FOLLOWER

Sunday, April 14, 2019

SEKADAR BERBISIK TAPI ALLAH MAKBULKAN

Allhamdulillah selesai pelau tanah,
Proses penanaman pisang tanduk untuk kutipan hasil raya 2020 akan berjalan, semoga sempat selesai sebelum puasa πŸ˜‡

.....

Dulu, masa tengah sibuk susun barang kat farmasi, saya pandang parking luar, akan nampak orang parking kerete.kalau nampak perempuan bawa 4x4, saya cakap dalam hati :
"Hebat nya perempuan bawa 4x4, smart gila ! Ranggi habis, mesti suami dia ada banyak kebun ni"

Dan apa saya cakap tu, doa, Allah bagi saya rasa apa yg saya kagumkan tu. SubhanaAllah.

ANGGUN 4 BULAN

Adik anggun da 4 bulan,
Makin tembam,
Muka makin 4 segi,
Adik anggun jenis mudah mesra,
Jumpa orang je sengih mmnjang,
Tapi adik, hang pantang betulll panas,
Kalau berpeluh tu cukup marah,
Mommy pula jenis lengai,
Beli kipas betri tu tapi selalu lupe nak bawak, mayb sebab handbag mommy pun dah penuh dengan macam-macam barang kakak kaseh dan adik anggun πŸ˜…

Kakak kaseh sekarang dia dah pandai kacau adik, kakak tak jeleouse tapi sengaje nak buat adik menangis.

Mommy dan daddy selalu berbincang tentang perkara ni dan kami pun geleng kepala laa tgk kakak kaseh,
Ade jee point nak buat adik menangis. Bila kakak buat salah, mommy masih marah. Ye. Kena marah supaya kakak tahu apa yang kakak buat tu "salah", ala mommy sekadar warning dan cubit sekadar letak kuku, kakak je over drama meraung haha, dramaaaaa πŸ˜†tapi yang bagus nya kakak, dia akan datang kat mommy, bila kakak buat salah, kakak akan kuis2 mommy, bila mommy buat2 merajuk, kakak akan peluk mommy sampai mommy kata "i love you" sentiasa mommy repeat bila mommy marah, mommy akan kata "mommy marah sebab mommy sayang"

Pada adik pula,
Ulang-ulang mommy kata,
"Maafkan kakak ye, kakak sayang adik sebenarnya cuma kakak kasar"

Tu je la mommy boleh buat,
Daddy dia suka menyakat kakak,
Daddy akan kata "daddy sayangggg adik" then mommy akan bleter πŸ˜†πŸ˜†

Ok lah, nanti mommy update lagi

Tuesday, April 9, 2019

AKU SEJENIS ISTERI

Incik lalan selalu cakap "ayang ni kalau tak ada abang, entah macammana la agaknya"

Dn saya akan balas balik "eh eh eh,kalau tak ada ayang lagi lah teruk abang,huru hare"

Tapi kan,
Betul juga,
Incik lalan tu kategori superman saya lah,

Saya ni sejenis isteri yang "pemalas" bila ada husband hahaha dn untungnya saya, incik lalan tak mengeluh πŸ˜‚incik lalan hebat dan kuat macam abah πŸ‘πŸ»

Saya sejenis isteri yang :
1) tolak trolley πŸ›’ shopping complex pun malas :
Bukan malas pemalas tau tapi cepat give up, haih tak tahu la apahal laaaa kalau dah jumpa trolley tu mesti sejenis trolley gelong (gelong ni mcm trolley yg gila hahaha) bila saya tolak ke kanan eh dia lari kiri, tu trolley kosong, bayangkan bila ada isi, peh, nak menapak 3 langkah pun bersimoang siur, kadang2 incik lalan kawan 2 trolley dia sorang handle, saya ?? Merungut lenguh HAHAHA

2) dukong bayi pun tak larat :
Entah laa, otot lengan saya ni umpama hampir mencair laa kalau dukong lama2, rasa gigil2 lengan, bukan dukong je, kalau pakai carrier pun masih lagi saya lemah.. rasa pinggang nak tertanggal hahahah. Last2, incik lalan yg dukong anggun πŸ˜†saya kesian juga, cuba amalkan sistem gilir tapi ah tak boleh, saya lemah hahahaha

3) memangku anak kaki kebas :
Kalau gi makan, saya akan suh incik lalan makan cepat-cepat, saya rasa kalau memangku lama2 kaki saya akan kebas menggigit gigit, woo sekse wooo. So incik lalan akan pangku anak pula, saya terkedik kedik makan hahahah

4) angkat barang shopping masuk rumah saya rasa penat :
Bab beli barang saya sukaaa ♥️tapi bila sampai rumah, saya bawa anak je, segala barang saya beli, incik lalan akan angkat. Sebab saya penat laaaaaa.. rasa penat nye nak ulang alik kereta ke dapur huhu


Bila saya baca sendiri apa yang saya senaraikan, MasyaAllah teruknya perangai sayaaaaa 🀣tapi bila sedang berdepan dengan apa yang saya senaraikan, memang incik lalan pun volunteer buat,

Mungkin ni semulajadi kan ?
Tugas suami, kekuatan suami,
Mereka tak mengeluh

Macam kite perempuan pula,
Kekuatan uruskn rumah,
Penat macammana pun,
Membsuh mengemas, jaga anak, semua settle tanpa suruh suami bantu, sebab kita tahu tanggungjawab kita,

Kan.
Betul tak.

