FOLLOWER

Wednesday, August 7, 2019

OFFICIALLY MINE ♥️

Allhamdulillah target #before30 menjadi nyata. Allhamdulillah

Tapi sebenarnya,
Kami tak plan bersungguh pun nak beli bunglo ni, yela baru ade komitmen ford wildtrak,
Tapi kami berangan je la nak ada bunglo puashati untuk hari tua.

Kami sentiasa memikirkan rumah pencen masa tua kami, incik lalan usaha mencari tanah ditepi jalan, tapi hampa, kalau ada pun harganya jutaan ringgit, kemudian kami mencari tanah lot utk dibina bunglo idaman kami, prosesnya sangat rumit.

Oleh itu, bunglo yang sekarang kami beli menjadi pilihan, paling funny, kami tiap kali nak ke mydin ayerkeroh akan lalu tau taman ni, bila lalu je kami mesti terpegun, sebab taman ni lain dari yg lain :

1) kawasan elit
2)design pn unik ikut europe punya design, paling penting part rooftop dia, zaman skg punya rooftop semua jenis nipis bersimen, kt group perumahan pn ramai complaint rumah mereka panas dn bila hujan lg bmasalah. Incik lalan anti betul dgn design2 moden sekarang.
3) tak berkongsi dinding dan ada extra tanah
4) lokasi taman di ayer keroh, tumpuan ♥️


Dijadikkan cerita,
Kami selalu pandang je,
Tetibe beranikan diri masuk,
Masuk terus jatuh cinte lah,
Terus Kami pilih bunglo 5bilik 4toilet,
Terus kami bayar booking,
Lepas 3hari terus approve loan,
Terus selesai. Saya pun tkejut senangnya urusan πŸ˜…

Ikutkan jiwa kami, kami nk rumah siap tanah luas ditepi jalan. Tpi incik lalan kata, "kita beli bunglo ni dulu, lokasi pun cantik da kt ayer keroh, tak lama manapun rumah ni akan jd sejuta,masatu kalau rasa nak pencen buat rumah dalam dusun ke, kite bt sebijik lg bunglo, rumah ni kite jual"

Allhamdulillah dipermudahkan urusan kami,

Wednesday, July 24, 2019

SELAMAT HARI JADI AYAH MERTUA DAN MAK MERTUA

Banyak entry nak buat,
Tapi, sibuk bebeno laaa.
Serius sibuk,
Sekarang saya dah tambah kan diri saya dengan 1 lagi perkara iaitu homeschool untuk anak-anak haha

Terfikir kaseh tu da 3 tahun,
Memang hantar sekolah,
Tapi saya ambil masa untuk belajar dengan saya juga, lebih kepada ulangkaji bersamalah dan berseronok bersama. Allhamdulillah, kaseh da tak terkejar handphone, dia suka menulis/ melukis sekarang bila ada masa terluang.

Ok. Topik homeschool tu nanti saya buat next entry ok. Topik sekarang adalah birthday mertua ku hehe

Husband, mak mertua dan ayah adalah kelahiran julai. Senang nk ingat, incik lalan 13hb / emak 17hb / ayah 24hb.

Untuk mak mertua saya beri ucapan kata-kata romantis πŸ˜†yela mcm biasa doakan kesejahteraan mak, then saya ucapkan terima kasih kat mak sebab jadi mak mertua yang baik, menerima saya seadanya, haa camtu lah.

Yela kena ucap terima kasih pada mertua. Ingat lagi masa baru kenal, incik lalan selaly cerita benda scary pasal mak dia. Bak kata incik lalan, saya ni lagho (byk lalai) HAHA dan mak incik lalan pula ustazah, yes, mertuaku ustazah guys haha

Saya serius takut tau! Almaklumlah saya ni kan memang betul apa incik lalan cakap, lagho (lalai), then bab pemakaian pula sebelum ni saya free hair, tapi idok ler saya berskirt ke, berbaju tak de lengan, tidak, cuma seperti gadis biase je tapi tak ber tudung,

Kenal dengan incik lalan selalu saya kena marah "mana tudung!" Tkpun dia guna mak dia "tk belajar pakai tudung mcmna nak jumpa mak"
Pastu baru la saya pakai tudung, mula2 susah juga sebab mama saya pn free hair guys haha. Aza je bertudung tu pun sebab rambut dia afro HAHAHAHAAHAHAHAHA (minta2 dia x baca blog ni hahahaha)

Then saya pun belajar bertutup penuh sehingga sekarang. Tapi masih lubang2 juga tudung saya. Sebabtu saya kata, walaupun saya macamni, mak mertua terima seadanya.

