FOLLOWER

Wednesday, October 17, 2012

KONKLUSI PERSIS

Aku tak mampu menjanji apa2 dihadap,
Lebih2 lagi bersandar pada rasa anugerah tuhan

Namun aku dengan jiwa lapang
Sedia saja untuk memeluk eratmu
Saat kau rasa kau seorang
Detik kau rasa terbuang

Cinta,
Berbekal konklusi persis
Aku yakin ;

Sayangnya aku pada kau hari ini
Adalah lebih dari hari2 sebelum

Dan sentiasa bercambah
Dengan pecutan rasa yang sama.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN ZULHIJJAH

Kita perlu menghayati 'Roh Haji' walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.


Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati 'Roh Haji', kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.


Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.

_________________________________________
Copy paste :

Rasulullah SAW bersabda: "Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun."


Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: "Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah)." (Hadith Riwayat al-Bukhari)


Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  "Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya." (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa'ie)


Rasulullah SAW bersabda: "Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung." (Riwayat Abu Dardaa.)


PUASA 1 – 10 ZULHIJJAH

KELEBIHAN BERPUASA DIBULAN ZULHIJJAH


Hari Pertama Zulhijah.
Hari ketika Allah mengampuni Nabi Adam ialah hari pertama Zulhijah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni dosanya.

Hari Kedua Zulhijah.
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak menderhakai Allah.

Hari Ketiga Zulhijah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

Hari Keempat Zulhijah
Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahannya dan kefakirannya dan pada hari Kiamat bersama orang yang baik dan mulia.

Hari Kelima Zulhijah
Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia bebas daripada kemunafikan dan seksa kubur.

Hari Keenam Zulhijah
Allah membukakan kebaikan untuk Nabi-Nya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikan padanya dengan kasih sayang dan dia tidak diseksa semudah itu.

Hari Ketujuh Zulhijah
Semua pintu neraka jahanam ditutup dan tidak dibuka-buka sehingga berlalu hari-hari yang 10 itu. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghindarkan daripada 30 pintu kesukaran dan membuka 30 pintu kemudahan.

Hari Kelapan Zulhijah
Dinamakan juga Hari Tarwiyah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

Hari Kesembilan Zulhijah
Disebut juga hari tebusan dosanya pada tahun itu yang lepas dan yang akan datang. Pada hari inilah turunnya ayat Al-Quran yang terakhir bermaksud:

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu."

Hari Kesepuluh Zulhijah
Hari Raya Aidiladha. Sesiapa berkorban dengan satu korban, mulai titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan keluarganya. Sesiapa yang memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

_________________________________________

Ha, Banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita puasa pada hari-hari berikut. Tapi ingat, ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t. kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mahu menerima amalan, kecuali dari orang yang ikhlas dan semata-mata mencari keredhaan-Nya".

Harini saya dah mula berpuasa,
Jom lah sama-sama berpuasa.
Saling ingat mengingatkan :)

Wallahu A'alam Bissowab

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 16, 2012

30 ZULKAEDAH

Haih. Saya download lah SalatMK via Blackberry application.
Memang download free,
TETAPI, setiap informasi yang dia bagi "SALAH !!"

Arah kiblat pun salah,
Subuh pukul 4 pagi ??
Zohor pukul 11.45 pagi ??
Asar pukul 3 petang ??
Magrib pukul 5 petang ??
Isyak pukul 7 malam ??

Can u all imagine ?
Tengah tidur tiba2 phone bunyi azan menandakan subuh ?? Bila tgk phone, 3pagi ??! Haha.

Dan harini SalatMK menunjukkan harini ada lah 2 Zulhijjah ?? Huh, memang bermasalah ni.. Boleh membawa ke arah kesesatan. Nasib baik lah duduk malaysia, da faham dah bila azan dan arah kiblat. Kalau tiba2 merantau jauh pi europe ke, sweden ke ? Tak ke tersesat ?
So lepasni, DELETE application tu. Tapi, niat berpuasa. Teruskan ! Jom puasa esok. Nak ? Sama-sama. Jom lah ;)

_________________________________________

PERISTIWA 30 ZULKAEDAH 30 - SAIDINA UMAR MENANGIS / KETAWA


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Katakanlah ( wahai Muhamad) " Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu, oleh itu sesiapa yang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal saleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."
(terjemahan ayat 110 surah Al Kahfi )

Saidina Umar pernah dilihat oleh sahabat-sahabatnya menangis dan kemudiannya ketawa tanpa sebab yang jelas. " kenapa?"

Menangis:

" Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. ketika aku mendapat kabar anak perempuan sejak dari kelahiran lagi kebencianku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu hinggalah umurnya enam tahun. Aku sudah tidak tahan lagi , aku membawanya ke padang pasir dn aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main. Dia turut membantuku mengali lubang. Apabila lubang siap, aku menolaknya dan menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku,masih ingat aku bermain, dia tolong mengibaskan pasir-pasir dari janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhamad, kami memuliakan anak lelaki, menghinakan anak perempuan."

Ketawa:

" Apabila aku keluar dari bandar Mekah, biasanya kami membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan. Tetapi hari itu aku terlupa membawa batu, tetapi aku membawa kurma. Aku membuat berhala daripada kurma dan aku sembah kurma itu. Apabila makanan aku habis, mulalah aku makan tuhan aku sedikit demi sedikit. Bila teringat kisah itu, aku ketawa sendirian"

(Sumber - Biografi Muhamad bin Abdullah PTS )


Ya Allah bantulah kami supaya sentiasa dapat selalu dapat menyebut namaMu, mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan membanguskan ibadat kami terhadapMu. Amin.


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 15, 2012

RESEPI TELUR

Incik lalan balik seminar semalam,
Dia bagi buku resepi ni,
Semua berasaskan telur.
Uih, minta saya kurus,
Tapi menu asyik berasaskan lemak2.
Camna ?

Yg kek tu pula,
Kawan selamat melahirkan baby
Dan cukup sebulan.
Dia bagi kek :)


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GOOD MORNING !

Panaskan pagi dengan skipping !
Let's move ur body.
Semangat-semangat-semangat
;D

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BEFORE AFTER

Ye, orang luar akan kata,
Mana gemuk ?? Mana ??
Tak gemuk lah.

So uol tengk gambar diatas,
Before adalah "its me!!"
Dan after.... Uol tunggu lah k.
Tunggu lah six pack saya.
Sekarang saya cuma ada 1 pack.
Hahaha.

Bestnya jadi gambar "after" tu,
Sure dapat menarik nafas lega dan sangat berbaloi.
Berkat pemakanan apple di tengahari.
Now berat saya 50kg dari 55kg.
Still x puas hati !
Saya nak 45kg saya semula,
Incik lalan lagi over, dia suh dapatkan 40kg. Pehhh. Sure lah saya jadi tiang lampu nanti. Haha.

Actually shape badan tak menjadi masalah, peha dan perut ni !
Sure uol bosan kan baca entry gemuk ni ? Ah ! X kire ! Nanti kalau menjadi. Sila jangan jelouse dan tanya apa rahsia saya. Hahaha

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LIKE ALWAYS

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...