FOLLOWER

Thursday, October 17, 2013

DINNER (PENYAMPAIAN ANUGERAH) BY FARMASI


Salam
 
Nak share gambar dan aktiviti
yang berlaku di M-suites dibawah tajaan Farmasi
 
 
 
ada tema tau malamtu,
HIJABISTA & GLAMOUROUS
hehe. saya memilih peplum bermanik kegemaran,
dengan tudung bawal je dah.
memilih utk selesa.
nk bershawl boleh,
tapi tk ada colour sesuai dengan peplum,
nak beli baru rasa membazir pula.
so bedal bawal merah menyala. huhu.
 
antara aktiviti malamtu,
kami dikehendaki menulis LOVE LETTER kepada bos,
dan kepada kawan2 yang kita saying.
dan luahkn perasaan syg kita pada dia.
 

 

 
panjang lebar saya tulis,
saya kalau bab mengarang ni.
mmg panjang lebar haha.
almaklumlah fatin-novela katekn
 
 
Aktiviti seterusnya,
melakonkan watak.
mengelat ! saya dapat paling susah gila !
1) Amitha Bachan
2) Jep Sepahtu
3) Angelina Jolie
4) Jalaludin Hassan
 
 
saya tak dibenarkan bagi klue,
hanya dibenarkan menyanyi,
dan melakonkan.
bayangkan ea.. Amitha Bachan ? saya x minat Hindustan.
nk nynyi lagu amita bachan , lgi hampeh.
kemudian Jalaludin Hassan ? ape filem dia ek.
kalau hero tu tahu juga lah nk nynyi soundtrack filem haha
paling tk boleh blah Angelina Jolie ?
cme terfikir SIMBOL SEKSI DUNIA
nasib tak tunjuk buah dada hahahahhaa
 
 
antara aksi saya,
 
 

walaupun semua lakonan dn klue saya entah apa saya mengarut,
tapi biar lah, berhappy-happy.
saya ni kan bab2 ni terlebih over.huhu.
 
 
aktiviti seterusnya,
KOTAK BERACUN.
Ala masa saya jawab ni tak ada pula gambar.
tapi berdebar gila ok.
kak ain kena jawab soalan
"perkara paling kejam di farmasi pernah dilakukan?"
ecah dapat soalan
"apa pendapat anda mengenai bos anda"
masing2 berkaitan farmasi. kena jujur. kalau tak,
jadi bahan hehe.
 
saya dpt soalan seanang !
"cara anda tunjukkan rasa sayang anda pada orang
yang anda sayang"


mudah-mudah-mudah
 
saya jawab
"Kalau pada family, wajib bagi saya bila gaji tu
mesti ada sesuatu untuk family, bawa dieorang keluar,
have fun lah sbgai rasa tanggungjawab sebagai anak.
untuk pasangan, dia dah cukup berduit dah,
so saya lebih kepada buat kan something contoh
masakkan dia everyweekend dan picnic together
dan kalau uall nak tahu lebih lanjut,
ikuti http://fatinovela.blogspot/"
hahah. iols sempat promote blog tau.
 
kemudian, aktiviti makan-makan
Italian food. pavlova semua da
 






thank you Cheff !
memang sedap ;)
 
 
Then penyampaian hadiah anugerah bagi terpilih
 

 
Terima Kasih. tk sangka layak ;')
 
 
 

 
otai-otai farmasi.
segala benda ubat dihafal
segala penyakit tahu macammana nk settle kan.
customer br buka pintu pn da hafal apa cust tu nak.
hehe
 
dan aktiviti iols paling suka
BERGAMBAR LAH
 


 
 



 
LAST.
kejutan ! terima kasih kak Alai sbb ingat Birthday saya,
walaupun 26/10 nanti,
kkalai dah wish dn bt kejutan awal.
terima kasih !!! ;')
 


bulan12 nnti birthday kklai,
nk bt kejutan juga lah. hehe
 
 
Dear Boss,
thanks for everything,
May Allah will always bless you,
LOVE YOU BOSS
Thanks because always appreciate us
in what ever situation ups and downs
 
love,
FatinFashiekin
 
 
 
 


LAST YEAR ? THIS YEAR ?

Hehe.
Tik Tok Tik Tok


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 16, 2013

HEADER BLOG


Salam.

ni header incik lalan buat


tapi saya tak reti adjust,
jadi gile besar huhu

so incik lalan kata,
tunggu minggu depan (-_-)



Saya suka ala2 header blh letak caption
menyampah gile gmbr bwh ni
tp sbb lama download,
mskkn jgk lh
haha

 