Hmm,
Apapun.

"Terima kasih abang sebab jadi suami kuat dan hebat, walaupun perkara ni normel dan ayang tengok abah pun buat apa yang abang buat, tapi ayang tetap nak kata abang laa suami perkasa ayanggg, i love youuu"

Eh,lup nk tambah.

5) tugas buang sampah hari2 pun saya rasa tak larat angkat bungkusan sampah :
Hahahah saya kemaskan, ikatkan, tiap hari pagi, incik lalan akan bawa ke depan rumah untuk dipas pada lori sampah.

Hehe.
I love you abang sebab tak pernah merungut.

Friday, April 5, 2019

UNTUK LALAN FOOD

Barang baru masuk lagiii,
Yang ni, 6ribu,
Tapi memandangkan oder kerepek dah masuk 3tan pisang,
Pelaburan ni perlu,
.
Raya ni kak da takut2,
Takut x sempat buat,
Oder berebut rebut masuk,
Fuhhh
.
Tapi incik lalan da warning awal,
"Seminggu sebelum raya please kita rehat, stop ambil oder"
.
Me ?
HAHAHAHAAH
Sian somi kiter,
Yela2 thats y saya pun memnag close oder awal. 3tan pisang tu cukup lah, tu pisang tau, bayangkan banyak nye kerepek? Fuh.
.
Doakan dipermudahkan urusan kami ye πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Monday, April 1, 2019

ANTARA KEMAHUAN AYAH ATAU DIRI SENDIRI

Dapat mesej dekat instagram dari follower lalan food, mengadu mengenai masalah beliau, dan bila dia highlight kan dia nak berjaya macam sayalah. I rasa macam "ishh,jauh sangat definisi berjaya untuk ditunjukkan kepada saya"

Ok. Isu utama adalah mengenai pemilihan kos. Ayah dia memilih kos yg selamat dan si pengadu memilih kos yang dia suka,
.
Jawapan kak adalah, "utamakan restu makayah", kalau serius nak kos tu, teruskan memujuk makayah, InsyaAllah mereka lembut hati. Tapi kalau mak ayah bkeras nak kos pilihan mereka, pun pengadu kena akur, sebab restu makayah adalah tiket kejayaan dunia dan akhirat.
.
Macam saya dulu,
Saya dapat tawaran untuk sambung belajar kos engineering dan business, and ofcz saya suka bisnes, tapi my uncle kata "ambil kos bisnes nak niaga apa? Family kita bukan usahawan" lebih kurang camtu la my uncle kata,
.
Fikir punya fikir, last2 saya bekerja, syok ada duit sendir, dan dah syok bagi parent duit,tlupa sambung belajar. Sebabtula saya pernah mention,since umur 18tahun saya tak pernh minta mama abah duit, walau seposen, tak pernah. Dan Allhamdulillah sampai sekarang, saya yang hulur pada mereka.
.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Baik, rupenye dia aturkan perjalanan saya, bermula bekerja setakat jaga kaunter, tapi dikurniakan bos dan manager yang baik, saya diajar mengenai pengurusan fail-fail dan kewangan company, pengalaman 10tahun berkerja tu jauh lagi bernilai dari sambung belajar.
.
Dan pengalaman pengurusan perniagaan yg saya belajar tu la yg saya terapkan dalam lalan food. Sebabtu la saya ingatkan kepada pengadu, restu makayah penting, dengan restu dn doa mereka, InsyaAllah boleh berjaya dunia akhirat.
.
Ye. Nak lalui perkara kita tak suka bukannya mudah, eh 10tahun kak lalui, tengok kawan2 ada kawan baru la, merantau merata, tapi saya, masih diketiak mak ayah. Dan hikmahnya yg sangat manis, disebabkan dulu duduk kat ketiak mak ayah, bila jumpa dengan suami sekarang, semuanya serba manis dengan dia, sebab suami yang pertama, HAHAH. Dan paling penting juga, saya tak perlu pening isu PTPTN la, kahwin pun dah ada simpanan sendiri sbb da lama kerja,
.
Kesimpulannya : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Thursday, March 14, 2019

SAMBUTAN BIRTHDAY KASEH DISEKOLAH

Kaseh,
Lambat mommy update,
Sorry sayang.

