FOLLOWER

Sunday, May 17, 2015

RESEPI HARIAN : RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API MUDAH DAN RINGKAS

Bahan-Bahan :
2 sudu minyak masak‎
1 kotak kecil santan
1 batang serai (dititik)
3 cawan air


Bahan tumbuk / kisar :
*3biji bawang merah
*1ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sudu serbuk kunyit
*6 biji cili padi
*1 sudu kecil garam
*2 sudu kecil gula (johor style pedas2 manis)


CARA-CARANYA :
1) basuh ketam dan potong ketam kepada 2.
2)kisar/tumbuk semua yang bertanda (*)‎
3)panaskan minyak masak
4)tumiskan semua yang di number (2)‎ sehingga naik bau
5)masukkan santan pekat dan serai yg dititik, kemudian kacau rata
6)masukkan 3 cwan air dan kecilkan api‎
7)masukkan garam + gula, kemudian rasa‎
8)masukkan ketam dan tutup supaya ketam betul-betul masak (ingat kecilkan api dn kacaukan selalu, takut pecah minyak)‎

SEDIA UNTUK DIMAKAN! ‎

Senang kan! 
Ini lauk dinner saya dan suami malam tadi,
Antara lauk tambahan saya :

1)petola tumis air (orang johor sebut "petola masak bening")
2)ikan bawal goreng
3)air teh tarik


________________________________________


Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:  

"Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..." (Abu Hurairah r.a) 


Lady Faizal,
FatinFashiekin


No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...