FOLLOWER

Monday, December 8, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU ABG FEROL!


Selamat pengantin baru cousin,
Semoga berbahagia hingga ke syurga,


Cantik sangat kak Annur,
Segak sangat abang ferol :)


Semoga cepat2 dapat baby ye,
May Allah will always bless ur relationship.
Amin


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Sunday, December 7, 2014

LEGASI MOHAMED BIN YUSOF



"Kami adalah cousin,
Kami takkan terpisah"
-ala2 iklan buddy. Haha



See,
Sepupu2 perempuan,
Saya lah paling tua,
Sebab saya cucu perempuan sulung,
Belah abah ni,


Kalau belah mama sayaaaa,
Anak tok pun dah 12 orangg,
So cucu jangan cerita laaaa.
Bertingkat-tingkat.


Lady faizal,
Fatinfashiekin



TUNANG SAYA


Ofcz lah kena bawa tunang tersayang dimjlis kahwin my cousin kan, 
Kenal2kan pada org2 kan,

Ofcz lah kena layan baik2,
Hidangkan makanan,
Segala makanan sedap kat meja pengantin,
Saya angkut ke meja incik lalan.


Tuangkan air,
Ambil kan nasi,
Cedokkan lauk
*ok ni tipu, incik lalan bt sdri haha*


‎Lady faizal,
Fatinfashiekin


Friday, December 5, 2014

AKU DAN DSLR



This sunday,
Saya akan menjadi officially photogrpher utk wedding my cousin *tangan kt pipi, mulut ternganga*


Berjasa juga DSLR canon 7D incik lalan pada saya. Dulu mase incik lalan nk beli, saya orang pertama bertegas "NO". Yela, harga kamera + lens sama dengan harga hantaran meminang okey! 


Tapi sekaranggg,


Dari pemerhatian,
Saya pula macam owner Dslr ni,
Incik lalan tak amik port dah. Hehe
*krik-krik*


Lady faizal,
Fatinfashiekin





Tuesday, December 2, 2014

MISI MENCARI AZAM 2015


2/12/14

Me : "azam dah tertunai belum? Dah nak habis 2014 ni! Sempat lagi nak tunaikan. Apa azam 2015?" 

Incik lalan : "nak -----------" dia bebel panjang gile, tapi azam incik lalan semuanya something yang booooringgggggggg


Incik lalan : "azam awak apa pula? "


Me : "nak jd bini yang baikk, anak yang baikkk, menantu yang baikkk, pekerja yang baikkk, kawan yang baikkk, kakak ipar yang baiikkk, wanita yang baikkk, semua baik lahhh! "


*tetiba muncung tudung saya ditarik sampai senget bengettt tudung*


Incik lalan : "tu bukan azam, tu dah jatuh wajibbbb! Dengan suami / mak bapak / mak mertua dh jadi wajib untuk kita buat baikkk, teruk betul lah azam dia ni, semangat ada, berkobar-kobar tapi kelautt"


Me : "eh suka hati la, azam kite bukan azam dia, ok lah tu dengan azam saya, malas lah nk pikir banyak2 azam yang susah2, stress lahhhh"


*tetiba tudung kena tarik lagi*

Incik lalan : "eee, stress-stress, bhenti dengan sifat cukup apa yang ada, kembangkan minda, thinkkk-think-think"


________________________________________

Bila sebut pasal azam,
Saya ni bersifat "Allhamdulillah"
Dah cukup apa yang ada,
Kalau ada rezki saya terima,
Kalau tk ada rezki saya redha. 
Saya memang jenis macamni.

Saya sedar azam saya azam zaman kuno,
Tapi entah lah, rasa happy,
Rasa hidup sentiasa riang ria tanpa pressure.
Haha


Saya dengan incik lalan,
Otak kami memang berbeza,
Saya berhaluan kiri,
Dia berhaluan kanan.
Lagi2 mengenai azam dimana sebenarnya ia turut memberi kesan pada our relationship.


Yela, contoh,
Azam 2014 untuk memajukan tanah di tu. Tanah ada, idea tu dari incik lalan. Tanpa idea dia, tanpa kesungguhan dia. 2014 tak ada apa yang jadi.


Even kami berbeza haluan pemikiran,
Saya tak membantah langsung tiap apa yg ada dalam benak fikiran dia. ‎Mengenai azam dan corak pemikiran saya, incik lalan selalu tak berkenan.
Tapi bagi saya, biarlah. Saya ada cara saya sendiri dalam azam yg saya rangka ;p

Azam saya menjurus kepada rohani,
Azam dia menjurus kepada jasmani,
So kami lengkapkan each other.
Kan? Hehe


Lady faizal,
Fatinfashiekin



Monday, December 1, 2014

BAJU KURUNG GREY


Done mencari baju for wedding ita,
Allhamdulillah,
Payah mncari wrna grey,
Yela, warna kalau dcari mana jumpa,
Kalau x dcari ade je depan mata.