Ok ni mommy nak share sambutan birthday kaseh kat sekolah,
Mommy memang plan nk yang terbaik untuk kakak kaseh,

Dan mommy memilih tema "frozen" sebab masani kakak memang sangat gilekn frozen. Telinge mommy naik kebas hari2 dengar lagu "let it go" πŸ˜†

So memandangkn kakak suka elsa frozen, mommy cepat2 mesej daddy minta izin beli dress elsa, eh eh tak, mommy da beli baru mommy minta izin HAHAHA. Dan daddy tak marah pun tau, mommy hantar vdeo kakak melaram gaun elsa, Daddy terus call mommy, daddy kata "mesti kakak suka" dan mommy jawab "ofcz laa suke, siap tak nak bukak" πŸ˜†ye memang xnk bukak, puas mommy memujuk utk bukak.

Part kek pula,
Kita sama2 cari gambar kek frozen kt Instagram, mesti kakak tk ingat kan ? Yee, kite sama2 cari, kakak happy sgt2 bila berlambak gambar kek frozen.. daddy geleng keple tgk gelagat kite dn daddy menyakat kat kakak kata xnk belikan then kakak nangis.. hehe

Ttg goodies pula,
Mula2 mommy plan nk bg buku mewarna, alat tulis, tp pk semula, kt sekolah kakak ada pelajar baby lagi, hmm then mommy tukar lah nk bagi sesuatu yg bermanafaat iaitu muqadam dan sampingan πŸ˜‡

Kakak da 3tahun,
Mommy macam x caye je,
Tiap hari bertekak dengan kak mommy rasa mcm kak da besar da. Tlupe ank mommy kecik lg, mbebel je mcm orang tua haha

Mommy daddy sayang kakak tau,
Sayang dunia akhirat.

Tuesday, March 12, 2019

KAHWIN BEST !

Selamat pengantin baru adik atin?
Atin ni bas student praktikel masa kt farmasi dulu, lepas saya berhenti, fatin gantikan saya. Kebetulan nama saya pun fatin haha


Kami jadi rapat since dia praktikel then dia ada masalah dengan ex boyfriend dia, dia mengadu pada saya, pesanan saya pada atin masa tu "Allah akan bagi yang lagi baik, percayalah" masatu dia betul2 down, yela, bercinta dengan boyfriend bertahun tetibe je boyfriend kawin dengan orang lain, konon bagi alasan keluarga suruh la, penipu besar betul.


Masa pun berlalu,
Yeay atin berjumpa cinta hatinya yang sekarang dan Allhamdulillah dah ikat pertalian yg halal pn.


Kak ekin happy for you atin !!!


Saya suka nak bagitahu kat semua orang "kahwin ni best"
Yeee memang lah best,
Entah lah, dulu sebelum kahwin, selalu laa telinge disogokkn dengn ayat "dah kawin baru tahu siapa sebenar pasangan dan hari2 nampak nanti bosan"


Eee apela ayat negatif macamtu,
Saya rase, kahwin best laaa !!
Saya selalu cakap kt incik lalan "ee walaupun dah kawin, ayang taksub la kat abangggggg, hari2 tengok pun jatuh cinte, hari2 hadap punnn rinduuuuuuu" πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


Bagi saya sebenarnya,
Cara kite handle hubungan dengan pasangan kot yg menentukan is it kahwin ni membosankan, mcm saya, saya fokus pada kebaikan dan kelebihan pasangan, kekurangan dia saya cuba lengkapkan,


So kepada kt luar yg ditakutkan dgn kahwin, percayala, kawin best oi !! Ade jgk kata "ade ank nanti suami kurang syg kita" ye memang suami akan bermanja dengan ank lebih, lg2 kalau anak perempuan, memang melekat kat daddy dia, tp sy sebagai isteri suka apa yg saya tgk, rasa bahagia tgk husband dan ank sling bermanja, dn nanti saya akan selit antra mereka.. dianugerahkan suami yg sayangkan ank adalah kelebihan ye, percayalah, anda akn tersenyum bahagia.

Dn mcmna pn mnja ank dn suami, perkara penting, jgn asing tidur. Yela ank 2 kkdang suami isteri bt style sorg tdr dgn ank sulung, sorg tdr dgn ank no2. BIG NO. Tidur wajib kekal berkepit dengan suami, sempit cmne pun katil, dade suami untuk isteri begitu juga dada isteri HAHAHAHAHA

So nikmati keindahan perkahwinan semanisnya ye, kalau rasa tawar pn, maniskan lagi, jgn malu2 kat pasangan, tunjukkn je kat pasangan "hei abang, i love youuu, jumpa malamni huhu" whtsapp kt suami.. jadi miang sikit xpe,

Kahwin best lah !
Jangan takut kahwin !
Kepada pengantin baru, nasihat kak, mcmna tingginya ego sebelum kawin, bila da kawin, sentiasa ingt yg dn tampl dalam kepala "AKU NAK JADI ISTERI SOLEHAH,AKU NK RUMAHTANGGA SAMPAI SYURGA"

InsyaAllah segala dipermudahkan πŸ’•

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...