FOLLOWER

Thursday, March 12, 2020

CARSEAT BOOSTER UNTUK KASEH



baru 2 carseat niii,
ni next year plan nak tambah anak,
sumbat 1 muat la, 
plan nak anak 10,
mane nak sumbat lagii,

hmm
kena beli merc vito 10seat lah nampaknya hahahahaha. Aamiin.

macam biase,
jenama kegemaran menjadi pilihan adalah maxi cosi, Allhamdulillah anak dah terbisa dengan carseat siap tertidur terus 😘


Sent from my iPhone






SIKITTT SAHAJA LAGI #rumahff


hai, rumah kami dah 60% siap, Allhamdulillah. perkara paling membahagiakan adalah, bila dapat berbaring dikatil bersama pasangan tercinta kemudian saling membayangkan macammana nak mengindahkan
mahligai bersama.

semestinya ia manis buat saya sebab rumah ini dibeli setelah kami berkahwin, kumpul duit bersama, usaha bersama, so rasa manis tu tersangat manis. kalau sebelumni apa jua yang suami beli itu adalah pemilihan dia, tanpa saya ambil port. tetapi setelah kahwin, apa yang dia beli, termaktub milik saya sebagai permaisuri **betulkan crown** hahahahah


manis tersangat manis, bila daki jatuh bangun bersama tau. walaupun incik lalan kata dia masih mencari tanah2 untuk dibina rumah pencen idamannya, tapi ah itu saya ketepikan dulu. geram jugak lah, asyik-asyik dok scroll dan kata “sayang ni tepijalan ni” dan saya pula ingatkan dia “sabar dulu yang, fokus ni dulu” 😒


semakin rumah nak siap, semakin nervous sebenarnya, nervous memikirkan berapa lah agaknya rate sekarang untuk kabinet / wainscoting / wiring dan kos untuk pasang cassete aircond. nervous tau. dan masih tak sependapt sebab incik lalan beria nak buat sendiri partition, tinted cermin dan wainscoting, hadoi. dia bersemangat waja, asyik survey alat pertukangan ye guys. hadoi. yela saya risau, alat tu silap2 sama harga dengan upah orang. walaupun saya pening tengk semangat incik lalan, but i know dia boleh buat, yes, my husband serba boleh.

kepada yang masih tak ada rumah, atau tak happy dengan rumah korang. jangan mengeluh guys. pasang je impian, apa saya ada sekarang saya mulakan dengan anganan + gandakan usaha + ikhtiar lepastu saya dapat.


untuk dapat apa saya ada harini, macam-macam tahap kesabaran saya lalui guys, dengan keadaan berbisnes dirumah. bayangkan bilik dah jadi stor kotak untuk barang pengeposan / bubble berbundle-bundle / stok plastik, ruangtamu utama rumah pula penuh dengan stok kerepek beratus pek. 


serius pening nak bahagikan bisnes dan rumah TAPIIIIIIIIIII saya syukur, kalau bukan sebab stok kerepek beratus pek yang hari-hari memnuhi rumah. kalau tak kerana penuhnya botol goodies / kotak pengeposan / bubble memenuhi bilik, saya tak kan mampu ada apa saya ada sekarang. sebab “itu semua rezeki.....” untuk apa jdirungutkan. Allah beri saya kesibukkan dan Allah hadiahkan nikmat, sewajibnya saya bersyukur.

tiap kali saudara mara / kawan incik lalan nak datang rumah, kami pening, pening sebab rumah kami dah macam showroom kerepek haha , nak duduk manaaaa la wahai tetamu,.. nasib baik menggoreng dikedai. kalau dirumah, lagi feninggg 😆


lepasni kat rumah sekarang, jadikan rumah ni khas bisnes. tak ada berebut lepasni antara rumahtangga dan bisnes, Allhamdulillah jasin-ayer keroh tak jauh manapun, senang ulang alik lagi.


rumah baru,
haaa insyaAllah mudah-mudahan tak adelah bilik2 kat situ jadi stor kerepek juga hahahahahaha. risau jugak kan. 






Tuesday, March 10, 2020

BALIK KEDAH JENGUK MERTUA


7/3 adalah majlis perkahwinan pihak lelaki untuk my cousin, kebetulan jodoh dia orang bertam penang, jarak hanya 30minit dari rumah mertua so saya ajak husband untuk ambil cuti panjang jenguk mertua.

perjalanan awal saya rahsiakan dari mertua,
tapi at last kantoi juga sebab mertua tengk status whatsapp saya haha 

rutin wajib saya, sebelum sampai rumah mertua saya akan suruh husband ke pasar atau pasaraya, saya akan plan apa saya nak masak selama saya kat rumah mertua, dan saya beli semuanya. 

saya ada tabiat takut menyelongkar barang orang, serius ! dulu kerja farmasi, saya masuk kerja letak barang kat pantry, ruangan ofis dan masuk kaunter saya tak masuk kalau tak disuruh ye. tu saya pelik bila ada staff baru, slumber derk je mengekor staff lama masuk, kalau saya, saya takut, yela staff baru, kang hilang apa2, tersalah letak barang ke. ishh jd masalah. lepas da confirm, senior ajar guna cash register, baru saya melangkah masuk, tu pun kalau tak ada sebab, saya tak pi.

