FOLLOWER

Monday, April 13, 2015

HUBUNGI BAKAL MERTUA


Tak lama lagi saya bakal jadi isteri,
So dalam masa yang sama bergelar "menantu"..
Saya akan dapat keluarga baru.
Akan dapat mak ayah baru,
Dapat adik-adik baru :)


Sebelum tidur semalam,
Saya terfikir "apa khabar agaknya mak incik lalan"
So pagi2 call incik lalan,
Saya kata "bang, nak kol mak boleh?"
Incik lalan gelak besar dengar permintaan saya,


Bukan apa,
Last jumpa mak incik lalan bulan 12,
Sekarang dah bulan 4,
Terasa diri ini bakal menantu yang derhaka pula bila tak ambil tahu keadaan bakal mertua. ;p


Part nak mula call mertua,
Memang nervouse,
Mengalahkan nervouse nak ambil ujian driving,‎
Mengalahkan nervouse nak tmuduga kahwin,
Mengalahkan nervouse nak cabut gigi,
Mengalahkan nervouse nak ambil result spm,
Semua perasaan tu kalah dengan apa saya rasakan petang tadi, mengeletar, 


Saya sangat prefer face2face,
Bila by call, perbualan diantara 2,
So kena bijak main peranan.
Kalau takkkk, krikk krikk hehe


Setelah meeting 7jam dengan kak ani dan nieza,
Setelah bertukar-tukar idea, bertukar-tukar buah fikiran, bertukar-tukar dialog, akhirnya, ku dail juga number mak incik lalan.‎


Dan Allhamdulillah,
Okey je. Mak incik lalan pun ramah,
Senang dan damai untuk diajak berborak,
‎Terima kasih tuhan sbb bagi keluarga mertua yang ohsem!! Seronok sgt2 dapat masuk dalam keluarga incik lalan.


Part yang gelabah bila nak kol bakal mertua adalah :

1) takut tersalah cakap :
Saya ni kan ramah tamah, takut masa cakap terkeluar perkara merepek-repek yang menampakkan diri ni very lembs. Contoh "pantai merdeka kat negeri sembilan ye mak" Haha


2) takut tersalah gurau :
Dah terbiasa bgurau dengan pkcik dn mkcik yg dtg fmsi, saya takut terlebih bgurau dengan bakal mak ayah mertua. Serius, saya kalau kat farmasi, direct je gurau, macam kawan2 sebaya je saya layan. ‎Sbb nk happykn custmer. Tapi, jgn gila pula dgn mk ayh mtua nk gurau lebih, kena ada limit, jgn over limit. Kan. Contoh : "ekin nikah dengan abg faizal **/**/****, ayah nk join nikah lagi sekali tak mak" haha. Memang sah nak penampar lah kan.

2perkara diatas,
Sgt saya titik beratkan.
Doakan saya supaya dpt mjd anak, menantu dan isteri yg baik ‎ye.


Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sunday, April 12, 2015

WILL YOU BE MY BRIDESMAID


Allhamdulillah,
Kejutan untuk pengapit :)

Pengapit saya adalah sahabat saya dari sekolah rendah, ikut pangkat actually sebenarnya dia adalah mak cik saya, tapi dizaman serba moden sekarang, bila sebaya je dh macam kawan-kawan.
Tambahan pula kami sekampung, lagi lah tak lost contact each other.


" I FOUND MY MAN,
BUT I NEED MY GIRL"


Lady faizal,
Fatinfashiekin



TEMA KANOPI KUNING + BIRU


Confirm tema kanopi warna ni,
Allhamdulillahhhh
*sengih lebar2*

Allhamdulillah juga,
Sesi treatment rambut,
Sesi menyembur vitamin ke rambut berjalan lancar. Baru lah boleh kibas2 rambut kat muka suami ala-ala iklan rambut dan suami balas "syampoo apa sayang guna ni" macam iklan rambut. Hahahahhahaha *pang*


Dan saya ada kata darah manis so tak dating kan? Tak da maknanya. Semalam lepas habis treatment rambut, incik lalan mesej "jumpa jom" mula2 iols kata tak sempat. Pastu incik lalan mesej lagi "jom la, teman gi mydin jap" terus iols cair. Dia kan mana boleh gi mana2 sorang, nak berteman je. Katanya ada org teman baru terhibur. Cehh. So 2.30 jumpe, 4.30balik pagoh. Sekejap je. Then merewang kat majlis kak long. 


Apapun kesimpulannya,
Tema kanopi saya SAH kuning + blue‎,
Biar ceria dan riang riang :)



Lady faizal,
Fatinfashiekin


Saturday, April 11, 2015

WALIMATULURUS KAK LONG


Pada jam 9.30malam,
Kak long (my cousin) selamat menjadi isteri yang sah kepada abang baha! Tahniah kak long.


Ingat lagi,
Dulu mase saya sekolah rendah,
Kak long baru habis sekolah menengah,
Kalau mama abah kerja,
Saya dihantar ke rumah wak mah,
Kak long lah yang jaga saya.

Kak long pandai masak,
Kak long pandai buat kuih,
Kak long rajin mengemas,
Kak long hormat orang tua,
Kak long suka budak-budak,
Kak long masak air sedap,
Kak long belajar pun pandai,


Senang kata,
Hebat lah!!
Tahniah ye kak long,

So tadi tgk pernikahan kak long dan abg baha,
Saya pula yang nervouse,
Cume sikap saya ni,
Makin saya nervouse makin saya bising. Haha


Saudara mara pun kata
"Kin, kau mesti pengantin paling bising kn"
Yela, uols tahu lah iols ni, 
Manusia paling ramah diplanet bumi ni.
24jam gelak-gelak-gelak


Incik lalan sekarang bila call saya,
Asyik2 praktis
"Aku terima nikahnya fatin fashiekin binti anuar dengan mas kahwin nya ________ tunai"
Lepastu dia bising knp nama saya susah sangat ;p


One step closer.


