FOLLOWER

Tuesday, November 27, 2012

LITTLE GIRL


haih. saya kalau boleh,
saya nak sangat baby boy.
serius, nak anak pertama boy,
TAPI bila tengk baby girl,
rasa tercarik-carik pula hati.
dengan kegebuan pipi dia,
haih, camna ??

ok. KEMBAR. lelaki vs perempuan
deal. haha.
kidding. Sihat Walafiat pn dah Allhamdulillah :)









rindu aireen,
lepasni bila balik johor lagi,
sure dah pandai jalan sendri
dan tak minta dukung :(




with love,
FatinFashiekin


Monday, November 26, 2012

MASA KECIL-KECIL

Masa kecil.

Letak nota kecil bawa pintu rumah jiran,
"Jep, Aku tunggu kau kat tempat biasa"
5.30 petang,
Temujanji biasa.
Dia tunggu aku, aku tunggu dia.
Walaupun dia bersunat,
Dan berkain pelikat,
Dia tetap jumpa aku !


Mengetuk pintu rumah jiran hadapan,
TOK, TOK, TOK
"Assalamualaikum, nak minta buah koko boleh ?"
Si pak cik ketawa melihat kaletah kami, sungguh ! Indah ! Bahagia.
Memecahkan koko menggunakan akar pokok dan memakan isi koko itu dengan lahap dan enak sekali.
Ain, kau ingat lagi tak kenangan ni ?
Sekarang semua pokok tu dah tak ada,
Jalan pun sudah berubah baru.


Pergi menangkap ikan,
Berkubang parit.
Ye, itu aku ! Aku :)
"Abah, kakak nak tangkap ikan dengan jep, ain, piza dan faizol boleh ??"
Abah selalu bagi green light,
Sedangkan mama selalu berleter.
Ah, tapi aku beruntung,
Abah selalu membenarkan aku.
Balik berkubang,
Perlahan2 aku mencuci bdan dn masuk ke rumah.. Mama berleter tanpa henti.
Tapi ah ! Aku ada abah yg pasti backup aku !!:)

Pergi mengaji,
Pasti aku orang pertama yang tiba !
PASTI ! Sebab berebut waktu balik awal, kerana aku orang pertama tiba,
Aku orang pertama pulang. Selesai aku diajar, aku pula mengajar mereka yang masih merangkak-rangkak tidak mengenal huruf. Sungguh dulu aku berlagak, konon paling pandai mengaji, konon suara paling nyaring berzanji. Terima kasih cikgu saerah :)


Seusai pulang dari sekolah,
Teman sebasikal aku,
Zaihan dan faizol,
Mereka jiran aku,
Ye, aku dikelilingi lelaki,
Sebab itu aku cukup keras !
Aku ingat lagi,
Balik sekolah, mereka menolak aku jatuh ke lumpur dan selalu buat aku menangis, abah datang ke sekolah, berjumpa mereka dan memarahi mereka. Aku rasa diri aku umpama puteri yang memiliki perisai pelindung diri. Terima kasih abah ! HAHA


Aku rindu zaman kecil aku !
Bangga memiliki basikal baru !
Bangga memiliki beg baru !
Bangga memiliki kasut baru !


Setiap kali pergi sekolah,
Aku kata perut aku sakit,
Hari-hari sakit,
Cikgu hantar aku balik rumah atok sebab mama dan abah kerja.
Pak tok pelik tengk aku yang asyik sakit perut dan selalu menangis tak berhenti,
Macam-macam surah pak tok bacakan pada tuhan minta aku sembuh.
Padahal aku menipu,
Aku tak sakit apa, aku cuma tak mau sekolah. *maaf tok !
HAHAHA ;p

Sungguh aku comot sekali
dahulu,
Atok yang menjaga aku !
Degil ! Sana sini aku simbah cat,
Dan aku kata atok tak sayang aku.
Tapi kini ? Aku tahu,
Atok sayang aku :)


Banyak lagi kisah kecil aku,
Hah, sedih mengenangkannya,
Dan kini aku pula seperti mama aku,
Kuat berleter memarahi adik aku.
Dan sekarang terjawab,
Kenapa dulu mama risau dan berleter melihat aku yang seperti jantan kesana kesini berbasikal, berkubang.
Oh ! Rupanya itu kasih si ibu :)


Manakala kasih si abah,
Tak sanggup mengatakan tidak kepada si anak. Walhal si abah lagi bengis berbanding si abah.
Tapi segarang mana abah,
Apabila aku dimarah,
Abah ada untu membela.

