FOLLOWER

Friday, May 10, 2013

RAGAM PELANGGAN

Rasa tak logik. Tapi depan mata (-_-)
Custmer datang minta ubat luka,
Tunjuk kuku dia patah bedarah.

Saya tanya kenapa ?
Jawapan dia :

"Wa punya suami tidur mimpi kuntilanak gigit dia 2 kali. Wa kejut2 dia, dia gigit tangan wa. Dia kata, dia pikir mahu bunuh itu kuntilanak. Rupanya dia gigit tangan wa"

Me : (-_-)
Tak tahu nak kata apa

HAHAHAHAHA


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 6, 2013

KENAPA UNDI BARISAN NASIONAL ? SEBAB BN BESTTTTT.

Assalamualaikum,

Mungkin ini entry terakhir saya mengenai Pilihanraya kalini. Allhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dan BN masih lagi kerajaan yang memerintah Malaysia. Allhamdulillah.

So memandangkan entry terakhir, banyak saya nak luahkan.

*Kenapa saya memilih BN ?

Saya memilih BN bukan atas faktor Johor ni memang kubu kuat BN. Bukan atas faktor, bahawa pagoh adalah kawasan Timbalan Perdana menteri. TAK.

Tapi saya diam, saya memerhati, saya berfikir, saya buat perbandingan. Perbandingan bukan dari segi kepimpinan pemimpin sahaja. Tapi penyokong. Cara mereka berkempen. Cara mereka menyelesai kan masalah dan bagaimana pemimpin itu menerajui serta membawa penyokong mereka.

Ada yang kata saya menyokong BN atas faktor imbuhan yang diberi. TIDAK ! Semasa saya bersetuju untuk menyertai BN, saya rasa seronok dan tak sabar untuk berkhidmat.

KERANA ?

Saya memerhati,
Saya kesian pada kerajaan. Selalu dituding, disalahkan. Bila saya cuba membela dikatanya inginkan imbuhan.

Contoh, perhimpunan bersih. Itu bukan lah cara yang betul. Saya sangat kecewa. Anak2 muda menyokong. Apa anda dapat? masa perhimpunan bersih tu menguatkan semangat dn tekad saya nk mengundi BN ! Itu bukan cara pemimpin memimpin. Bukan. Itu memecah belahkan. Umpama seorang abang sulung mengajak adik2 nya dan mengajar cara untuk menjadi samseng.

Kemudian, kerajaan masih disalahkan. Kerajaan bertolak ansur dan membenarkan perhimpunan diadakan asalkan mengikut apa yg dijanjikan. Dan pengawasan dari pihak berkuasa diadakan. Apabila Polis menjalankan tugas, KEMUDIAN, pembgkang mengeluarkan kenyataan bahawa POLIS bersubahat dengan kerajaan dan memukul orang awam. Apa tu ! Bermacam-macam hinaan dn makian polis dapat. Yang lawak ! Bila isu lahad datu timbul, masa tu pula nak berterima kasih pada polis dn masih menuding pada kerajaan. Konon pula kerajaan menjadi punca tkorbannya perajurit tanah air. Lawak. Nampak tak ???? Masa tu baru lah kelua pujian untuk pahlawan2 kita. Saya still boleh trace muka2 mereka yang talam 2 muka tu tau.

Kemudian, isu Isteri DS Najib. Sibuk bebenar lah kisah orang beli cincin dgn handbag. Bukti dah dibagi tapi tk blh terima. Di ulang-ulang. Duit dia, biar lah. Risau mereka guna duit rakyat. Boleh bertenang tak ? Boleh percaya pada Allah seikhlasnya tak ? Kenapa duk pk "uih, cincin tu duit rkyat ! Duit kami !" Duk kisah duit orang, duk sibuk orang nak beli apa. Ha, seluk poket korang sekarang, ada duit kan ? Korang bayangkan kalau orang tuduh duit yang korang kerja 12jam setiap hari dituduh duit haram, duit judi, duit maksiat. Sedih tak ? Sakit hati tak ? Kemudian keluar je, nampak orang aibkan anda. Percayakan Allah lah. Jangan kisah duit orang lah.
Kita jaga rezeki kita sebaiknya, jangan menuduh rezeki orang lain.


Sebelum ni juga, saya kagum pada Pas, tanpa media, tanpa bantuan mana2 pihak untuk meraih undi seperti yang dilakukan BN. Mereka masih teguh. TETAPI bila dia bergabung dengan DAP. Spoil !! Astagfirullahalazim, kalau ye pun nak hukum hudud diadakan, kenapa lahh sampai bekerjasama dengan kafir. Lagi menyimpangggg. Aduh, kemudian penyokong mereka bangga konon cina menyokong dan memahami hudud. Uols, BODEK. Faham tak BODEK ?? Tapi tak pa, kemenangan DAP pada PRU13 kalini saya harap, parti Pas dapat lah membuka mata dan berfikir. Bukan racist, tapi, fikir baik2.