Ofcz lah iols sedondon dgn incik lalan.
Mana blh dia lari tema,
Kena lh sehati sejiwa. Hehe
Cerewe gila dia part baju melayu.
Memilih jns kain, mhgalahkan saya yg pmpn ni.


Saiz baju iols 34! 
Sengaja cari saiz yg betul2 ngam dgn badan,
Supaya saya dpt tahu samaada saya mengemuk ataupun tidak ;p

Lady faizal,
Fatinfashiekin



Sunday, November 30, 2014

MENJELANG 2015


Hai.

Cuma nak bagitahu,
Sebulan lagi menjelang 2015,

Saya cuma nak ingat kan,
Umur kita akan bertambah.

Saya cuma nak kata,
Masih sempat nak tunaikan saki baki azam.

Saya cuma nak beritahu,
Saya pun nervouse juga memikirkan menjelang usia 25tahun.

Apapun saya nk pesan,
Even ada benda tak jadi sperti apa anda nak 2014 ini jadi, jangan putus asa ye kawan. Kita merancang, tapi tuhan tentukan. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 


Kepada yang tertunai azam 2014 nya pula,
Enjoy. Happy. Positive. Move On.‎ Keep Calm AND stay Humble!!!! :)


Lady Faizal,
FatinFashiekin


Saturday, November 29, 2014

PERSANDINGAN COUSIN



Menghadiri majlis persandingan abg fairul dan kk nor. Semalam pernikahan, harini persandingan.


Lepastu amik feeling2 sweet,
Dengan memakai baju pertunangan saya hritu ;p
Nak nampak kontra,
Saya terpaksa pakai tudung hitam,
Kalau pakai tudung putih cnfirm org ingat iols over dari pengantin.‎ Haha


Gambar sepanjang majlis berlangsung akan diupdate kemudian ye.
Malam ni saya terpaksa overtime,
Untuk mngedit gambar.
Tapi xpa, iols suka bidang ni.
Sebab saya sendiri gila bergambar,
:)


Lady faizal,
Fatinfashiekin




Friday, November 28, 2014

KE JOHOR BAHRU



Sebelum-Selepas,
Allhamdulillah,
Even sesat2 selamat sampai JB.
Fuh, 3jam! 


Nama je JOHOR tapi jauh k,
Yela, saya muar (sempadan melaka),
Pergi ke hujunggg jb (sempadan singapore),


Baru hntr pengantin ke Jb dh penat,
Bulan depan ke kedah,
Apa gaya agaknyaa lah,
Penat + control ayu? Haha


Lady faizal,
Fatinfashiekin


Monday, November 24, 2014

KAD PENGIKRAR PENDERMA ORGAN

 

Pada 3/2/12 saya telah mendaftarkan diri sebagai penderma organ.


Kenapa saya ingin menjadi penderma organ? 
Saya sangat suka menjadi seorang yang memberi manfaat kepada orang lain, dalam apa jua keadaan sekalipun. Even macamana pun saya, kalau orang minta bantuan, seikhlasnya saya akan usahakan.
Termasuklah untuk menjadi "penderma organ setelah meninggal dunia".. kalau dalam hayat saya, saya ingin membntu orang, why not when i'm gone nanti I still boleh tolong orang lain untuk meneruskan kehidupan.


Ada yang kata dan fikir :
"Nanti jasad tak sempurna- Nanti roh akan terseksa" saya ketawa sinis mendengarnya. Dan dalam fikiran saya berkata "gaya bercakap macam pernah mati hidup semula" 

Kan? Haha

Bila saya tiada,
Saya boleh bantu orang lain teruskan hidup,
Dengan bantuan jasad saya.
Bagi saya, ia sesuatu yang membanggakan.


Ikrar saya :
"Saya berikrar untuk menderma organ saya selepas meninggal dunia, semua jenis organ dan tisu, buah pinggang, jantung, hati, paru2, kornea, tulang dan kulit" kepada mereka yang memerlukannya.


So sayang semua,
Jom, tolong mereka yang memerlukan apa yg ada pada kita bila kita sudah tiada. Sekurangnya, pahala itu terus berlanjutan, kita diakhirat, jasad kita masih berbakti didunia.



‎Ada pertanyaan? 
Email saya : fatinfashiekin@yahoo.com



Lady faizal,
Fatinfashiekin


Sunday, November 23, 2014

ADIK KAKAK



Budak manje dengan kakak,
Ni lah dia.
Dia memang tidur dengan saya,
Kalau marah dia akan kata

"Kketin ni!! Kite tak nk tidur dengan dia baru thu!!"
Haaha- si kecik dh pandai ugut2 
Tahun depan dah darjah 1,
Cepat masa berlalu :)


Lady faizal,
Fatinfashiekin


DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...