Terima kasih,
Kakak sayang semua.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PRE REWANG NOT PRE WEDDING HAHA

Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata "upload3" hehe.

Nanti-nanti.
Dahulu kan wajah pemilik. HAHA

Dah siap,
Esok dah boleh upload,
Saya pilih yang okey-okey je.
Yang blur2 dan gigil-gigil walaupun senyuman menarik saya tak upload, sebab gambar nampak berkabus.
Maaf yek.

segala copy2,
Diminta menghubungi saya ;D

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 25, 2012

MALAYSIA VS SINGAPORE

Dari dalam bilik abah memujuk :
"Kak, tengk bola ni kak,
Penuh stadium ni kak"

Tapi saya memilih untuk tidak menonton, badan penat ni, esok ada hal lagi tak settle. Kalau lah malaysia kalah, stress oo. Haha.

Ye, saye ni dah lah benda2 kecik pun boleh stress, bukan setakat stress, kalau kalah apa-apa perlawanan yang saya sokong, sure saya nangis.

Nampak je kuat,
Tapi hati saya tipis.
Bola kalah, menangis.
Bos tegur, rasa bersalah.
Tak reti buat sesuatu, stress.
Semuaaa nampak bermasalah.

Benda paling tak suka,
Contoh dulu dato LCW lawan LINDAN,
Mula-mula saya tak tgk.
Tapi abah memujuk,
Saya join lah tengk.
Bila saya tengk je, Kalah.
Abah kata "kakak punya pasal lah ni, kalau akak tak tengk, sure menang"

T_T sentap..

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 24, 2012

PENGANTIN SEMINGGU



Selamat pengantin seminggu !
Semoga berbahagia dunia akhirat.
Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
Semoga diberi kesihatan yang baik.
Semoga dilimpahkan kesejahteraan dalam perhubungan sehingga ke-Jannah :)

*kompang dipalu,
Pengantin lalu !
Diatas pelamin,
Tersimpul malu*

Cewah ! ;p

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 23, 2012

NAKIAH&MUHAMAD GRANDCHILDREN

Seronok ! Semua balik !
Eh tapi ada juga still belum sampai.
Mengelat. Mengelat tak rewang ;p

Tapi seronok,
80% dah sampai rumah,
Balik kerja je terus pi rumah mak long,
Dengar mak long buat lawak,
Mak ude yang suka mengusik,
Cik ekin yang lawak,
Atok yang macam kluarga iskandar,
Mama yang konon hebat masak. HAHA

Then,
Paling best,
Ada inul comel !
Sara dan ireen yang menawan pn ada.
Semua ada.
Cuma budak-budak zaman sekarang tak seronok macam dulu kan ?
Dieorang tak da main-main kat luar,
Main bola ke,
Main lari-lari ke,
Main kawin-kawin ke,
TAK ADA.

Semua khusyuk menghadap game,
Memegang ipad dan note.
Baik je kat ruang tamu.

Zaman dah berubah kan ?
So my adik2 pun merengek lah nak itu ini. Cehh, no no no.
Belajar pandai-pandai.
Buktikan kehebatan baru kakak tunaikan. Kan ??
Dulu kakak, hp pun susah nak pegang.
Kan ? Kan ? Kan ?

Ok. Tu je.

Nanti update lagi.

Bai.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BABY BABY BABY OO

Nak ada hubby,
Nak ada baby.

Tidur kan hubby,
Tidurkan baby.

*pang !!!*
HAHAHA

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...