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Friday, April 10, 2015

KANOPI WARNA KUNING DAN BIRU


Untuk pengetahuan anda semua,
I hate blue + I hate yellow,
Tapi for my wedding,
Yellow dan blue adalah tema bagi majlis perkahwinan saya.


Baju yang dipakai oleh apek dan luniey ada lh sama warna dengan baju persandingan saya.
Kuning pula dipakai oleh dayang.


Sekarang saya blur,
Apa warna yang sewajarnya saya guna untuk kanopi. Mula-mula saya memilih warna "gold + krim" tapi ramai dah guna warna ni termasuk my cousin sendiri. Dan saya pula, tak berkenan something yang sama dengan orang lain. Then next choices adalah "kuning putih" tapi mama tak berkenan. Saya sangat mengidamkan kanopi serba putih tapi pengikatnya bwarna "kuning/gold" nampak suci kan? Tapi punnn mama tak sukaaaaa.


Incik lalan lagi lah pelik, 
Dia cadangkan :
Blue turqoise + pink


Saya kata :
"Are u sure yang? Warna pink untuk kahwin? sebab saya kalau tgk orang kahwin pakai pink, saya akan kata "si lelaki mesti selalu ikut cakap bini" tak pun "si lelaki mesti sayang bini"..


Incik lalan balas :
"Yeka! Kalau mcmtu tak nak lah!!" hahaa


Majlis kahwin dengan berunsur pink bagi saya sangat sensitif. Bagi orang lain maybe normel lah kot. Bagi saya, otak saya yang sentiasa fikir bukan-bukan ni akan berfikir panjang mengenai pengantin lelaki. Almaklumlah, mata iols ni macam ada laser ;p


Kak liza (owner kanopi) dah tanyaaa je "kin, warna apa kin, jangan sampai tak ada kain kin, nanti akak pasang warna pelangi kin" heheheh. Saya pun blurr niiii.. acaner niiii...


Ok! Esok tanya akak tu, ada tak kain warna yellow dan blue turqoise, kalau ada, kire setuju. Kalau warna tu tak ada @ sedang digunekan kainnya. Kita sambung bincang-bincang lagi ye nanti.


Esok plan saya,
No dating! Darah manis! 
Esok masa untuk memanjakan rambut ni,
Treatment bagi lemah lembut gemalai,
Baru lah nanti boleh kibas-kibas rambut kat muka suami. Hahahaha *pang*


Sebut mengenai adat orang supaya tak berjumpa sebulan sebelum majlis, tak ada maknanya,
Seminggu sebelum majlis nanti nak kena fitting baju pula. So memang akan berjumpa.


Tolong doakan majlis saya berjalan lancar ye,
saya sayangggg anda! 
Muah.


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Tuesday, April 7, 2015

SPONSORED BY MAMA ABAH

Tulang belakang saya adalah keluarga saya,
I love them so much.‎


"Apa layak aku bagi,
Tak terbalas sampai mati.
Kau sungguh yang paling tinggi,
Istanamu syurga nanti"


Lady faizal,
Fatinfashiekin


ATURCARA UNTUK BRIDESMAID



Aturcara untuk bridesmaid :

1) TEMA : baju kuning mustard + tudung grey
















2) Pada jam 1.30 petang diharap telah berada di rumah pengantin 
kerana pada jam 1.45-2.10 petang pengantin akan mula berarak dan 
bersanding*boleh solat zohor @ asar di rumah bersanggar (telah diberitahu kepada owner rumah) 

3) TUGASAN BRIDESMAID : 
-pada kam 1.45petang, anda diminta ke rumah bersanggar (ditempat pengantin lelaki), ambil barang hantaran dan mula menyusun barisan
-bridesmaid akan berjalan MENDAHULUI pengantin
-jangan terlalu rapat dengan pengantin lelaki bagi memudahkan 
jurugambar mengambil gambar pengantin lelaki serta ahli keluarga dan bagi menjadikan gambar “bridesmaid” 
kelihatan menarik dan feminine.




















 

- barisan pertama (Najwa dan Pipik)
-barisan ke2 (Aisyah dan Nieza)
-barisan ke3 (Fika dan Zaza)

4) Bridesmaid jalan mendahului pengantin lelaki, jalan terus masuk ke dalam rumah dn masuk ke bilik pengantin untuk meletakkan hantaran, kerana jika berjalan dibelakang pengantin, dikhuatiri anda akan diblok oleh TOL (adat johor).

5) setelah meletakkan hantaran, dalam masa pengantin lelaki sedang dikepung, anda terus duduk dipelamin untuk meminta tol. *sengih*

6) Selepas itu, aktiviti bebas, anda dibenarkan melantak makanan seberapa yang anda mahu dan bergambar sebanyak mana yang anda nak. Letakkan hashtag #FASHIEKINFAIZAL

7) pada jam 5petang, sesi bergambar outdoor bermula. Andai hujan, kita mandi hujan bersama. Lokasi bergambar masih belum dikenal pasti,idea amat di alu-alukan. 



Pengantin,


..........................
Fatin Fashiekin Binti Anuar

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...