FOLLOWER

Friday, July 13, 2012

KATA ORANG BUKAN SAYA DAN SAYA NK KATA

Kata orang :
"kawen nanti cuci kaki je, minta lah semua pada suami dah tu tanggungjawab dia"

Bagi saya lah kan,
kalau pasangan kita kerja keras untuk kehidupannya, kita juga kena sama-sama bekerja keras. Menggunakan duit hasil pemberian orang tak sama dengan hasil titik peluh sendiri. Bila kita tahu betapa sukarnya untuk mendapatkan sesuatu, kita akan lebih menghargai pemberian pasangan, timbul rasa belas kasihan terhadap pasangan, dan bersederhana dalam kehidupan!.

Kan ?

Ok. Bye.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MENJELANG RAMADHAN

Mencari barangan dapur !!
Untuk stok sampai lepas raya. Haha.
Actually bab paling lah saya tak suka bila pergi pasaraya. Bab menimbang.
Dan kalau terlupa timbang.
Haish... Then dari kaunter,
Berlari mendapat kan harge.

Yes, cuai kan ?
Tahu ;p

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 12, 2012

GOOD LUCK

Sila bt performance yg mbanggakan !
Saya sokong awak selalu ;D

Sunday : 434coffee
Jangan lupa ! :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

I LOVE YOU DADDY

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

:')

*Saya sayang incik Anuar Mohamad. One day, saya akan senangkn hidup abah, kakak janji !! Semoga adik2 saya, aza, daniel dan awal pn menjadi anak yang soleh dan solehah, supaya dapat lah kami berganding bahu bagi menjamin kesejahteraan org tua kami bersama :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAWAK

Kerete saye bmsalah,
So mama dengan adik jemput saya.

So tadi balik,
Ade custmer tegur tanya pasal ubat,

Adik saya si awal tu pun tengk sya borak dengan custemer tu dari kerete,

Masuk je kerete,
Adik kate :

"Kakak borak dengan sape ? Kakak tak sayang abang lan ke ? Sian abg lan."

Hahahah. Budak 3 tahun cakap macamtu. Hahahaha. Rase lawak gile. Lillahitaala tu ayat awal :D

Mama pun gelak terbahak-bahak dengar. Haish, payah, ada reporter :)

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RAHMAT ALLAH

Atas segala yang menimpa,
Saya memuhasabah kan diri,
Dan berpuasa pada hari ini.
Walaupun sebenarnye harini pun ada sesuatu yang terjadi sebenarnya.
SubhanaAllah.

Semoga diri saya kuat mengharungi segala dugaan yang diberikanNya.

Allah nak tunjuk kasih & sayangNya,
Allah akn turunkn dugaan & ujian,
sbb Allah nk bg gnjaran pd kita stlh kita lulus ujian. Ktika ujian,kita perlu bsabar&solat, sbb solat ni bkn mudah kecuali orang yg betul2 khyusuk.

Ujian spt tetamu yg x diundang, dtg dan pergi,dtg lg dan pergi.Klu nk dbndingkn dugaan kita skg bbanding para anbia sangatla sikit dugaan kita ni, dugaan para anbia sgttt besar tapi para anbia sangat bersabar,tapi kita banyak mengeluh..

" You don't want to be a burden, so you bottle it all up around people, you're the happiest ray of sunshine. but nobody knows, that at night when you're alone, you break down & just cry.

Well Do it AGAIN pretend nothing's Wrong Just Stay Strong.."

Jangan kamu berputus asa dengan Rahmat Allah...

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 11, 2012

BABY GIRL

Qaireen zahra yg sangat comel !
Kulit dia sangat mulus okeh :D

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WANITA

"Saat diciptakan wanita, ALLAH membuatnya menjadi mereka sangat istimewa. "

DICIPTAKAN BAHUNYA,
agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walauapapun, bahu itu tetap nyaman dan lembut untuk menahan sesiapa yang bersandr kepadanya.

DIBERIKAN KEKUATAN UNTUK WANITA, untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya.

DIBERIKAN KEPERKASAAN,
yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

DIBERIKAN KESABARAN,
untuk merawat keluarganya ataupun insan kesayangannya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

DIBERIKAN PERASAAN PEKA &
KASIH SAYANG,
untuk mencintai insan kesayangannya, dalam keadaan apapun, dan dalam situasi apapun. Walaupun insan kesayangannya itu ada melukai perasaannya, melukai hatinya.

