FOLLOWER

Friday, April 13, 2012

GADIS KALIS

Kadang-kadang saya terfikir
" bagaimana seorang anak mampu untuk mceritakan segala masalahnya kepada ibu bapanya ?? "

Macam saya ? Yup, saya mempunyai seorang mama yang sangat sporting, muda dan she's like my bestfriend.. Saya ada seorg abah yg selalu myokong saya dalam semua hal. Dan sy mempunyai seorang kekasih yg sentiasa ada dsisi saya ketika saya memerlukan.

TETAPI, bagaimana rapat sekalipun saya dengan mereka. Oleh kerana mereka adalah insan kesayangan di hati saya. Saya tidak akan sekali kali mampu utk bercerita mengenai permasalahan saya kepada mereka. TIDAK AKAN DAN TIDAK MUNGKIN !!

Saya lebih rela menangis keseorangan tanpa berteman daripada bercerita apa yg saya tanggung dan apa yg myebab kan saya bersedih kepada mereka,.

KERANA, saya sayang kan mereka, saya tak nak dieorang sedih ataupn risau memikirkan saya dn saya nak dieorg anggap sy ok. Dan saya nak dianggap sebagai seorang gadis kalis. Kalis dari pelbagai dugaan, serta permasalahan.

Yeah, sometimes sure akan ada rasa give up, sunyi dan need somebody. but its still ok for me, as long saya tak myusahkan sesiapa :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fatinfashiekin.wordpress

More update :

http://fatinfashiekin.wordpress.com/


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KHURSUS KAHWIN ?

Assalamualaikum,

khursus kahwin.. hehe.. 
maaf atas tajuk new post yang sedikit over ini ye ;p
actually, petang tadi adalah seorang kenalan saya yang hantar mesej :


ANONYMOUS *nama tpaksa dirahsiakan : ekin, jom pergi kursus kahwin
ME : kursus kahwin ?? habis bf u ?? 
pergilah dengan dia. kenapa tak nak pergi dengan dia ?
ANONYMOUS : Yela, i pergi dengan bf i, u join lah dengan bf u, 
kite pergi sama2.
ME : I ?? tak mahu lah, i lama lagi, nanti tak feelinggg. huhu
ANONYMOUS : I pun lama lagi, bukannya nak kahwin tahun ni pun, 
bf i pun tak tahu pasal ni, tapi keluarga pihak laki 
yang suruh i pergi kursus kawin ajak bf i sekali.. 
so i nk ajk u, kate nk kawin sama2. hehe
ME : Memang lh nk kawin same2, tapi kalau boleh, i nk pergi kursus kawin bila dah confirm tarikh majlis berlangsung, bila confirm duit hntran pihak lelaki pun da cukup. baru lah ada feeling nk kawin masa kursus nnti, dapat lah pandang2 jeling2 pasangan dengan penuh bermakna gituh. hehe. 
kalau pergi sekrang ?? hummm, alamatnya menguap lah. 
lepastu jeling pasangan sebb tak masuk meminang. ahahha
ANONYMOUS : A,ah.. samelah kite sebenarnya. 
duit pn tk mencukupi lagi.
ME : Haa, tahupun, so same2 lah kite work hard ye ! 
dah cukup duit saving untuk 7 keturunan kita, 
baru kita bincang lagi topik ni. hehe
ANONYMOUS : Baik darlingg..
 
Bila fikirkan rasa lawak, eh ! umur macam saya dah layak kahwin ye ?? ;p
InsyaAllah, ada jodoh, tak kemana.

with love,
FatinFashiekin

SIAPA KITA

Memandang Dengan Pandangan Rahmat.

Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin 'abidah mukhlisah ilallahi ta'ala.

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Harii ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.
Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat.
Alangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum 'Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 12, 2012

:)

setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah nya. hanya masa yang menentukan nya.


" dugaan itu terkadang mencipta keindahan " - Imam Muda Asyraf.

cukup benar. sabar & syukur dengan apa adanya kerna Allah SWT sudah aturkan segalanya buat kita. :)

p/s : semakin hari saya semakin kuat. Alhamdullilah. terima kasih semua.

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 11, 2012

TSUNAMI :'(

Allahumma sakhhir lana hazal bahr. kama sakhhortal bahr li musa
*ya Allah tundukkanlah laut kepada kami, sebagaimana Kau menundukkn laut kepada MUSA..

Allahumma amin!

Gegaran 8.9..cuba tengok ayat 8:9 :
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.

subhanaLLAH..

Tuesday, April 10, 2012

SIAPA JODOH AKU ?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

-iluvislam.com

"Ya Allah, Lindungi Pemilik Tulang Rusuk kiri iaitu Jodohku, Rahmatinya Ya Allah.. Murah kan rezekinya, berikanya kesejahteraan dan ringankan bebannya, kuatkan Imannya, jauhkan dia dari segala yang mengundang kemurkaanmu Ya Allah.. Aminn"

With love,
Fatin Fashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...