FOLLOWER

Friday, April 24, 2020

TAK BEST SEPANJANG PKP KUARANTIN

sebelum ni dah cerita perkara best,
harini update perkara tak best.
tak best nya, sepanjang dirumah saya kena memegang tittle cikgu full time 😆

tadika kaseh tak cuti ye,
belajar seperti biasa tapi secara live melalui zoom meeting. 

so kalau selamani bab mengajar anak
kite serah pada teacher, untuk pembelajaran online ni, parent kene guide sama dan semestinya ada homework yang perlu disiapkan juga.


before this, lepas subuh kejut anak,
breakfast bersama lepastu hantar sekolah dan letak tanggungjawab pada teacher. i’m free masa anak kat sekolah. sekarang, lepas subuh kene siapkan anak, semestinya walaupun belajar dirumah, my daughter kene kelihatan paling cantik HAHAHAHAH. 


bayangkan, lepas subuh settlekan anak, semestinya akan ada drama mals mandi, mals breakfast, berkejar ikat rambut, tibe2 kelas bermula, masa kelas bermula dengan saya sekali kena belajar. paling seram bahasa cina, padan muka saya, hantar ank belajar bahasa cina, sekarang bila da tua2 diri sendiri pn kene belajar haa br thu macammana 😆😆


tapi actually pagi untuk subject pertama incik lalan yang teman kaseh. pagi2 saya sibuk prepare makanan tengahari anak, if incik lalan tak takeover pagi, tengahari nak masak agak kelam kabut, si adik pun mula mengantuk la, macam-macam, so pagi memang incik lalan teman kaseh live. (hmm actually saya saje juga buat2 sibuk hahahah saje bg daddy dia pun mrasa huhu)


lepas kelas dah tengahari, incik lalan balik lunch (cerita sebelum ramadhan) so saya melayan incik lalan pula untuk makan bersama, macam saya kata sebelumni walaupun kuarantin, incik lalan bekerja seperti biasa. incik lalan pi kerja saya memikir untuk sesi minum petang pula.
fuhh penuh,


nasib baik la hal kerepek semua dah guna mesin auto, kalau menyagat manuel gune tangan, fuh, terkulai tangan sebab ada kerja non stop 😂


APAPUN,
SAYA PUAS HATI DENGAN TADIKA MRC !
serius 5 bintang 🌟🌟🌟🌟🌟
actually hikmah pkp ni,
barulah kite akan nampak tadika anak tu macammana, adakah nak duit anda semata atau memang memberi perkhidmatan terbaik sebab tak nak pelajar ketinggalan dalam sesi pembelajaran.


yes mrc, setiap subject ada teacher khas yang berkelayakkan mengajar. bukan 1 teacher untuk semua subject dan
pembantu hanya mengekor belakang. tidak.
setiap seorang teacher 1 subject. 


baru2 ni ada terbaca posting pengusaha tadika, katanya bab payment perlukan perbincangan yg baik, saya kata “buat pembelajaran online ibubpa tak kan rasa ralat membayar”, pengusaha kata “ada parent tak mampu bayar, ada pelajar tak ada printer”... saya geleng kepala..ye betul kita kesian pd pelajar tak mampu, tapi kepada pelajar yg mampu ada solution tak ? sebabtu waktu2 macamni, parent akan nampak antara mementingkan keuntungan atau mementingkan ilmu untuk murid.


bagi parent yang tadika mereka tak ada buat sesi pembelajaran online, selamat menjadi cikgu. saya pun wpun kaseh belajar online, tapi kalau boleh nak kaseh catchup semua awal. so hari2 saya berleter membebel kadi tarzan mengajar kaseh 😆😆😆


didoakan dipermudahkn urusan kita semua




No comments:

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...