FOLLOWER

Tuesday, June 2, 2015

CEK KEHAMILAN SEBELUM PERIOD

**gambar UPT sebelum delay period**

Kepada pengantin baru sekalian,
Ingat, kalau UPT blur pn, sebenarnya still POSITIVE. Sbb UPT yg negative tak kan tinggalkn apa2 kesan.


:)


Ekin doakan uols ye.

Pertanyaan :
Fatinfashiekin@yahoo.com




BUNTING PELAMIN

‎Harini 27/5/1015
(semasa saya menaip)

Setelah 10 UPT saya beli,
Dan terbukti "saya mengandung"!!

Allhamdulillah ..
Allahuakbar..
SubhanaAllah..

Begini ceritanya,

Saya kahwin 2/5/15,
Sebelum kahwin, saya period pada 25/4/15,
Menjadi kebiasaan setiap bulan, period saya akan lewat 3 hari.. so next period saya aim 28/5/15..


TANDA-TANDA MENGANDUNG :
Betullah, naluri ibu tak pernah silap kan, pada 23/5/15 saya beli pregnancy test. Semangat! Cek pregnant seminggu sebelum tarikh period. Haha


Saya beli sebab rasa badan semacam,
Antara tanda-tanda mengandung yang saya dapat kesan,


1) LETIH TERLAMPAU :
Serius! Letih! Rasa nak tidur je. Mata ni rasa nak pejam je. Mulut menguap berpuluh kali. Tengah berborak dengan incik lalan pun saya boleh sandar kat dinding dan terlelap. Haha. Incik lalan aneh pandang saya, dia kata "kesian sayang penat, mesti penat drive ni balik melaka".. so saya pn rasa macam letih sbb drive jauh.‎


2) MENGIDAM :‎
Nak kata mengidam teruk, tak lah, cuma teringin sangat kat "tom yam thailand".. ada 1 hari tu, saya cakap pada incik lalan "nak makan tom yam thailand kat kedai boleh?".. tapi incik lalan kata "tak boleh, dah lambat ni, ada urusan".. so saya pn memahamilah. Masa incik lalan bersiap nak keluar, saya keluarkan barang2 nak buat tom yam thai. Then daun limau purut tak ade, terus tanye incik lalan "tk ada limau purut, sedap tak tomyamnya nanti".. incik lalan kata "sedap, cuma tak ada aroma lah".. kemudian incik lalan pun keluar, 1minit lepastu telefon berbunyi "saya bungkuskan tom yam thai ye.. sayang tak payah buat, sian sayang penat".. 15minit lepastu incik lalan sampai rumah, saya makan tom yam thai sambil menangis sebab terharu dapat tom yam, incik lalan pandang saya aneh. Tapi saya tak syak saya pregnant masa ni, sebab saya kan memang aneh.


3) KUAT MAKAN :
Asyik laparrr je. Pagi-pagi dah menghadap kari kambing. Huhu..‎


4) GEMUK :
Apabila kuat makan, harus lah gemuk, incik lalan tegur perut saya, saya pn aneh dengan perut saya. Bila kenyang memang lah buncit, tpi ni buncit 24jam dan keras. So hari2 saya duk perhati perut sendiri depan cermin *nasib baik saya x pakai corset*‎


5) KERAP KENCING ;
Part ni saya memang tak tahan, puas ngadu kat incik lalan, incik lalan kata "penyakit pengantin baru".. masalahnya, kerap kencing tapi tak sakit, lenguh kaki asyik nak ke toilet tau. ‎


6) PERUT KERAS / PERUT KREM :
Tanda ni paling menguatkan naluri saya yang saya prengnnt, perut rase keras, bile tarik nafas dan tahan perut rase krem, macam ada sesuatu dalam perut. Drive pakai belt pun rase perut senak.‎


So bila semua tanda diatas kerap menimpa diri, saya pn tertarik-tarik untuk membeli UPT. Tapi hati berkata "wei kin, kau ni belum delay period lagi, bile seminggu dah delay period baru cek, kau patut period minggu depan, so 2 minggu lagi baru beli UPT"


Tapi! Saya kan degil, beli juga, 5 saya beli. Haha. 
23/5 saya cek : negatif. Rase sedih, tapi pegang perut dan kata "walaupun negatif tapi mommy dapat rasa yang awak ada dalam perut mommy".. very the drama kan? Hahaha


24/5 saya cek : KABUR. Masa ni rase tersengih-sengih, 24jam saya duk google "UPT KABUR SANGAT" dan ramai kata kalau kabur still pregnnt.