Tuesday, October 15, 2013

RESEPI RENDANG SEDAP RINGKAS DAN MUDAH



 
Bahan-bahan

1. Lengkuas sebesar ibu jari ( cincang halus )

2. Serai 6 batang ( 3 dhiris halus utk dikisar / 3 dititik )

3. Halia sebesar ibu jari (kisar)

4. Lada kering 15helai (kisar)

5. Bawang putih 3 bji (kisar)

6. Bawang merah 5 biji (kisar)

7. Cili api 8 biji (kisar)

8. Kerisik 3 sudu

9. Santan 1 cawan

10. Ayam
(dipotong kecil ikut anak tekak masing2 hehe)

11. Minyak masak 2 sudu

12. Garaam / gula / ajinamoto

13. Daun Kunyit 3 helai (Dimayang)

14. Daun limau purut


CARA-CARANYA

1)bahan2 number 2/3/4/5/6/7 hendaklah dikisar serenatak.
2) Panas kan minyak. Kemudian tumis kan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan masa uall tumis tu, campakkan lah garam/gula dan ajinamoto ikut tekak ye. Makesure lidah tu guna dengan betul.
3) Masukkan ayam
4) Masukkan 3 batang serai yang telah dititik
5) Kecikkn api supaya tidak hangus dan tutup periuk untuk sementara waktu .
6) Bile bahan kisar dan ayam mengering dan macam sebati, masukkan santan.
7) Masukkn kerisik paket 3 sudu sahaja.(Tunggu hingga empuk dan kuah rendang betul2 menyaluti ayam. Haha. Anggaran masa 30minit)8) Bile dh naik minyak dan menyedap, tutup api, msukkn daun kunyit yang dah dimayang dan 3 helai daun limau purut untuk menaiikan bau.SIAP ! Senang kan ?
Bahan2 rendang ni. Kalau duduk kampung. Mudah nak cari.Dan rendang juadah wajib raya.
Kalau tak tahu buat.

Memang wajar terjun bangunan. Haha.

Saya pun dulu tak tahu. Tapi mama pandai masak dan rajin mengajar. Syok !

_________________________________________

Salam aidiladha.
Incik lalan tak balik kedah,
So daripada dengar dia menangis sambil mendendangkan lagu dendang perantau. Ptg tadi jenguk dia dan ajk makan kt tasik sambil bawa juadah raya. Senyum dia. Cuma dia tak reti makan nasi impit *jakun bebeno orang joho dengo*

Balik dari hantar lauk pada incik lalan,
Mama buat sup gear box sebesar lengan saya ! Peh ! Syurga dunia betullah !Benda paling best pada hari raya adalah masakan mama. Memang dinantikan dan tak menghampakan. Semoga kahwin nnti, segala ilmu mama dapat diturunkan pada saya dengan sempurna.
Baru lah mak mertua cayang !
*kibas shawl*


Hahahaha

Salam Aidiladha,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
 

Sunday, October 13, 2013

OVER GILA ! Haha

Dah lama rasanya tak ambil gambar dihadapan cermin. Huhu.

Tahan nafas.
Mancungkan hidung.
Kecikkan pipi.
Naikkn kening.
Fokus.
Tekan button snap photo.
SIAP !!

Hahaha.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 12, 2013

#HOLIDAY #AKTIVITIPAGI

Aktiviti pagi,
Berenang-renang.

Tapi saya cuma melihat.
Cuz tak bawa baju lah.
Bawa jeans je. Sian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#HOLIDAY2 #SINGAPORE

Berjalan ke negara orang membwa bendera gemilang. Haha. Patriotik kan ?

Post gambar blur ni pun cuz terfikir. Entah bila incik lalan nk transfer gambar agaknya nanti (-_-)

Gambar header blog pun tak siap lagi. Eh dh siap ! Dah. Cuma saya tk puas hati, dia buatkan warna kulit saya gelap.

Yela, sy pun tak berapa cerah, tp cerahkan lah kan ? Ni gelapkan. Sengaja. Hehe.

Seronok harini !
Kaki sakit !
Penat sampai termuntah !

Incik lalan kata saya buat malu je. Nak buat cemana, extreme gila ! ;p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 11, 2013

#HOLIDAY1

Dah sampai hotel :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 10, 2013

TERIMA KASIH

Tahun lepas bunga rose,
Tahun ni bunga matahari,
Tahun depan ? Bunga kertas.

Terima kasih ya !!

--------------------------------------------------------

Ok esk saya akan ke singapore.
Dan harini balik kerja bergegas jumpa incik lalan.

Pinjam DSLR dia.
Makan piza sama-sama.
Nasihat-menasihati sepanjang ketiadaan.

Saya kata :
"Jaga diri ! Spot check akan dilakukan. Jaga-jaga ya. Saya tak kan inform bila saya balik. Tp akan tiba2 muncul. Jaga-jaga."

Huhu. Saja ja nak bikin panas.
Baru lah syok ;p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

OVERWEIGHT ?

Haha-haha-haha
LOL

Takat bahaya.
Dah nak masuk overweight.
Tambah je lagi 1 kilo.
Confirm overweight.

Pentipu lah BMI ni.
*nangis*

Dulu masa remaja.
Saya ni kategori underweight nk masuk healthy.

Sekarang senja ni,
Kategori healthy nk masuk overweight.
Haih.

Manusia kan.
Tak reti bsyukur (-_-)
Tak pa. Janji bahagia
*tepu bahu diri sendiri memujuk*

Hahaha



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 8, 2013

PERUT MINTA CUTI

Perut minta cuti diet,
Perut kata "nk mkn sedap blh kn?"

Saya apa lgi. Okey lh.
1) Ikan talapia masak lemak cili api
2) Pucuk manis masak lemak
3) Ayam goreng drumstik

Semua berlemak !
Hah, siap ada thermos.
Air panas berwap-wap.Huhu.

Sungguh syurga dunia tau.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...