DIBERIKAN WANITA KEKUATAN,
untuk membimbing pasangannya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung bagi pasangannya,

KERANA, bukankah tulang rusuklah yang melindungi hati dan jantung agar tidak rosak?

Dan, akhirnya, DIBERIKAN AIR MATA, agar dapat mencurahkan perasaannya. agar dapat digunakan semasa ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENENANG HATI

Patutlah last week mimpi bukan-bukan,
Rupanya bulan 7 ni macam-macam jadi. But Allhamdulillah :)

Semalam betul2 serabut, dan rasa takut, dah lah harta orang,
Then saya pula cuai.
Sekeliling semua marah.
Bila mengadu, semua marah.

Kak ani kata :
"Dah pergi amik wudhu' tenangkn hati"

Masa amik wudhu' pun rasa sedih sangat-sangat, sesungguhnya saya tak sengaja. Dan saya tahu saya bersalah.

Then sementara tak ada custmer,
Amik kesempatan baca yassin,
Memang baca, tapi meleleh lagi air mata.

Then kak ani kata,
"Nak tenang hati baca surah al-waqiah, baca terjemahannya sekali"

Dan ye ! Rasa tenang !
Uols yg tak tenang hti, baca lah surah tu,
Rasa segan pula nangis-nangis, hehe
Yes I'm too vulnerable.

Perkara paling saya tak suka adalah bila kena marah then ditinggikn suara, memang saya akan rasa tersentap.
Dan bila saya mengadu, bukan bermakna saya nak dengar anda punya kata-kata negatif yg sama. Tak. Saya perlukan sokongan dan kata-kata untuk tenangkan saya.

Atleast tanya : "are u okey ??"
Dan tunjuk saya cara untuk jadi okey.

Apapun, ada hikmahnya semalam,
Allhamdulillah :)

Pengajaran yg saya dapat : bedikarilah wahai fatin fashiekin.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BANGUN SETELAH JATUH

Seteruk mana pun 'jatuh' kita dalam apa perkara sekali pun, lagi ramai yang lebih mencabar 'kejatuhan' nya tapi tetap bangkit dan terus berjalan, apa kata kita jadikan mereka inspirasi?

saat saat macam ni, apa yang penting ialah cara pemikiran kita, cara kita menerima & cara kita deal dengan sesuatu 'kejatuhan' itu. tak kan nak terus hanyut dengan kejatuhan? nak terus hilang saat kekecewaan? 

antara apa yang mampu dan boleh saya kongsi setelah melalui kejatuhan dan kemudian berasa tenang ialah :

1) sentiasa berfikiran positif & sentiasa bersangka baik dalam kehidupan/orang lain. jauhi & bencikan perasaan & tanggapan negatif. susah? ya, tapi sedar lah kita sendiri tidak sempurna semuanya.

2) senyum sentiasa, cari/buat perkara yang boleh buat kita tersenyum dalam satu hari itu. susah? saat pertama kali buka mata di pagi hari, ucapkan Alhamdulillah dan senyum lah kepada Nya, yang masih sudi memberi kita nyawa & kehidupan.

3) sentiasa menerima apa jua dengan hati yang terbuka. masalah, kritikan mahupun pujian. susah? terima lah setiap kritikan demi untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik, pujian sebagai tanggungjawab & amanah yang di harap kan. jadikan masalah pula sebagai cabaran untuk jadi lebih baik bukan punca stress.

4) ketepi kan memikirkan benda benda yang remeh & kecil yang tidak langsung memberi kesan yang baik dalam kehidupan kita. susah? tidak, kurang kan mengambil tahu perkara perkara yang tidak membawa kebaikan kepada kehidupan kita, apatah lagi sesuatu yang kadang kadang hanya lah mempunyai unsur negatif dan aib.

5) rajin membaca/melihat/menonton bahan yang positif & berunsurkan ilmiah. susah? tidak. paling mudah, mulakan 'follow' sahaja mereka mereka yang berkata kata dengan kualiti dan baik di Twitter, sekurang kurang nya, setiap kali membaca memberi kesan kepada kita.