25/5 saya cek : KABUR TAPI JELAS. Masa ni happy, kabur tp jelas nampak 2line. Orang pertama saya share adalah abah dan mama, kebetulan 25hb birthday abah, so cakap kat abah "hadiah kan abah cucu" hehe,


26/5 saya cek : KABUR TAPI MASIH JELAS. Bawa UPT jumpa kak lai, dan kak lai pun kata "prengnnt ni".. kk ani / nieza / kk sue / kk ain, semua cakap pregnant. Lagi happy dan plan untuk buat kejutan pada incik lalan.


Apa kejutan saya buat? 
Next entry ok :)

*gambar UPT diatas gambar terbaru*

Ada rasa nak share apa2,
Email saya : fatinfashiekin@yahoo.com


Lady Faizal,
FatinFashiekin‎

SEBULAN KAHWIN

Seronok. Masih berkepit 24jam.
Masih main lari-lari.
Masih gelak-gelak besar.
Masih meleset manja berdua.
Masih saling cuit mencuit.
Masih bergayut ditelefon.
Masih kata rindu.‎


Seronok. 
Dapat siapkan kelengkapan suami.‎
Rasa gembira dan rasa bahagia.


Kena pasti kan pakaian dia rapi,
So sterika dan saya bagai tak boleh terpisah,
Semua perkara nak berbucu.


Kena pastikan dia tak lapar,
Kerja saya kadang kala balik malam,
So kena pastikan :
-termos ada air panas andai cuaca sejuk‎
-air sirap dipeti sejuk utk dia bawa kekebun
-air jus oren takut dia kehausan
-buah yang siap dipotong
-makesure dalam tupperware makanan ringan macam keropok ikan sentiasa berisi untuk dia alas perut kalau lapar‎
-makesure bahan2 kalau dia nak mula memasak senang dicari‎


Kena pastikan baju semua clean,
Setiap pagi akan menyidai baju,
Setiap malam membasuh baju + meng-hanger baju,‎
Rumah kami memang tak ada sistem lipat melainkan boxer dan panties.
Mudah. So saya tak pening. ‎


Kena pastikan rumah rapi,‎
Segalanya rapi.


saya ada tanya dia :
"Sebulan kita kahwin, seronok tak kahwin dengan saya? "

Dia balas :
"Takkan nak jawab tak seronok" sambil gelak.

LOL.


Korang, kahwin cepat,
Kahwin seronok!!!!!


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Monday, June 1, 2015

STAY TUNED

ada benda nak share,
nanti i kongsi,
stay tuned hahhaha


lady faizal,
fatinfashiekin

Saturday, May 30, 2015

RESEPI TOM YAM THAI MUDAH DAN SENANG


saya sangat suka tom yam thai, hari-hari dapat pun tak pa. Lagi-lagi sekarang ni, lagi suke tom yam thai, naik segan dah muke asyik-asyik oder tom yam thai kat abang siam.


So harini buat sendiri, tak mau malas-malas, bendanya senang, tapi mencari daun limau purut + limau purut + lengkus tu susah bebenau di melaka ni. Melainkan supermarket. So harini weekend, incik lalan pun ajak shopping barang dapur, akhirnya, tertunailah hasrt nak buat tom yam thai.


Meh saya share resepi ye.