Saya memilih tak nak jadi fake. Boleh je kalau saya balik kedah pakai tudung labuh serupa ustazah untuk menambat hati mertua, tapi saya memilih, biar mak tahu ini menantu dia, biar mak kenal saya macammana. Dengan incik lalan pun saya kata "ayang tak bak jadi fake, bia mak tahu ini ayang, tapi ayang akan ubah la jadi yg terbaik"


Apapun, wpun saya masih menantu hantu dari segi pemakaian, saya usaha nak jadi menantu yang baik. Tak adalah nak jadi menantu baik sampai mengampu. Tak. Jadi sendiri tapi berminat untuk belajar.

Seterusnya,
Birthday ayah mertua,
Pagi-pagi saya dan kaseh create kad birthday untuk ayah (tokwan kaseh),
Ayah 100% perangai incik lalan,
Sebbtu ayah pendiam tapi saya boleh masuk lagi dengan ayah, boleh buat gurau, sebab tengok ayah memang sebijik perangai incik lalan haha.

Ayah sporting,
Senang kata,
Part ayah ni, pandang incik lalan, haa tahu lah ayah macammana hahahaha


Apapun,
Allhamdulillah dikurniakan sebaiknya mertua. Allhamdulillah ♥️

Monday, July 22, 2019

BISNES APA PATUT SAYA BUATKAN



Camne ek nak mulakan story,
Mengenai ramai mesej dengan pertanyaan “saya da berhenti kerja, bisnes apa patut saya buat”
Serius soalan ni agak berat dan saya sendiri tak boleh suka hati bercakap dan bagi pendapat

Nak minta tolong saya ajar macammana nak marketingkan produk saya boleh ajar, untuk memilih produk apa patut diniagakan, itu menakutkan.

Kerana.
Setiap orang ada minat berbeza, kemahiran berbeza, semangat berbeza dan impian berbeza.

Tapi nak mulai bisnes ni bukan lah atas dasar minat apa, kemahiran apa, bagi saya paling penting kena get ready adalah “semangat”

Percayalah. Bila anda kata anda nak berhenti kerja, perkara utama paling penting adalah “semangat dan nekad” tu je.

Kalau semangat dan nekad tinggi,
Bagi lah produk apa sekalipun, semuanya akan berjaya. Sebab anda da letakkn semangat dan nekad ke tahap maksimum dan tak kisah orang nak cakap apa dan awak akan minat nak belajar.


Tapi, kalau awak ada kemahiran, tapi awak tak ada semangat. Awak arif buat produk tu, tapi malu lah nak iklankan, malu lah nak mengaku menjual produk, malu lah nak war-warkan pada kawan-kawan. Haaa ini lah orang yang tidak bersemangat, so segala kemahiran akhirnya sekadar diperam dan at last salah kan ekonomi malaysia, salahkan orang lain.

Saya sendiri bermula dengan semangat dan nekad. Saya tak suka pun kerepek, bagi saya makan kerepek menyakitkan gigi, leceh. Tapi rupanya kerepek lah sumber rezeki saya. 


Yang buatkan saya bersemangat dan nekad adalah :
1) saya adalah anak sulung yang perlu bagi mama abah duit, walaupun abah mama tak pernah meminta apa, tapi saya sedar tanggungjawab saya sebagai anak.

2) SAYA TAK SUKA ORANG KATA SAYA UNTUNG BERSUAMIKAN DOKTOR. Bila saya berhenti orang kata “boleh la berhenti, suami doktor” hellooooo—- dan tiap ayat tu buat kan saya bersemangat untuk ada income sendiri, dan sekarang saya da buktikan.

