FOLLOWER

Monday, May 18, 2015

MOMMYS YANG BERJAYA


Saya suka stalker mommys2 tau.
Serius. Saya suka tengk the way mereka surf their husband. Layan kids mereka. Saya suka. Dan serius saya respect habis! 


Antara mommys yang saya suka follow :

1) vivvy yusof : blog proudduck
-dah lah cantik gile. Fashionista gile. Suami handsome gile. Anak comel gile. Kaya gile. Berjaya gile. Nampak tak berapa banyak kegilaan yang berjaya membuatkan saya rasa "peh gile ah" haha.


2) Azlaini muhammad : facebook azlaini muhamad
-saya bersama my boss ni dah 6 tahun, dari dulu sampai sekarang semua bersama-sama. Dari kak lai ada bibik and now my boss yg ada syarikat besar ni x ada bibik. Tapi part handle suami, anak2, keluarga sendiri, keluarga mertua, jiran tertangga, memang SUPERB! Lgsg tak pernah mengeluh, dapur dia saya sgt suka!! Masakan my boss lagi lah. Saya selalu pujuk "kak, buka blog kak, akk ni executive mommy tau.. lifestyle akk menarik utk disharekn! "Dah lah kaya, sentiasa low profile, dan semua orang my boss boleh ngam. Tips2 rumahtangga selalu saya minta dengan my boss haha


3)naa zaidan : facebook nurhasnadira hashim
-suami photographer, dia pula arkitek. Saya sangat suka follow setiap cerita dia dengan anak2 di instagram (naa zaidan), dari arkitek dia sanggup jd surirumah untuk jaga 3 anak dia yg sangat bijak dan comel! Iaitu ziyad zea dan ayra. Mommy naa selalu update tentang apa yg dia ajr anak2 dia. Renovate rumah berdasarkn idea dia sendiri almaklumlah arkitek. Apa yg dia masak. Disebabkan dia arkitek dan suami photogrpher, gambar2 dia mmg terbaik!


Hidup saya complete dengan 3 entry diatas untuk dijadikan contoh. Mereka taat pada Allah. Taat pada suami dan bertanggungjawab dalam segala amanah lebih2 lagi amanah dalam mendidik anak-anak.


Serius! Saya suka!


Sebagai wanita, saya sendiri tahu, seharian pun penat, apatah lagi nak mengemas rumah, menjaga makan minum keluarga, tapi mereka tak pernah "mengeluh".. dan mereka antara wanita-wanita berjaya dan kaya.


*respect*

Ok, nk mesej suami tanya malamni dia nak makan apa. Malamni nak baju seksi warna apa hahahahhahahaha *pang*


Lady faizal,
FatinFashiekin

I LOVE YOU MY HUSBAND


"I love being yours! 
I love you my husband"
-ur wife

‎‎

Sunday, May 17, 2015

RESEPI HARIAN : RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API MUDAH DAN RINGKAS

Bahan-Bahan :
2 sudu minyak masak‎
1 kotak kecil santan
1 batang serai (dititik)
3 cawan air


Bahan tumbuk / kisar :
*3biji bawang merah
*1ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sudu serbuk kunyit
*6 biji cili padi
*1 sudu kecil garam
*2 sudu kecil gula (johor style pedas2 manis)


CARA-CARANYA :
1) basuh ketam dan potong ketam kepada 2.
2)kisar/tumbuk semua yang bertanda (*)‎
3)panaskan minyak masak
4)tumiskan semua yang di number (2)‎ sehingga naik bau
5)masukkan santan pekat dan serai yg dititik, kemudian kacau rata
6)masukkan 3 cwan air dan kecilkan api‎
7)masukkan garam + gula, kemudian rasa‎
8)masukkan ketam dan tutup supaya ketam betul-betul masak (ingat kecilkan api dn kacaukan selalu, takut pecah minyak)‎

SEDIA UNTUK DIMAKAN! ‎

Senang kan! 
Ini lauk dinner saya dan suami malam tadi,
Antara lauk tambahan saya :

1)petola tumis air (orang johor sebut "petola masak bening")
2)ikan bawal goreng
3)air teh tarik


________________________________________


Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:  

"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a) 


Lady Faizal,
FatinFashiekin


Saturday, May 16, 2015

PERSANDINGAN #fashiekinfaizal


Macam tak caya,
Dah ada suami dah.

Masih tak caya,
Haha


Lady faizal,
FatinFashiekin


KENDURI DI RUMAH SUAMI


Majlis di rumah johor-sudah
Majlis di rumah kedah-sudah
Majlis di rumah melaka-sudah


Allhamdulillah--
Berjalan sangat lancar,
Disamping berkenalan dengan jiran ttangga,
Dapat memanjakan dan merapatkan diri dengan mak ayah mertua.

So keluarga saya tidur rumah saya,
Keluarga mertua pun sama,
Serius mengeratkan silaturahim,
Ketawa sama-sama,
Cerita sama-sama,
Jalan-jalan sama-sama.


*selamat pengantin 2 minggu 
pada saya dan incik lalan*
:)



Lady faizal,
FatinFashiekin




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, May 14, 2015

RESEPI HARIAN : NASI GORENG TOM YAM

 
‎bahan-bahan :
2 pot nasi


bahan2 utk di tumbuk :

3 bj bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 in belacan
10 ekor ikan bilis dibuang perut nya
1 sd teh udang kering
4 biji lada merah

bahan utk di hiris :

4 - 5 batang serai dihiris halus
1/2 bawang besar di potong memanjang
2 bj cili merah dihiris
8 bj cili padi di hiris
1 bj lobak merah di potong dadu
8 batang kacang boncis di hiris nipis


====== 
lain2:

2 bj telor ayam
garam
gula
minyak utk menumis
2 sd besar bumbu tomyam 
5 helai daun limau purut di carik2

10-15 ekor udang dibuang kepala
3 kor sotong sederhana besar di potong sebesar 1 inci


caranya:

1. Panaskan minyak. Apabila sudah panas masukkan bahan yang ditumbuk. Goreng sehingga garing
2. Masukkan udang dan sotong dan tunggu sebentar.
3. Masukkan nasi yang telah di leraikan dan kemudian goreng sehingga nasi agak kering ( lambat sedikit sebab air dari udang dan sotong banyak yang keluar)
4. Apabila sudah agak kering, pecahkan telur . Biarkan sebentar sehingga telur agak masak baru di kacau lagi nasi tu.


5. Masukkan sayuran dan daun limau purut dan di kacau lagi. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa:)
6.Apabila nasi sudah kering, barulaa di angkat dan dihidangkan.

* boleh juga kalau mahu masukkan cendawan, brocolli dan daun ketumbar utk menambah keenakkan


_______________________________________


‎Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya: 

"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a)


Wednesday, May 13, 2015

MY BRIDESMAID #fashiekinfaizal


Terima kasih bridesmaid yang sentiasa berdampingan dengan pengantin yang kepoh ini. Korang memang sangat membantu. Korang memang havoc.

-najwa 
-pipik
-nieza
-ecah
-pika
-wany

Tanpa bridesmaid yang happy, 
pengantin takkan happy.


:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...