FOLLOWER

Monday, October 29, 2012

TAK TERUBAHKAN

dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;

aku meminta dia izinkan kamu untukku
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa;
aku memujuk dia datangkan kamu selalu
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.

dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

namun aku lupa;
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujudsimpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak-terubahkan--

.

Sunday, October 28, 2012

TUDUNG BARU

Terima kasih banyak-banyak.
Banyakkk banyakkk banyakkkk ;)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 26, 2012

ANAK LELAKI SAYA

Perkenalkan, ini baby boy saya,
Nama dia hakimi.
Comel kan ? Putih kan ?

Allhamdulillah.
Dulu masa pregnant kan dia saya amalkan surah yusoff. Minum air soya. Minyak ikan dan saya sangat menjaga pemandangan saya. So, ini lah hasilnya.
Suami saya juga seorang yang kacak cuma suami saya gelap sikit, putihnya kulit hakimi ni sebab ikut keturunan sebelah saya yang kebanyakkannya putih2 melepak.

Haha ! Over gila kan ?? *pang*
Tak da lah. Anak my cousin.
Apapun, hakimi comel ! Sayangg hakimi sangat-sangat ;)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WORK HARD

Usaha kunci kejayaan bermakna kalau kita berusaha untuk dapatkan sesuatu, kita mesti berjaya. Ya? Oh tak semestinya macam tu. Ada jugak usaha yang tak berjaya. Tapi itu namanya ujian. Sebabnya, bila dah usaha, lepastu tak berjaya, adakah kita akan rasa nak give up? No. Kita makin rasa nak usaha dan kalau kita masih tak dapat apa yang kita nakkan tu, mungkin benda yang kita nak tu tak bagus untuk kita atau mungkin sebab kita dah dapat apa yang kita perlu.

Kunci yang sebenarnya adalah iman. Sentiasa letakkan kepercayaan yang tertinggi pada Allah bila kita usahakan sesuatu tu. Nak tahu kenapa ramai antara kita selalu kecewa? Sebab bila kita usahakan sesuatu, aimed kita cuma untuk benda tu je. Jadinya bila tak dapat, kita akan kecewa. Kita akan cakap "Aku dah usaha pun tetap tak berjaya. Allah memang tak adil." See. If we don't have faith in Allah, we will be sad when things didn't go as we planned and we always looking for something to blame.

Hidup ni adalah ujian. Jadinya, kunci untuk menghadapi ujian tu adalah dengan usaha. Kalau kita malas, memang kita terus akan gagal. Bayangkan kalau Rasulullah tak berusaha, rasa malas dan terus give up bila apa yang nak disampaikan tak berjaya, adakah Islam akan berkembang macam sekarang?

Malas tu adalah bila rasa taknak buat sesuatu sebab taknak rasa susah. Orang malas cuma mahu bersenang lenang tanpa lakukan apa-apa. Malas adalah penyakit yang cuma boleh diubati dengan usaha saja. Usaha untuk jadi rajin. Bila kita rasa nak buat sesuatu yang baik tu, teruskan buat. Bila kita fikir banyak sangat, last-last nanti mesti tak jadi nak buat.


*nak jadi gagah macam ecah, sekali bercakap beribu komisyen dia dapat. Hebat !! Semangat baru !! Hehe

*I just need to be a tough person. Keep on fighting. Never give up. May Allah helps me to go through this.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Assalamualaikum.

Allhamdulillah, semakin meningkat usia nampaknya. Bsyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan saya segala kecukupan dan kebahagiaan dalam keredhaannya.

Sempena CUKUP UMUR dan harini 26/10/2012 dan penulisan pertama saya. Saya nak merumuskan mengenai setiap apa yang saya lalui :

1) Aku pernah jatuh, aku pernah bangkit dan aku pernah tersungkur. Dan kini aku sangat mengenali erti hidup <3

2) If u want something, go for it ! If u want to buy something, u save ur money and u go get it <3

3) Aku cuba ingat dan sentiasa beringat, semakin meningkat usia ku, semakin hampir kematian <3

4) Mungkin aku tidak kelihatan matang, tetapi segala yang telah aku lalui sangat mematangkan aku <3

5) Aku belajar berusaha selagi aku mampu, aku belajar meneruskan selagi aku mampu <3

6) Aku tidak mahu mencari kesempurnaan untuk diri aku, tapi aku impikan untuk menyempurnakan orang lain <3

7) setiap hari aku ingin menjadi lebih baik, dan kadang kala aku tewas, esok lagi, lusa kembali, kecewa, pimpin aku Ya Allah. biar tidak sempurna, cukup lah supaya lebih baik <3

Selamat hari jadi wahai fatin fashiekin, cuba menjadi yang baik dan lebih baik. Cuba untuk mencabar diri berubah menjadi yang lebih baik. Cuba mencabar diri untuk merubah apa yang menjadi kebiasaan, dan semuanya dijalan Allah. InsyaAllah :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 25, 2012

HERO DIRUMAH, PEMALU DILUAR

Budak manja, orang lain sibuk lah tengok kambing disembelih, dilapah.
Ambil gambar dengan kambing.

Tapi dia ??
Merengek tak habis.
Gayut sana sini.
Tpisat-pisat.

Padahal kat rumah,
Dia lah juara. Haha

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

STRATEGI MENGAWAL NAFSU

Selamat berbuka !
Esok raya !!

Berbuka sekadar milo secawan bersama sebuku roti. Tapi saya bahagia ! Jujur. Mungkin kerana saya rasa bahagia ingin memilih berjaya.

Saya berjaya menjalani puasa Zulhijjah. Saya berjaya mengawal segala nafsu saya di bulan zulhijjah ini melebihi Ramadhan. Dan saya rasa bahagia melaksanakannya :)

Terima kasih kepada si kaki pengutuk (incik Lalan). Terima kasih kepada pendorong (kak ani). Terima kasih kepada peneman (kak aida). Terima kasih pada owner pantry (kak alai).Haha.
With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...