Point pling penting adalah, saya tak suka jadi beban. So apa jua jadi, saya kena berniaga ! Walaupun ditepi jalan, Allhamdulillah sekarang nak masuk tahun ke 4 πŸ˜‡


Ok berbalik pada topik,
Faham kan?
Sebelum nk berniaga awak kena bina semangat dn kekuatan setinggi gunung, barulah awak boleh fight segala keletihan.


Dan,
Saya pun sedar,
Bukan atas semangat juga semata,
Tapi disebabkan jasa baik kak alai ajar saya handle pelanggan, saya suka cara kak lai calm dengan segala bagai pelanggan punya karenah. Saya suka tiap cerita kak lai macammana dia survive untuk naikkan farmasi sihat, so saya syukur atas 8tahun pengalaman dalam bidang retail.


Sebabtu, mereka yang zero tentang dunia bisnes, saya sudi share apa yang saya tahu sampai anda faham. Semoga dengan perkongsian saya dapat memberi manfaat pada perniagaan orang lain.


( Fatinfashiekin)


Friday, July 19, 2019

POSITIF TAPI PERIOD

Ingt x bulan lepas suami kate "syg mgndung kot" then saya seram gile laaaa oi, yela anak baru 8bulan baru nk merangkak. Sembang part tambah anak adalah mengerikan. Dan next year kami ada rancgan yg sangat besar, 2021 baru plan nak proceed anak ke3.

Last month saya period 12/6,
Dan 17 sy pelik knp tk period lg, sbb jenis saya tiap bulan akn cepat seminggu.

17/7 beli upt, DOUBLE LINE guys !!!! Masani saya da pucat, husband gelak2 je πŸ˜’ saya serius tak kisah mengandung, tak takut bersalin, tak kisah pn nak hadapi situasi memboyot CUME next year kami ada plan besar yang agak x sesuai kalau masatu saya bersalin. Saya sial bt calculation dn anggaran bersalin adelah bulan 4. Guys, masatu puasa, siapa nk handle temphn raya kerepek πŸ˜…

Malamtu saya solat, saya kata kat Tuhan, kau yg Maha Melihat, Maha Mengetahui, Aku amat menjaga zuriat yang kau berikan kepadaku Ya Allah, aku didik dn jaga mereka sepekerti apa yg diajarkan islam, dalam perniagaan, aku melaksanakn perniagaan sebagaimana yg islam sarankan iaitu berkongsi rezeki dan memberi manafaat kepada yg kesusahan. Dalam perhubungan sebagai isteri, aku sedayq upaya mencontohi peribadi Khadijah, Ya Allah.. jika bagiMu waktu ini terbaik untuk aku menambah zuriat, aku redha, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.


Esok nya bgun tdr, i period πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Sent from my iPhone

Tuesday, July 16, 2019

HADIAH HARIJADI UNTUK SUAMI

Last year 2018 saya bagi incik lalan ford wildtrak untuk ke kebun, sebab selaluuu tengk incik lalan scroll wildtrak haih kesian pulak, suruh ambil yang murah mcm XLT ke xnk pulak tu demand nak wildtrak yg full specπŸ˜“ so kalau da nama pun "full spec" dn masatu wildtrak adalah kluaran terbaru, agk mahal juga lah,

Tapi kan da 3tahun niaga, Allhamdulillah ada simpanan magic hahaha. Pikir punya pikir, ok la beli wildtrak, TAPI DENGAN SYARAT adr syarat, yela ingat i ni cop duit? Ingat tk penat simpan duit hahaha. SYARAT ADALAH wajib makesure ford tu dapat tingkatkan pendapatan dn dapat jdi pelaburan yang baik.


Allhamdulillah, ford tu pelaburan yg baik ♥️senang hantar barang, kelua masuk kebun, incik lalan nk jual anak pisang pun senang blh masuk beribu anak pokok.

