FOLLOWER

Wednesday, July 24, 2019

SELAMAT HARI JADI AYAH MERTUA DAN MAK MERTUA

Banyak entry nak buat,
Tapi, sibuk bebeno laaa.
Serius sibuk,
Sekarang saya dah tambah kan diri saya dengan 1 lagi perkara iaitu homeschool untuk anak-anak haha

Terfikir kaseh tu da 3 tahun,
Memang hantar sekolah,
Tapi saya ambil masa untuk belajar dengan saya juga, lebih kepada ulangkaji bersamalah dan berseronok bersama. Allhamdulillah, kaseh da tak terkejar handphone, dia suka menulis/ melukis sekarang bila ada masa terluang.

Ok. Topik homeschool tu nanti saya buat next entry ok. Topik sekarang adalah birthday mertua ku hehe

Husband, mak mertua dan ayah adalah kelahiran julai. Senang nk ingat, incik lalan 13hb / emak 17hb / ayah 24hb.

Untuk mak mertua saya beri ucapan kata-kata romantis ๐Ÿ˜†yela mcm biasa doakan kesejahteraan mak, then saya ucapkan terima kasih kat mak sebab jadi mak mertua yang baik, menerima saya seadanya, haa camtu lah.

Yela kena ucap terima kasih pada mertua. Ingat lagi masa baru kenal, incik lalan selaly cerita benda scary pasal mak dia. Bak kata incik lalan, saya ni lagho (byk lalai) HAHA dan mak incik lalan pula ustazah, yes, mertuaku ustazah guys haha

Saya serius takut tau! Almaklumlah saya ni kan memang betul apa incik lalan cakap, lagho (lalai), then bab pemakaian pula sebelum ni saya free hair, tapi idok ler saya berskirt ke, berbaju tak de lengan, tidak, cuma seperti gadis biase je tapi tak ber tudung,

Kenal dengan incik lalan selalu saya kena marah "mana tudung!" Tkpun dia guna mak dia "tk belajar pakai tudung mcmna nak jumpa mak"
Pastu baru la saya pakai tudung, mula2 susah juga sebab mama saya pn free hair guys haha. Aza je bertudung tu pun sebab rambut dia afro HAHAHAHAAHAHAHAHA (minta2 dia x baca blog ni hahahaha)

Then saya pun belajar bertutup penuh sehingga sekarang. Tapi masih lubang2 juga tudung saya. Sebabtu saya kata, walaupun saya macamni, mak mertua terima seadanya.

Saya memilih tak nak jadi fake. Boleh je kalau saya balik kedah pakai tudung labuh serupa ustazah untuk menambat hati mertua, tapi saya memilih, biar mak tahu ini menantu dia, biar mak kenal saya macammana. Dengan incik lalan pun saya kata "ayang tak bak jadi fake, bia mak tahu ini ayang, tapi ayang akan ubah la jadi yg terbaik"


Apapun, wpun saya masih menantu hantu dari segi pemakaian, saya usaha nak jadi menantu yang baik. Tak adalah nak jadi menantu baik sampai mengampu. Tak. Jadi sendiri tapi berminat untuk belajar.

Seterusnya,
Birthday ayah mertua,
Pagi-pagi saya dan kaseh create kad birthday untuk ayah (tokwan kaseh),
Ayah 100% perangai incik lalan,
Sebbtu ayah pendiam tapi saya boleh masuk lagi dengan ayah, boleh buat gurau, sebab tengok ayah memang sebijik perangai incik lalan haha.

Ayah sporting,
Senang kata,
Part ayah ni, pandang incik lalan, haa tahu lah ayah macammana hahahaha


Apapun,
Allhamdulillah dikurniakan sebaiknya mertua. Allhamdulillah ♥️

No comments:

DEK KERANA ANAK ๐Ÿ˜…

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...