6) bergaul dengan mereka yang sentiasa positif & sentiasa berkata & beramal baik. susah? nanti tak ramai kawan? tidak. berkawan lah se ramai mana sekalipun tetapi jadikan yang baik & betul dari mereka itu rujukan. berpegang teguh lah dengan prinsip diri sendiri dalam berkawan.

7) lupakan mencari kesalahan dalam sesuatu perkara tetapi jelas kan kebaikan sesuatu. susah? sebab sentiasa nampak semua orang salah & kita betul? lihat & cermin kembali diri kita, jangan mudah rasa diri cukup sempurna & sentiasa betul. hidup ini, kita saling mengingati.

8) memberi sokongan kepada orang sekeliling dalam apa jua yang mereka lakukan selagi tidak bertentangan dengan syara' dan jauhi lah sekelumit pun perasaan kurang senang/dengki. susah? nanti dia lagi berjaya? bukan kah setiap rezeki kita sudah di tentukan Nya? berusaha & motivasi kan lah diri sendiri untuk mencapai sesuatu.

9) sentiasa mengamalkan gaya & cara hidup yang betul & positif. jangan sesekali melanggar fitrah sesuatu yang telah di tetapkan. susah? sebab takut nampak tak cool? nampak ketinggalan zaman? ingat, setiap perkara kita lakukan sekarang, akan 'dipertontonkan' kelak.

10) sentiasa tenang dalam membuat keputusan, fikir kan kesan akan datang yang bakal menyusul dari setiap tindakan kita. perlu berani? ya, benar, tapi jangan sampai di masa akan datang, sesuatu itu mampu mengaibkan kita.

11) yang paling penting, sentiasa dekat kan hati dengan Nya. sentiasa ingat, DIA sentiasa melihat kita dan DIA mahu kita sentiasa lurus di jalan Nya agar bahagia kita itu bahagia yang menenangkan. susah? belum rasa 'rasa' itu? cari lah Allah, DIA sedang menanti kita, DIA rindukan kita.

sejujurnya bahagia yang di temani ketenangan itu lah erti bahagia yang sebenar. bahagia yang berpanjangan, bahagia yang cukup membahagia kan. tapi kita perlu ingat, ketenangan hanya akan hadir apabila Allah SWT kurniakan rasa itu, rasa apabila setiap perkara yang kita lakukan ada redha & berkat dari Nya. itu lah erti bahagia yang sebenar. sentiasa percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah nya mampu membuat kita terus tenang & terus berjalan meneruskan kehidupan & mencari redha Nya. apa jua sekali pun, cara nya hanya lah kembali kepada Nya. percaya kuat Allah telah merancang setiap perkara yang terbaik buat semua hamba Nya. dengan itu, apa jua yang datang, kita akan hadapi dengan senyuman.

" Attach your heart to Allah, and you will never be let down "
(Imam Zaid Shakir)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HIKMAH DARI KEJATUHAN

Cukup lah Allah ada temani kita,
Jangan harapkan orang lain,
Kerana nescaya mengundang duka.

Jangan terlalu berangan-angan.
Berangan konon akan ada insan yang rela sehidup semati.
Berdepan lah dengan realiti.
Sahabat senang mudah ditemui.
Sahabat susah jarang sekali.

Ye, mungkin kita baik.
Kita sentiasa membantu orang yg dalam kesusahan, dan hati kecil kita berbisik "semoga nanti, dia ingat jasa kecilku"
Bukan bermakna tidak ikhlas,
Tak memerlukan balasan,
Cukuplah sekadar kita tahu yang kita ada teman susah dan senang.
Tapi itu bukan mudah.

Fantasi jauh lebih indah dari realiti,
Melayu mudah lupa.
Apatah lagi ia nya "manusia".

Ye, its happen to me :
SubhanaAllah, Ramadhan bakal menjelma, Allah tunjukkan saya jalan. Agar saya tak tersesat. Allah tunjukkan saya jalan yang betul.

Ketika saya susah, sedih dan pedih,
Hanya alunan dari kalimah-kalimahnya yang menenangkan hati saya.

Mungkin saya akan kehilangan sesuatu yang penting, tapi saya yakin Allah akan membantu saya. Allah sentiasa ada.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...