FOLLOWER

Sunday, April 28, 2013

DOSA TANPA SEDAR

Dosa dengan Allah,
Allah sentiasa memberi Kemaafan dan mengampunkan dosa Hambanya.

Dosa dengan manusia,
Andai tidak dimaafkan,
Neraka tempatnya.

Sebabtu lah kita kena jaga percakapan,
Kalau nak menegur,
Biar berhemah,
Jangan mengeluarkan sebarang kenyataan dengan keegoan dan kerana "Aku hebat" semata.

Saya ada terjumpa dengan 2 orang lelaki, yang kacak. Kaya. Bergaya.
Tapi setiap ayat yang keluar dari bibir,
SubhanaAllah. Bisa nya menikam jiwa.

Saya marah,
Saya rasa terkesan dalam hati.

Tapi,
Sungguh, sifat positif, memaafkan tu, memang susah, tapi kena miliki kuncinya iaitu SABAR dan BERSANGKA BAIK.

Beberapa hari kemudian,
Saya jumpa lagi mereka ber2,
Saya masih bertenang. Dan mereka, senyum ramah manis tertawa. Siap memuji.


Bersangka baik.

Mungkin,
Masa mereka melemparkan kata tak baik tu, mungkin mereka sendiri bermasalah, dan yang penting, mereka manusia biasa.

Macammana agaknya kalau saya melawan ? Macammana agaknya kalau saya menegur kata mereka dengan tidak berhemah dengan kata yang tidak berhemah. Mungkin juga mereka tak kan muncul kembali depan saya dan tersenyum. Kan :)

Banyak, ramai,
Sekeliling saya. Termasuk saya.
Kadang2 tersalah mengajukan soalan,

Hanya kerana kata-kata,
Tapi tajamnya membelah hati orang.

Dan pesanan,
Untuk kita,
Untuk saya,

Ada disekeliling kita,
Yang bersikap sedemikian,
Termasuk diri kita.

Andai kita alaminya,
Memaafkan lah
" Kemaafan itu  seolah-olah kaki yang memijak bunga ros lalu mengeluarkan bau yang harum. "

" Mengapa kita hendak marah dengan kutukan orang yang hanya 5 minit,marah kita pula bertahun-tahun sebab dendam.Orang yang hebat akan buat tidak tahu bila  dikutuk atau diumpat. "

Sekian.


Undilah BN,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...