FOLLOWER

Monday, October 8, 2012

SELAMAT MALAM WAHAI PENDUDUK BUMI

Harini memang busy. Tapi hati bekerja happy. Tak tahu lah kenapa 2minggu ni custmer ramai gila. Betul, ramai. Tapi rasa berbaloi. Sebab dah terbiasa. Da bijak arrange kan waktu dan segalanya.

So bangun pagi dengan hati girang, pergi kerja cemerlang, balik kerja dengan hati yang tenang..

Sure this month sekejap sangat masa. 21hb, 26hb, 3november, 10november. Tarikh2 ni telah dibooking. Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah saya akan hadirkan diri ke majlis pkhwinan anda ye cik fida ;)

Ok. Gd nite. Mata dh mgantuks !

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BETUL JUGA KAN ?


Kalau korang tak angguk,
nampak beno nipunye. haha ;p


with love,
FatinFashiekin

Saturday, October 6, 2012

PAKAR PERUNDING DAN PENASIHAT MASALAH HATI DAN SANUBARI

Assalamualaikum..

sini, nak cerita ni ! sini !
duduk rapat-rapat sikit ye ;p

ok.macam uol tahu, saya bekerja di farmasi,
dan saya pun dah penat lah nak cerita ragam-ragam pelik manusia
yang tak kan berkesudahan, apapun still nak share.

macam biasa lah kan 9 pagi buka farmasi,
tiba-tiba ada seorang makcik ni datang farmasi,
mencari ubat batuk + selsema.
ok lah kan, thats normal.

cuma, tiba-tiba makcik tu pandang saya,
dia kata : "awak sapa nama ? makcik lupa"
saya jawab lah, "ekin, napa ?"
makcik tu balas : "nak cerita hal peribadi ni,
nak minta pndapat"

saya dengan kakani dah buat muka musykil,
tapi dengar je lah. huhu

"makcik ada masalah ni,
anak makcik namanya nora, ada dua lelaki mint dia,
seorang namanya wan dan seorang lagi namanya afiq,
makcik nak minta pendapat korang apa yang patut makcik
dan ank makcik lakukan"

hah ! bertukar bidang !!!!!
sepatutnya farmasi kena buat satu bilik,
ada meja, untuk saya.
dan dekat meja tu sila tulis
rawatan penyakit cinta by doktor cinta fatinfashiekin

tapi, its okey lh. dari situ dapat lah berkenalan dengan lebih rapat dengan custmer. dilemanya begini, makcik tu ada 6 orang anak. salah seorangnya adalah nora, anak kesayangan, makcik tu sangat susah hati bila anak nya bercinta dengan seorang lelaki bernama wan (seorang anggota polis) dah 4 tahun mereka couple, dan mak cik ni tak pernah merestui hubungan anak dia dengan wan, bahkan makcik ni selalu berdoa pada tuhan semoga nora dipertemukan dengan jodoh yg lain. si wan pula tahu tahu yang makcik ni tak suka  dia ada hubungan dengan anak perempuan dia

TETAPI, makcik ni tak adalah macam drama2 melayu, bakal mak mertua yang kejam ke tak.selama 4 tahun anak dia couple dengan wan, makcik tu redha, tapi makcik ni cerita, setiap kali dalam solat dia berharap agar nora dipertemukan dengan laki lain. Wan banyak kali juga bhasrat nak hantar rombongan pinangan untuk merisik nora. tetapi ditolak oleh makciktu.

Tuhan Maha Berkuasa, hati makcik ni terbuka untuk menerima wan, kemudian makcik ni kata lah pada anak dia "nora, jom kita cari barang hantaran, kan nora nak bertunang kan?" disaat-saat akhir, anak makcik tu kata "mak, nora nak tunang, tapi boleh tak dengan orang lain tapi pada hari yang sama.." bila dengar pengakuan anknya, makcik tu rasa seronok dan bsyukur sangat-sangat. Allah memakbulkan doanya, tambahan pula, lelaki ke2 (AFIQ) ni berpangkat besardalam sebuah syarikat.

So, makcik tu minta pendapat kami cara mereject si wan tu, masalah nya adalah kerana wan seorang lelaki yang sangat-sangat baik. sentiasa mendengar kata dan tiada cacat celanya.
bagaimana ?????

faktor makcik ni tak nak nora berkahwin dengan wan adalah kerana :
1) wan seorang anggota polis dan makcik ni tak nak anak nya ditinggalkan,
2) selama 4 tahun berkawan, setiap kali raya wan selalu tak dapat menghadirkan diri *polis katakan
3) makcik ni terbayang kalau nora mengandung, suami tak ada disisi.

sejujurnya, bagi saya lah kan,
kesian juga pada wan tu, tak salah apa-apa. tapi sebagai seorang mak, saya faham lah, makcik tu nak anak dia hidup senang, cuma salahnya makcik tu bagi saya sebab memilih harta dan menganggap anaknya memiliki ijazah dan gaji yang besr, tak sesuai dengan wan. TAPI, kalu saya seorang emak pun, saya nak terbaik untuk anak saya juga. hmm, konflik juga ek ? hehe

dan bagi saya juga, kalau boleh, berkahwin tak boleh atas dasar kesian, sekarang nora kesian pada wan, sebab dah 4 tahu couple, wan pun sangat baik. dan makcik tu rasa serba salah dan nak anak dia bagi alasan keluarga tak merestui. TAPI, makcik tu risau kalau wan datang merumah dan merayu-rayu.