Ok2 stop cerite part tahun lepas,
So tahun ni hadiah untuk incik lalan adalaaaaaaaaaaa :
-ROADTAX/ INSURANCE / SERVIS

Tahun pertama kena byr roadtx insuren wohooo banyak eh. Almaklumlah sebelum ni i bayar saga tk pernah lebih rm700 pn 🀭


So saya kata kt incik lalan, roadtx/insuren/servis ditaja, actually memang ada tabung khas untuk kereta lalalalala so tak pressure cuma tak ada idea nk bagi apa, i kata la i ni isteri yg baik hati set up semua untuk husband hahahaha


Ada reply kat story kata "fuyoo" ada kata "bestnye" actully guys, benda ni wajib, kalau tak wajib da lama x buat hahahahaha

Yela, cuba pk,
Memang wajib pun roadtx/insuren ni kan huhu dn kebetulan da smpi masa utk servis, trs saya bw servis.


Tahun depan punya hadiah ??
Dia da sondol2 i pujuk nak beli tanah kt lokasi i tak berkenan sungguh, dia Pujuk i setuju. Pujuk sama2 menabung ni. Asal menabung je sondol2 kepala kat ketiak bini, tahu la bini ni ceti yang bagus tiap bulan jerit "saving da masuk belum. Saving ? Savinggg" HAHAHA betul tau sebenarnya, part simpan duit perempuan bagus, tapi simpan kn duit suami la, bukan sendiri HAHAHAHAHA

Ok lah,
Tu je.
Buat tatapan keturunan dikemudian hari πŸ˜†πŸ˜†

Sunday, July 14, 2019

DADDY NAK BAGI ADIK KE?

Situasi depan jusco :
Saya : nanti belikan ____ ye yang

Tiba2 situasi scary menjelma

Scary kot,
Bila kita yg terlambat period,
Husband yang blh detect,
pastu husband kata
"beli la pregnancy test jgn mkn pil —— dulu manatahu ada baby"
(Bukan pil turun darah jgn pk bukan2 naaaa, ni pil ehem2)


Saya,
Kerut kening,
Toleh arah kanan (pandang husband)
Dan kata, ishhhhhhhh,
"Kalau nak hadiah besday special pun, sabar yang, adik belum pndai jalan hahaha"

Yes saya memang nak anak ramai,
Adik setahun ok la nk menambah kalau terbabas pun, tapi, baru je lepas praktis makan adik anggun tu, kesian adik nnti x dapat manja2 dgn mommy daddy.


Mommy seramsπŸ₯ΆπŸ₯ΆπŸ₯Ά

Saturday, July 13, 2019

SELAMAT HARI JADI SUAMI YANG KE 38

SubhanaAllah,
Dah 38 tahun ye usia suami saya,
Haha peh peh lagi 2 tahun 40 hoi,
Lepasni kalau lepak dengn member, member tegur "husband umur berapa?" Nk sebut perkataan empat tu hahahah yela, saya masih sweet 20 tapi husband dah ke angka 4, nasib baik la incik lalan tu kebal usia, nmpak muda. Cis, laki i ambil aura muda i. Hehe
_______________________________________

Selamat hari jadi abang,
Semoga dimurahkan rezeki, sejahtera dunia akhirat, panjang umur, dn diberikan kesihatan yang baik,

Kalau nak cerita tentng abang,
Mestilah segalanya indah,
Sebabtu ayang sayanggg sangt dekat abang.

Ayang rasa lucky sebab abang adalah suami ayang, abang dah la matang dari segi pemikiran, bertanggungjawab pula tu, penyayang kat anak2, anak dan menantu yg baik, dn yg lain, ofcz la abang seksi dimata ayang, hari2 seksi. Aummm hahaha

Terima kasih Allah sebab jadikan dia suamiku, imamku, penjagaku,

Terima kasih abang,
Pilih ayang yang tak berapa matang ni, yang banyak cakap, yang selalu pelupe, yang kadang2 rajin kadang2 malas, yang kuat makan ni, sebagai isteri abang


Selamat yang ke 38 tahun manjaku, sayangku, suamiku, kekasihku, bff ku, isterimu ini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu,

Iringan doa ayang sentiasa ada untuk abang selagi hayat dikandung badan,

Semoga kita kekal macamni,
Sentiasa sayang, sentiasa obses, sentiasa cinta sampai bila-bila

Isteri yang comel,
Fatinfashiekin

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...