FOLLOWER

Friday, August 16, 2013

KAU

"Siapa kita di masa dulu, tak ada siapa yang mampu ganti2.
aku mahu kau yang hari ini, dan aku mahu masa depan kau. Dengan kau"


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 15, 2013

NURSERY SUNGAI BULOH ??

Salam.

semua kata nursery sungai buloh best sangat.
ahad ni kalau ada masa nak pi dengan incik lalan,

bosan dah dengan kelapa sawit. haha

 

Wednesday, August 14, 2013

#TERMINELSUP (BUKIT PASIR)

saya kan selsema teruk. Raya pertama sampai naik kerja. Tebersin-bersin. Huhh, orang datang beraya, saya pula tersadai kat bilik sebab lalok telan ubat selsema overdose. Tapi still tak baik-baik.

Puas segala ceruk benda yang mendatangkan kegatalan hidung dipunggah jauh keluar dari bilik. Si kepus (my cat) pun saya warning jangan masuk bilik. Segala fabric yang memudaratkan pun saya jauhkan.

Tapi, masih hidung tk nak sihat.

Hidung dah memang bermasalah,
Ditambah dengan ulser mulut disebabkan makan ketupat lahap dan tergigit bibir. Ditambah lagi masalah gigi blubang yang saya biarkan akibat fobia pada doktr gigi.

Bertingkek tingkek lah dugaan.
Tapi yang penting ! Buat muka cool. Pergi kerja pakai facemask knon bajet selseme sikit tutp2 mulut bagai. Padahal pakai facmask sebab hidung tersubat. Bernafas guna mulut. So disebalik facemask, mulut tercungap cungap macam ikan flowerhorn. Hahaha.

Semalam, settle je open house, makanan licin. Then lapar. Nak masak memang tenaga habis. So tanya abah "jom pekena sup gear box!" Semua setuju, terus terjah.

Sampai je, oder, dan oder sampai cepat. Mama oder sup campur. Abah oder sup tulang. Aza oder sup daging, saya pula sup gear box ! Baru nak menyedut. My lil kesayangan (awal). Dia tenung hairan tengk saya makan sup guna straw. Dia letak game, pelahan-pelahan dia datang sebelah saya "nak rasa!".. saya jeling dia dan kata "dah agak daah".. Kemudian, mangkuk saya jadi hak dia !

So oder lagi semangkuk gear box.
Kalini minum air. Disebab kan selseme, saya better susu tarik gelas besar ! Hangat dan lembut buih mendamaikan. My lil awal, tengk saya dan kata "nakkk rasee".. Huh, apa saya suka. Memang dia suka. Dan dia lagi suka sebab tahu saya memang suka dia so saya tak kan marah. Haha.

Dan harini, Allhamdulillah. Hidung kembali ok. Dan kini saya trauma pada minuman berais dan bergas. No no.

Salam syawal,
Fatinfashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 12, 2013

BAJU PENGANTIN DIHARI RAYA

Harini pi kerja pakai baju raya,
Semua duk kata
"Kin, nak terus pergi bersanding ea"

Saya jawab :
"Klu ekin kahwin lagi Bling-Bling-Bling"
Hehe.

Lepastu harini actually since 1st raya,
Sore throat & Running Nose.
Kalau Sore Throat actually saya ni tak berapa nak kisah sebab sakit saya tak menyusahkan orang.

Tapi, selsema ni !
Terima kasih facemask kerana berjaya menyembunyikan hidung saya yang merah menyala. Gatal hidung ! Bersin-bersin non stop. Tisu bbakul tongsampah.

So bila pakai facemask,
Tahap confident nak consult custmer rasa melonjak tinggi. Dah lah harini 1st day farmasi bukak, kaki ni macam nak patah kot 24jam kat depan, mulut 24jam bercakap.

Dan saya rasa best,
Bila permenent cstmer masuk, yg pmpn saya dapat bjabat tangan dn yg sdkit brumur cium tgn dieorg smbil ucapkn slmt hari raya dan maaf zahir batin.

Yela, saya ni mesra alam. Takut ada tsalah cakap. So setiap cstmer masuk, saya minta maaf zahir batin. Macam ijab dan kabul lah.

Dan cuma,
Sebilangan yang ajak datang ke rumah tu. Minta maaf lah, bukan tak nak datang pak cik mak cik. Rumah tak tahuuu (-_-)
Haha.

Harini incik lalan balik melaka !! Hoorey ! Since dia balik kedah, saya kurang bagi gangguan. Sebab saya pun pesan pada dia "Tunjuk sikit muka pada sedara, jgn malas-malas nk bjalan dn bmesra dgn sdara,. Klu mk ayah gi braya, join skli. Bkn slu nk balik kedah."

Dan saya pun this year,
Allhamdulillah. Beres !! :)

Dan soalan zaman bzaman macam biase ler. Bila saya dn makcik2, salam ucap slmat hari raya tu, kiss pipi kiri dia bisik "bile makan nasi minyak".. Kiss pipi kanan pun sambung bisik "tak sabar dah ni" huhuhu.

Saya balas :
"Under construction."
(Dalam pembinaan)

Salam Syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 11, 2013

RAYA KE4 : BBQ DIRUMAH TOK

Tahun ni raya tak berapa syok.
Cik mjik : Balik Kelantan
Cik Is : Balik Pahang
Cik nnik : Sekejap je
Mak Long : ke Perak

Takk, best.
Tapi nasib baik raya ke4 cik is balik sini ! So malam tu abah kata ada BBQ. Seronok !! Tahun depan cik mjik pula sponser kobau panggang ye ! Haha.

salam syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RAYA KE4

Amin yang comel datang kerumah.
Comel.
Ramah.
Tak takut orang.
Pipi tembam.
Putih melepak pak pak.
Mata bulat lat lat.

Geram gle pd pipi dia !!!!
Aih !!

Salam syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RAYA KE3 KE BATU PAHAT

Ke BatuPahat menziarahi boyod (moyang) saya yang berusia 109tahun tetapi masih kuat dan gagah !

Saya ada cerita mengenai air cap ayam kan ? My siblings gila jakun. Siap minta bawa balik kerumah. Haha. Nasib baik lah rumah boyod sendiri.

Then, ke rumah kak Ain, palingg best. Tak ada bgambar dengan kakAin sbb kakAin tak pakai tudung (-_-) dia pakai baju bola. So yg banyak bgambar, muka saya and my mom (baju krim).

Sepanjang jalan ke batu pahat sangat tension. Jammed teruk. Jalan yang tak pernah jammed pn teruk jammed. So dalam kereta duk layan upin ipin je. Boring. Haha.

Salam Syawal,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...