FOLLOWER

Wednesday, October 17, 2012

KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN ZULHIJJAH

Kita perlu menghayati 'Roh Haji' walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.


Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati 'Roh Haji', kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.


Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.

_________________________________________
Copy paste :

Rasulullah SAW bersabda: "Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun."


Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: "Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah)." (Hadith Riwayat al-Bukhari)


Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  "Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya." (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa'ie)


Rasulullah SAW bersabda: "Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung." (Riwayat Abu Dardaa.)


PUASA 1 – 10 ZULHIJJAH

KELEBIHAN BERPUASA DIBULAN ZULHIJJAH


Hari Pertama Zulhijah.
Hari ketika Allah mengampuni Nabi Adam ialah hari pertama Zulhijah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni dosanya.

Hari Kedua Zulhijah.
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak menderhakai Allah.

Hari Ketiga Zulhijah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

Hari Keempat Zulhijah
Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahannya dan kefakirannya dan pada hari Kiamat bersama orang yang baik dan mulia.

Hari Kelima Zulhijah
Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia bebas daripada kemunafikan dan seksa kubur.

Hari Keenam Zulhijah
Allah membukakan kebaikan untuk Nabi-Nya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikan padanya dengan kasih sayang dan dia tidak diseksa semudah itu.

Hari Ketujuh Zulhijah
Semua pintu neraka jahanam ditutup dan tidak dibuka-buka sehingga berlalu hari-hari yang 10 itu. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghindarkan daripada 30 pintu kesukaran dan membuka 30 pintu kemudahan.

Hari Kelapan Zulhijah
Dinamakan juga Hari Tarwiyah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah sendiri.

Hari Kesembilan Zulhijah
Disebut juga hari tebusan dosanya pada tahun itu yang lepas dan yang akan datang. Pada hari inilah turunnya ayat Al-Quran yang terakhir bermaksud:

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu."

Hari Kesepuluh Zulhijah
Hari Raya Aidiladha. Sesiapa berkorban dengan satu korban, mulai titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan keluarganya. Sesiapa yang memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

_________________________________________

Ha, Banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita puasa pada hari-hari berikut. Tapi ingat, ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t. kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mahu menerima amalan, kecuali dari orang yang ikhlas dan semata-mata mencari keredhaan-Nya".

Harini saya dah mula berpuasa,
Jom lah sama-sama berpuasa.
Saling ingat mengingatkan :)

Wallahu A'alam Bissowab

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...