AFIQ pula dah standby, kalau nora putus, bila-bila masa saja dia boleh masuk meminang untuk jadikan nora sebagai isteri. very the drama kan ? haha. biasanya benda2 macamni kita tengk dalam tv, tapi harini benda ni saya dengar dan terjadi, betul2 depan mata dan betul2 dari telinga saya, so saya sangat berkerut kening mendengarnya. huhu

tapi, last kami kata pada makcik tu, kalau betul anak dia pun dah tak dapat terima wan. cara terbaik cakap elok-elok pada wan. cara ke2, try jarakkan perlahan2 hubungan tu.. even wan nak kata nora dah berubah ke, biarkan, tapi perlahan2 hilangkan diri. tak adalah wan terkejut dan rasa terluka gila2. ye tak ? :)

bila pk kn, rasa lawak.. masalah diri sendiri tak settle, nasihat orang lain ttg masalah cinta. hahahhah. masalah menuju ke arah rumahtangga pula tu. dan lepas cerita2 dengan makcik tu, saya ada pesan "cik, nanti jangan lupa ceritakan kesudahannya" ;D

pengajarannya : jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang,
okey, nak call incik lalan pula lepasni sebab takut dia turut dikebas orang. hahahaha

with love,
FatinFashiekin


Friday, October 5, 2012

TIPS TEGAR CARA ISLAM

PESANAN PENDEk -

Ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwudhulah. Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita Di jalan Allah, maka bertakbirlah. Ketika badan tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah. Ikhlaskan semuanya dan dekatlah kepadaNYA.

Agar tunduk disaat yang lain angkuh. Agar teguh disaat yang lain runtuh. Agar tegar disaat yang lain terlempar.

;)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KURUS SIHAT JIMAT

Menu harian saya kini adalah seperti diatas, setiap hari macam biasa,
WAJIB kopi 3 cawan,
Bukan secawan ye, 3 cawan.

Serius sangat addicted pada caffein,
Waktu minum iaitu, PERTAMA, bangun tidur sebelum mandi terus kedapur, buat nescafe secwan, switch on TV supaya otak dapat berfikir, baru lah saya mandi. Kalau saya bangun pagi tanpa secawan caffein, sure ! Mood saya tak baik.

KEDUA, sampai je farmasi lepas mengemas, menyusun dan menyiapkan semua kerja. Pukul 10.30 saya akan dapat kan cawan yang ke2.

Cawan KETIGA biasanya waktu lunch, 1ptg saya akan ambil caffein lagi dan sekarang perut saya dapat menerima dengan hati yang terbuka, lunch hanya dengan memakan sebiji apple !

Then, maghrib biasanya perut akan meragam lagi, so saya akan isi dengan coklat atau pun something macam snek. Apa2 lah yang ada di pantry farmasi.

Rutin tu berulang ! Dan saya sangat suka pada perubahan yang terjadi pada diri saya sekarang ! sangat menerujakan.

Saya bukan nak kurus lagi, tak, tak, tak ! Saya nak belajar menikmati hidup dengan cara yang susah ! Saya nak jadi kedekut even saya dah sememangnya kedek. Hahaha.

Mencabar diri sendiri adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan ! Benda simple je kot kan ? Tapi bagi uols yg maybe kuat makan seperti saya, permulaannya adalah sangat sangat susah.

But now, tak semestinya nasi je yang buat kita kenyang tau ! Tu semua psikologi semata.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LA TAHZAN ;)


Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat
erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]

Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah

Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan

[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]

Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: حسبنا الله ونعم الوكيل"
"Cukuplah bagi kami, Allah...
Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"
(آل عمران: 173)

[Pengalaman sering mematangkan kita]

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليك
Ya Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

[Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat]

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

[Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?]

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada

[Bersyukurlah wahai diri ini...]

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلق
فمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر
"Ya Allah... apa saja yang aku alami
daripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan
bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran.
Subhanallah...!

Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها : إبراهيم: 34
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

[Firman Allah yang bermaksud:]

"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"
(التوبة: 40)


[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]

Thursday, October 4, 2012

KAU SUKA DIA SEBAB DIA DOKTOR KAN ?


Terbaca post kak zuhana (sepet) mengenai 
qery yang bertajuk "kau suka dia sebab dia hansem kan"
dan perkara tu terjadi pada dia.
dan saya pula dihujani persoalan
"kau suka dia sebab dia doktor kan ?"

hmm, kalau korang terfikir macamtu,
sah ! korang terlebih tengok drama melayu.
konon kalau doktor ni kena ada briefcase,
kena pakai tie,
kemeja lengan panjang,
smart, nerd, pendiam, tapi baik hati,
bergaya bermutu dan keunggulan *teringat iklan dunhill
hahaha

TAK DE MAKNA NYA 
semua tu suatu penipuan,
kalau dah namanya manusia biasa,
manusia biasa lah jua.

dulu saya kenal dia tak tahu pun dia doktor ok.
orang tanya juga, kenapa saya suka dia ?

jwapannya ; tak tahu.
dengan dia saya boleh cakap suka hati saya,
gaduh tarik2 tudung dan rambut pun
bangun tidur esok lupa.
lepastu bagi 156hari bergayut dgn dia pun,
ada ja topik nak bual.

pernah juga sebelum kenal dia kenal laki lain,
tapi sumpah ! serius saya jadi pendiam.
soalan ulang2 "da makan ?"
"da solat ?" tu je lah ulang2 sebab tak da modal nak borak.

hmm, kesimpulannya apa ea ?
entah ! nanti saya fikirkan kenapa dia yg disukai ?
buat masa sekarang kalau nak jawab
"apa yang tak disukai mengenai dia"
tu adalah jawapannya. hahaha



with love,
FatinFashiekin



DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...