sampai.


at last, saya decide buat sambutan di rumah guna apa yang ada, tapi kena romantik ! yela anniversary kan, kena lah ada sentimental value πŸ˜†


1) blanketfort :
saya tanya diri saya, apa saya suka bila ber2 dengan suami, semestinya saya suka CUDDLE, so i pk, bilik dah bosan da, nak keluar tidur hotel, tengah PKP, then dapat idea dari pintrest tentang havefun dengan pasangan dan anak, buat blanketfort. masa buat anak paling happy sangat2, asyik kata “bestnya mommy, castle untuk kaseh ke mommy”..





husband tahu apa yang saya plan, awal2 saya senaraikan apa saya nk buat, part dia saya oder apa saya nak makan iaitu kek secret recipe, dan pizza, tapi husband bebel dia kata tiap kali oder pizza tak habis, so dia tapau carbonara + brown sugar boba+ lamb chop dari secret rcpe, okey la, sedap tuuuuu hehe




2) romantic candle :
mencari fairy light semuaaa tak ada, so terpaksa guna lilin kat rumah, letak dalm mangkuk macam crystal, okey la romantik juga laa hehe






3) romantic movie :
tengk drama korea the beauty inside, syok2, bila part romantik2 je kata kat suami “nasib suami halal ada sebelah, untung ayang, agak2 depa kiss, kita kiss lah” HAHAHAHAHAHA


4) cuddle :
wajib laaaaaaa......... 


semoga rumahtangga kita sampi syurga, ayang sayanggggggg abangggggggggggggggggggg 😚

**nak tengk video, pi kat instagram
kite fatenfashiekin naa” πŸ˜‡

Friday, April 24, 2020

TAK BEST SEPANJANG PKP KUARANTIN

sebelum ni dah cerita perkara best,
harini update perkara tak best.
tak best nya, sepanjang dirumah saya kena memegang tittle cikgu full time πŸ˜†

tadika kaseh tak cuti ye,
belajar seperti biasa tapi secara live melalui zoom meeting. 

so kalau selamani bab mengajar anak
kite serah pada teacher, untuk pembelajaran online ni, parent kene guide sama dan semestinya ada homework yang perlu disiapkan juga.


before this, lepas subuh kejut anak,
breakfast bersama lepastu hantar sekolah dan letak tanggungjawab pada teacher. i’m free masa anak kat sekolah. sekarang, lepas subuh kene siapkan anak, semestinya walaupun belajar dirumah, my daughter kene kelihatan paling cantik HAHAHAHAH. 


bayangkan, lepas subuh settlekan anak, semestinya akan ada drama mals mandi, mals breakfast, berkejar ikat rambut, tibe2 kelas bermula, masa kelas bermula dengan saya sekali kena belajar. paling seram bahasa cina, padan muka saya, hantar ank belajar bahasa cina, sekarang bila da tua2 diri sendiri pn kene belajar haa br thu macammana πŸ˜†πŸ˜†


tapi actually pagi untuk subject pertama incik lalan yang teman kaseh. pagi2 saya sibuk prepare makanan tengahari anak, if incik lalan tak takeover pagi, tengahari nak masak agak kelam kabut, si adik pun mula mengantuk la, macam-macam, so pagi memang incik lalan teman kaseh live. (hmm actually saya saje juga buat2 sibuk hahahah saje bg daddy dia pun mrasa huhu)


lepas kelas dah tengahari, incik lalan balik lunch (cerita sebelum ramadhan) so saya melayan incik lalan pula untuk makan bersama, macam saya kata sebelumni walaupun kuarantin, incik lalan bekerja seperti biasa. incik lalan pi kerja saya memikir untuk sesi minum petang pula.
fuhh penuh,


nasib baik la hal kerepek semua dah guna mesin auto, kalau menyagat manuel gune tangan, fuh, terkulai tangan sebab ada kerja non stop πŸ˜‚


APAPUN,
SAYA PUAS HATI DENGAN TADIKA MRC !
serius 5 bintang 🌟🌟🌟🌟🌟
actually hikmah pkp ni,
barulah kite akan nampak tadika anak tu macammana, adakah nak duit anda semata atau memang memberi perkhidmatan terbaik sebab tak nak pelajar ketinggalan dalam sesi pembelajaran.