Tentang kemenangan BN malam tadi, tuduhan ke atas SPR. Aih ! Panaih betul lah hati saya bila ada yg ptikaikan. Hello, saya pukul 7 pagi dah ada sedia untuk megira kepala2 uols tau. Sampai 5 petang. Sebiji-sebiji sampai mata berpinar tau ! Muka korang pun sebiji-sebiji lah saya tgk. Lagisatu, uols pergi mengundi kan ? Npk kawalan ketat SPR. Nampak kawalan polis dipintu bilik mengundi ? Kenapa menuduh ? Lain kali jangan menuduh dan cuma share2 dari FB yang tak sahih. Lain kali, buat ! Cuba lah korang masuk untk mgundi kali ke2. Saya nk tgk muka uols mask berita. Haha. Buat lah ea, ala #inikalilah cuba.

Tapi, saya suka pembangkang 1 je ! Sebab apa ? Pembangkang membantu BN menaik taraf kerajaan. So bila uols membangkang, kerajaan akan berfikir "ye, itu kekurangan kami" kemudian kerajaan menambah baikkan lagi. Tu saya sokong. Terima kasih ye pembangkang. Ala, macam peti undi kat farmasi saya, kalau custmer yang suka khidmat kami, mesti berpuas hati je, kalau yang tak suka ??? Terus tullis "layanan tak memuaskan" haha. Tapi berani cakap belakang lah. Kan ? ;p

Seterusnya,
Mengenai semalam, Saya seronok ! Dapat dekatkan diri dengan semua orang. Kebanyakkan dah kenal, sebab saya kerja farmasi, majoriti 99.1% memang tahu saya "famasi-famasi-famasi" saya cuma sengih je lah.

Semangat2 setia kawan dan kerjasama saya sangat puji ! Sangat puji ! Berpanas berhujan memastikan perjalanan pengundi berjalan lancar. Ukhwah terjalin. Bersama berdoa kemenangan BN. Saling tukar pendapat. Ketawa sama2, makan sama2, kemudian YB datang hantar makanan dan berbagai, seronok ! Suasana yang havoc. Yang penting ! Tiada sebarang provokasi !

Semalam, balik bertugas dengan beruniform BN, pihak *** nampak saya, mereka melaungkan sekuatnya dengan sengaja "ini kalilah !! Ubah !!" Sengaja ingin membuatkan saya marah. Menimbulkan kekecohan. Tapi walaupun sush, saya masih blh bersabar. Dan harini Allhamdulillah, doa orang teraniaya memang sentiasa dimakbulkan Tuhan. Semoga pihak berkenaan ingat betapa angkuhnya mereka. Terlalu yakin akan kemenangan dan ingin menumbangkan kerajaan.

Lagisatu yg saya suka ! Saya dengan abah, bestfriend ! Smpai 3pagi tgk keputusan pilihanraya. Abah paling bersemangat, abah kata "abah bangga kakak terima BN, bantu BN" abah lagi dasyat, sepanjang tempoh kempen, demam2 pun sampai 3pagi kt bilik gerakan. Huhu.

Untuk BN,
Tahniah. Kukuhkan kerajaan.
Teruskan sebaiknya.
Terima kasih saya ucapkan atas keamanan yang dipertahankan. Apa jua cemuhan dan bangkangan, ambil hikmah dan naik tarafkan, InsyaAllah, doa penyokong BN sentiasa bermasa.

Untuk parti lain,
Ampun maaf dipinta,
Andai terkasar bahasa.
Semoga Allah sentiasa melindungi kalian, merahmati dan sentiasa memudahkan urusan kalian. Amin.

P/s : kak Aza, Kak Lily, Kak Zura, Ko-ai, Cikgu Ngah, Cikgu Nizam, Hajar Hazizi. Seronok bekerjasama dalam BN dengan kalian :)

Salam 1 Malaysia,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 2, 2013

DIA UTARA AKU SELATAN

Hati2 drive balik kedah,
Pangkah betul2,
Pastikan dakwat tu pekat dan kekal.
Haha

Lepas 5hb nanti kite busy lagi teruk,
Hati-hati memandu,
Biar lambat asal selamat.

With love,
Fatinfashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BETTER NATION

Tak sabar tgu habis pilihan raya.
Tak kisah sapa menang. Sekurangnya sama2 bjuang. Saya faham pada golongan yg btungkus lumus untuk parti mereka. Saya faham.