1) udang (kupas kepala dn kulit, tinggalkn ekor, jangan buang kepala dn kulit nya. Kite nk buat, air nya)
2) sotong (potong kecil)
3) bawang besar 2 biji (mayang tebal)
4) lengkuas potong 1inci kepada 4keping
5) halia potong 1 inci kepada 4 keping
6) 2 batang serai diketuk
7) daun limau purut
8) limau purut‎
9) bawang putih 2 biji (mayang halus)‎
10) pes tom yam (mae pranom brand)‎


CARA MEMBUATNYA :
1) kupas udang, ketepikan kulit dan kepalanya
2) cuci dn potong sotong

3) BUAT AIR STOK UDANG :
-panaskan kuali dan letak sedikit minyak
-tumis kulit udang sehingga naik bau dan keemasan -letak 2 cawan air
-tabur garam
-mendidih. Siap.

4) panaskan kuali dengan sedikit minyak, masukkan bawang besar, halia, lengkuas, serai, dan bawang putih.. tumis sehingga naik bau
5) masukkan daun limau purut
6) masukkan pes (mae pranom brand) 1 sudu besar
7) masukkan air stok udang
8) perah limau purut
9) masukkan udang dan sotong
10) SIAP!!


Selamat mencube ye :)

Lady faizal,
Fatinfashiekin



Wednesday, May 27, 2015

RUMAH UNTUK DI SEWA DI AYER KEROH

CIRI-CIRI KEDIAMAN :
-4bilik tidur
-2 toilet
-dapur (siap renovate)
-kemudahan parking (2kereta)
-rumah baru 2tahun‎


Harga : RM800 (boleh nego)


Untuk detail :
Email : fatinfashiekin@yahoo.com

‎‎
Kenapa nak sewakan? 
Jauh dari kebun incik lalan.
TERPAKSA‎

Haha





BIG BREAKFAST

Yess! No diet selama 9bulan haha.
Pagi2 dah makan nasi paprik.
Mampu? 

Incik lalan bangun pagi,
Dia sengih + garu kepala tgk nasi utk breakfast.
Tapi dia makan banyak juga,‎
Tak pa, niat saya memang nak train dia dengan nasi tiap pagi. Biar dia kenyang sokmo.


Saya paksa dia makan nasi berlauk,
Dia paksa saya minum susu pahit,
Sangat adil.

Nak resepi nasi paprik?  
http://fatinovela.blogspot.com/2011/11/nasi-paprik-si-anak-dara.html?m=1


Ok. Bye

Lady faizal,
FatinFashiekin


RUMAH UNTUK DISEWA DI AYER KEROH MELAKA


Siapa ingin mencari rumah sewa di ayer keroh melaka, feel free utk email saya.
Rumah baru !
Bersebelahan bayou lagoon resort

15minit ke mydin / jusco / melaka mall
15minit ke zoo melaka
15minit ke wonderland melaka

Email :
Fatinfashiekin@yahoo.com

Rumah teres,
4bilik + 2 bilik air,
Dapur dah siap renovate







Monday, May 25, 2015

SURPRISE!


Actually,
Ada benda yang sangat mengembirakan nak inform incik lalan. Tapi, still blur-blur. Macammne cara nak inform. 


Asyik gigit kuku,
Asyik garu kepala,


Macammana ye? 
Haha


Lady faizal,
FatinFashiekin‎

Thursday, May 21, 2015

ADIK IPAR YANG TERSAYANG


Terima kasih adik ipar kemanjaan,
Macam tahu je ekin suka warna merah.
I love you wahida! 
Lepasni nak heels pulak hehe


Antara ramai-ramai adik incik lalan,
Semua saya ngam.
Cuma wahida, ada sentimental value sket,
Kami boleh lepak sama, tidur sama,
Share masalah sama, share happy sama.
Dengan dia, slumber.
Sebabtu lah saya masakkan wahida pun saya tak kisah... dia sudi menelan segalanya..


Cube masakkan mak mertua,
Gigil kepala siku aku. 
Rase tempurung kepala macam berdenyut.
HAHAHA


Lady faizal,
Fatinfashiekin




KEBUN


Alang-alang keluarga mertua datang,
So ke kebun! :)
Jenuh lah nak masuk kebun ni,
Kawasan lopak sana sini--


Lady faizal,
Fatinfashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...