yes mrc, setiap subject ada teacher khas yang berkelayakkan mengajar. bukan 1 teacher untuk semua subject dan
pembantu hanya mengekor belakang. tidak.
setiap seorang teacher 1 subject. 


baru2 ni ada terbaca posting pengusaha tadika, katanya bab payment perlukan perbincangan yg baik, saya kata “buat pembelajaran online ibubpa tak kan rasa ralat membayar”, pengusaha kata “ada parent tak mampu bayar, ada pelajar tak ada printer”... saya geleng kepala..ye betul kita kesian pd pelajar tak mampu, tapi kepada pelajar yg mampu ada solution tak ? sebabtu waktu2 macamni, parent akan nampak antara mementingkan keuntungan atau mementingkan ilmu untuk murid.


bagi parent yang tadika mereka tak ada buat sesi pembelajaran online, selamat menjadi cikgu. saya pun wpun kaseh belajar online, tapi kalau boleh nak kaseh catchup semua awal. so hari2 saya berleter membebel kadi tarzan mengajar kaseh πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


didoakan dipermudahkn urusan kita semua




Friday, April 17, 2020

HIKMAH KUARANTIN DI MUSIM COVID19



since duduk rumah sekarang,
sane sini rumah kilat,
yela sebelumni sibuk,
sebelumni bila free je merayap,
bila free je tak ada rumah.


sekarang, perdana menteri bagi free duduk rumah, Allhamdulillah rumah jenis ada halaman, tak ade lah bosan sangat.


hikmah kuarantin ni saya jadi alert dengan segala kekotoran, dengan segala perubahan, dah macam OCD πŸ˜† kat halaman rumah tu,
sehelai daun pun tak boleh gugur, dapur tu puas aih saya sental sental sental. cermin pun puas dah memanjat sana sini duk gilap.
sampai suami kata “jatuh bangun sendiri yang” huhu toilet tiptop merelip.


untuk stok barangan dapur pula,
haa tu incik lalan handle, peh dah macam nak buka kedai runcit πŸ˜…sampai saya marah “stop beli barang, stoppppp” barang basah dan kering semua banyak sangat. bile si bini bebel je dia kata “almaklumla penjimatan banyak sejak isteri tak asyik ajak makan lua” hahahah kuangasam.


tapi as bini,
lagi2 musim kuarantin ni, macammana banyak pun husband beli, saya tetap sukat? bermaksud penggunaan mana harus didahulukan dan yang mana boleh simpan jangkamasa lama. yela, sebagai isteri kene bijak juga nak manage penyimpanan.


rasa seronok pula dengan kuarantin ni, paling seronok bila pukul 5.30petang je, saya akan buka pintu rumah, anak2 dn suami akan kat luar rumah, suami settlekan kelulut dia, anak bermain basikal, saya kemas laman rumah. ye ia benda simple. tapi untuk saya yang selalu sibuk ni, rutin ni sangat membahagiakan ❤️


dan semestinye part menu,
ramadhan belum mula tapi menu saya dah menu hari raya huhu,
gigih la masak lepastu pergi rumah jiran2 hantar juadah. yela hobi bosan memasak, tapi tukang masak dewasa cume suami, agihkan lah rezeki utk jiran πŸ˜‡



saya dah get ready andai penghujung ramadhan masih kuarantin, sebab saya cukup adanya anak dn suami disisi. 


**actually ada juga yang tak seronok,
itu next post k hehe






Sunday, April 12, 2020

AMBIL YANG JERNIH YE


nk cerita tanpa share nama hospital,
kesalnya dengan sikap manusia.

1) masa i baru bleeding nk buat 1st checkup (sikit je) i masuk je ruangan menunggu tak ada kerusi, i okey je sebab i tak rasa sakit, then lama bdiri akhirnya dpt kerusi, ttbe ada perempuan boyot pregnant masuk sambil bdesah desuh “ishhh ishhh” usap perut, nampak dia dekat dengan kerusi i, i bagi dia duduk. lepastu i kembali diri sambil konon baca segala gambar kt dinding hospital.
.
tak lama lepastu perempuan pregnant boyot tu dah dipanggil, i duduk semula kt kerusi dia la sebab kosong, masuk pula aunty rasanya mcm kena ketumbuhan kt leher, besar ketumbuhan bernanah, masih tak ada siapa bangun, so i cepat2 suruh aunty tu duduk.
.
2) situasi ruangan menunggu emergency pukul 11.40 malam, seorang perempuan bawa mak dia, bawa rm10, pergi kaunter kene jerit2 marah apasal tak ada seringgit, dan dia tanya siapa ada duit pecah rm1, semua diam, lokasi kami agak jauh, dia pusing kaunter lgi sambil kata tak ada duit kecik, tp kaunter tetap suruh dia cari seringgit sampai dapat, mak dia pn muka da susah hati sebab tak ada duit kecik, so i bangun dan bagi dia rm1 dn i kata “saya halalkn” ., hello, pukul 11.40malam, ruangan menunggu pun bukan ramai, kalau serius semua tak ada rm1 tak kan tak nk teruskan pendaftaran, dan terang2 sebelum perempuan tu masuk, ramai yang da daftar, yes kalau tak ada duit kecik, jangan la tengking marah perempuan tu.