Yang saya tak faham,
Dan nak segalanya tamat.
Pada golongan talam 2 muka.
*so sick*


Depan parti A,
Konon parti A tu bagus.
Dan akan menyokong hingga ke akhir hayat lah konon.

Depan parti B,
Konon parti A menipu,
Parti B bagus.

Depan parti C,
A dan B sama saja,
C tetap di hati.


*throwback*
Please Behave


Pilihan kita, hak kita,
But at least jadi contoh yang baik.
Part tu yg patut di #ubah buat #inikalilah .. Bukannya #InnaLillah..

Ada pendirian,
Biar teguh,
Jangan jadi lalang.

Sebab tu,
Kalau nak bercakap pasal politik,
Pandang2 jeling2,
Hati-hati,
Kadang2 org depan kita tak setuju dengan apa kita luah pun.
Tapi pura-pura setuju, sebab "BODEK"..

Lagisatu,
Dengan saya, u all tk perlu btanya,
Siapa ? Mcmna ? Apakah ?
Nanti keputusan dh kelua pn,
Tk payah bazir air liur bertanya.
Tak kan saya jawab pun,
"Angkat bahu, cebik bibir-entah"
Malas nak cakap lebih.
Baik cakap kurang.
Saya cakap lebih pun awak bangkang.
Hikhikhik


KECUALI uall kata :
"Undi lah BN"

Saya jawab,
"Sememangnya !!"

Hehe.
Ok,
Bye.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, April 28, 2013

REMARKS ( DETIK )

21 APRIL 2013 :
Tak plan. But its happen.
Allhamdulillah.
Something good !
Always make me smile.

28 APRIL 2013 :
Bersusah payah, tapi buntu.
Tapi tanam dalam2 dalam hati
"Ada Hikmahnya !"
"Allah tak kan jadi kan sesuatu perkara sia-sia. Allah Maha Pemurah. Maha Pengasih. Maha Penyayang"

Then, Yess,
Allhamdulillah.
Sesuatu yang sangat-sangat tak dijangka. Syukur Allhamdulillah.

Berjalan tersangat lancar.

Allah tak mungkir Janji,
Allah Maha Mendengar,
Allah Maha Mengetahui.

Cuma,
Kita kena bersangka baik.

*senyum lebar-lebar-lebar*
HEWHEWHEWHEWHEWHEW

ALLHAMDULILLAH
ALLHAMDULILLAH
ALLHAMDULILLAH


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DOSA TANPA SEDAR

Dosa dengan Allah,
Allah sentiasa memberi Kemaafan dan mengampunkan dosa Hambanya.

Dosa dengan manusia,
Andai tidak dimaafkan,
Neraka tempatnya.

Sebabtu lah kita kena jaga percakapan,
Kalau nak menegur,
Biar berhemah,
Jangan mengeluarkan sebarang kenyataan dengan keegoan dan kerana "Aku hebat" semata.

Saya ada terjumpa dengan 2 orang lelaki, yang kacak. Kaya. Bergaya.
Tapi setiap ayat yang keluar dari bibir,
SubhanaAllah. Bisa nya menikam jiwa.

Saya marah,
Saya rasa terkesan dalam hati.

Tapi,
Sungguh, sifat positif, memaafkan tu, memang susah, tapi kena miliki kuncinya iaitu SABAR dan BERSANGKA BAIK.

Beberapa hari kemudian,
Saya jumpa lagi mereka ber2,
Saya masih bertenang. Dan mereka, senyum ramah manis tertawa. Siap memuji.


Bersangka baik.

Mungkin,
Masa mereka melemparkan kata tak baik tu, mungkin mereka sendiri bermasalah, dan yang penting, mereka manusia biasa.

Macammana agaknya kalau saya melawan ? Macammana agaknya kalau saya menegur kata mereka dengan tidak berhemah dengan kata yang tidak berhemah. Mungkin juga mereka tak kan muncul kembali depan saya dan tersenyum. Kan :)

Banyak, ramai,
Sekeliling saya. Termasuk saya.
Kadang2 tersalah mengajukan soalan,

Hanya kerana kata-kata,
Tapi tajamnya membelah hati orang.

Dan pesanan,
Untuk kita,
Untuk saya,

Ada disekeliling kita,
Yang bersikap sedemikian,
Termasuk diri kita.

Andai kita alaminya,
Memaafkan lah
" Kemaafan itu  seolah-olah kaki yang memijak bunga ros lalu mengeluarkan bau yang harum. "

" Mengapa kita hendak marah dengan kutukan orang yang hanya 5 minit,marah kita pula bertahun-tahun sebab dendam.Orang yang hebat akan buat tidak tahu bila  dikutuk atau diumpat. "

Sekian.


Undilah BN,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SUMPAH RAHSIA

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...