sama lah juga baru masuk rumah mertua, yes saya memang peramah, tapi untuk membuka laci orang sesuka hati saya takut. so disebabkan saya seorang yg suka pk bukan2, thats y saya beli terus barang dapur yang saya nak guna, sampai rumah mertua, saya susun, so saya tahu lah dimana barang yang saya nak guna tu.

maybe ade yg jenis baru masuk rumah mertua terus tak kisah buka dapur mertua untuk cek barang, saya bab tu agak pemalu, lepastu kang pening nak masak menu pilihan tapi macam-macam tak ada. so paling senang, beli siap2. beres ❤️

guna washing machine mertua pun i nervous gais hahahahahaha siap2 bawa luggage baju bersih dan standby plastik besar untuk baju kotor, hahahahahahaha. aku da kate, aku jenis pk bukan2, takut gune barang orang. sebabtu balik kedah berkoyan barang saya bawa sampai suami kata “sepanjang abang hidup, abang tak pernah bawa barang banyak macamni” hahahahah. tapi skg dah okey la, malu2 kucing hilang dah, boleh da membasuh kat rumah mertua, part spender coli je saya sorok hahahahahaha


best balik kalini, pi jalan dengan mertua, pi pasar malam dengan mertua, pi makan2 dengan mertua, bkesempatan melawat rumah baru adik ipar, adik ipat belanja makan. dapat jumpa mak cik, pak cik. Allhamdulillah urusan berjalan lancar.


insyaAllah, nanti kami balik jenguk mak ayah lagi,❤️❤️❤️❤️






Monday, February 24, 2020

PALING SUSAH DALAM BISNES

setelah hampir 5 tahun berniaga,
perkara paling susahhhhhhh bagi saya adalah untuk "maintain",
bukan maintain berkaitan dengan sale tau,
tapi maintain semangat.

sangat susah.
tambahan pula macam saya,
suami langsung tak memaksa saya bisnes,
dan suami pula jenis hulur apa saya nak,
so momentum semangat tu sentiasa biasa-biasa je, umpama hidup tanpa masalh, jalani perkara sama ulang dan ulang.


kalau masa awal bisnes,
masatu baru behenti kerja, rasa nervouse tak ada duit, baru berkawin dan bunting pelamin terus bersalin. semestinya gelisah takut susahkan husband.


sekarang tahun ke5,
saya da selesa dengan apa saya nak suami bagi, apa saya jual orang beli, rasa keselesaan tu buat saya rasa tak best sebenarnya.


saya tertanya "is it enough?"
saya paksa diri untuk bisnes grow grow grow, saya boleh kejar sale beribu ribu ribu,
but then saya cume rasa penat,
yela, duit husband bagi,
bisnes pun baik,
tapi, kesannya adalah penat.


then husband tegur,
tanya apa yang saya nak achieved dalam bisnes, saya kata saya nak bantu dia,
then husband kata dia dah boleh survived semuanya, dn suami tanya lagi "berbaloi tak
penat dengan apa yang saya achieved" yela dia tengk saya tak tidur malam dn berpenat, saya diam je.


saya hanya layan kosong ap suami cakap,
tapi petangni saya terfikir semula :
"berjaya dan syukur"


saya terbaca kisah penjual nasi lemak yang bahagia sekadar jual ditepi jalan walaupun ramai asak dia supaya membuka warung, kenapa dia tak buka warung ? sebab dia rasa apa yg dia peroleh sudah cukup, dia bahagia, dia syukur.


kesimpulnnya adalh :
"maintain tu tak salah, yang salah kalau putus asa.. nak grow pun tak salah tapi jangan terpaksa.. nikmat usaha, nikmat bahagia, nikmat syukur kena seiring, klu terlupa salah 1, yang dihasilkan hanyalh penat.. oleh itu, berusaha sambil menikmati rasa bahagia dn syukur"

ALLHMDULILLAH 😎

Tuesday, February 18, 2020

REZEKI 2020




kami ada berita baik,
tapi rasanya kami simpan dahulu,
sebab risau bila diwar-warkan terjadi permasalahan ❤️

apapun,
didoakan semua yang membaca penulisan saya ini, dikurnia rezeki tak disangka sangka dari Allah SWT. Amin.

😘

by,
fatinfashiekin




Sent from my iPhone

Saturday, February 8, 2020

Saturday, February 1, 2020

HAPPY BIRTHDAY KASEH

Birthday kaseh 27januari, sambut da 4 event,
1) dekat sekolah 
2) dengan kami
3) dengan tok nenek dia
4) repeat dgn kami



tapi harini baru nak buat entry hehe
birthday ke4 saya dan incik lalan belikan kaseh roller blade, semua last minute punya plan,
rutin tiap kali birthday anak kami akan larikan diri dari melaka dan lepak mana2 hotel untuk honeymoon,
pusing2 shopping complex terus capau roller blade dan beli protector dia full set, TAPI bukan untuk kaseh je, incik lalan pun berkenan, dengan alasan nak teman kaseh, ceh, haha











bukan tu je,
untuk birthday kaseh full set head to toe daddy kata “ambil je” so mommy pun, ambillah kan hehe

dear kaseh,
mommy daddy sayang kakak sangat2,
ye mommy limpahkan kakak dengan segalanya,
dan mommy daddy tak  ragu2 pn sbb kakak kan anak mommy 🥰

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...