3) masa kt wad (rahsia), i tunggu turn, kat katil ada pesakit tidur berdengkur, tapi ada perlian “tak puas puas lagi ke tidur” Allahuakbar. dia pesakit, penat tahan sakit dn tertidur, kenapa kta macamtu


kecewa sangat dengan sikap rakyat malaysia yang suka marah-marah dan suka butakan mata, suka kata buruk.. bila orang minta tolong buat-buat sibuk menghadap handphone, bila penat, orang tak salah pn kena marah untuk puaskan hati.


ikutkan i, i nak report je tulis borang yng disediakn, tapi i fikir balik, tiap orang ada hari buruk dia, mungkin pekerja tu dan orang kat ruangan menunggu tu penat, so i husnuzon je. mungkin Allah nak duga respon i bila benda ni jadi depan mata i.


cuma,
masih kecewa,
kita orang islam,
jaga silturrahimkan amalan mulia ❤️

video tak ada kaitan dgn entry
hahahahaha actually skg 1pagi dn baru teringat kes ni,




Friday, April 10, 2020

TIKTOK : FATINFASHIEKIN HAHAHA


kuarantin ditambah lagi 2 minggu,
Allhamdulillah, sebagai isteri yg memang 24jam kat rumah, bahagia musim kuarantin ni.


kalau tak,
balik kerja suami pi kebun,
sekarang pi kebun hantar makanan untuk anjing je. lepastu menghadap bini 24jam hahah

anak pun sekarang cuti sekolah,
senang juga lah,
kalau tak, berlari jemput balik sekolah,
nak siapkan masakan,
dengan bisnes lagi, ish ish ish
baru perasan selamani sibuk bebenau,

tu belum cerite part hujung minggu,
tak pernah lekat kt rumah,
merayauuuu je, perut tu ade jeee nak diisi bukan2, teringin macd la, fish manhattan la, tony romas la, melampau betul nafsu ye (baru perasan hahah)

awal bulan macam biasa la rutin pengurusan kewangan, semak semula bil, wah ! kuarantin ni jimat sangat huhu Allhamdulillah, kedai runcit area rumah pun Allhadmulillah dah dijenguk, kalau takkk asyik2 jusco mydin je, sekarang bantu bisnes orang kampung. 


saya lepas gugur, hmm pantang nye adalah “pantang jumpe” πŸ˜†kalau da name mak anak 2, pagi petang malam, macam2 dihidang, 


hikmah pkp ni,
simpanan berganda,
penjimatan pengeluaran dari segi makan luar dan minyak kerete,
PM bg kelonggaran untuk 6bulan tak perlu bayar loan, kwsp pn dibagi keluar, so rakyat malaysia ada cash yg banyak, Allhamdulillah, dipermudahkan sangat lah, terime ksih kerajaan kesayanganku ❤️


bukan tu je,
sempena PKP ni saya free sangat masa,
so saya dah ada akaun tiktok HAHAHAHAHA
idok ler saya berjoget, upload video masak-berkasih sayang dan anak2 je. tu laa terpengaruh dengan anak 2 orang tu, πŸ˜† 


akaun tiktok : fatinfashiekin
HAHAHAHAHAHAHAHAH


Tuesday, March 31, 2020

SUAMI KERISAUAN




masa kt wad,
dia risau kan bini,
terasa sangat disayangi πŸ€ͺ

dia janji
“esok abg peluk cium ayag”

esok nya bini balik,
baru nk cium,
kene tolak kepalaaaa,
sambil kata “pantanggggggg”

tak aci !!!!
hahahahaahahh


PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...