FOLLOWER

Monday, October 22, 2012

CUKUP DENGAN MERASA CUKUP

ye. aku faham kenapa ada yang persoal kebahagiaan aku.
sungguh.
aku faham.

seperti tak ada logika bagi pasangan itu terlalu cinta.
begitu serasi.
terlampau bahagia.
seolah obsesi.

ye.
aku sungguh faham setiap ragu2 kau.

tapi aku orang kampung.
dididik abah dan ibu tentang manusia kiri kanan yang cuma ada di masa mereka mau ada.
"kawan ketawa bersepah mana2. kawan sedih, cumanya kita"
"ketawa2 dengan kawan, entah kita tau ketawanya bersama-- atau kita yang diketawakan"

kasar, abah ajar aku.
keras, dia tanam dalam aku.
tersiratnya--
kongsi cuma yang gembira--
pahit hempedu semua simpan.

aku setuju.

sebenarnya apa untung berkongsi duka?
cuba cakapkan apa dapat bercerita lara?
sudahlah penat mengulang2-- belum tentu tepat setiap kali ke seratus dihikayat akannya-- ada mungkinnya dipandang serong hai muka kita.

entah.

secara mudahnya, aku mengharapkan di setiap perkongsian bahagia, adalah siapa2 yang melafaz "untungnya dia" atau "gembiranya nampak wajahnya".
kalau setiap butir kata itu doa-- bayangkan berapa kali dalam sehari dizikir keamanan aku yang menerima.

"kawan" adalah suatu ideologi yang tercipta dalam kabus yang digula2 dgn fantasi.
hakikatnya--
KITA adalah kawan kita sendiri.

usah menayang sayu.
apa paling besar boleh kau dapat selain "ahai, kasihannya kisah hidupmu?"
itu.
cuma itu dapatmu.
paling2-- dibantu buat sementara.
masuk bulan pertama-- penat dan kata "maaf, aku sendiri bermasalah juga".

maka cuba.

cuba mulai hari ini kita berhenti terlalu cakap perihal buruknya hidup kita.

cuba lebihkan bercerita bahagia.
BUKAN dengan bongkak--
kerana itu mmg haprak.
cukup bercerita aman tentang indahnya apa yang ada.

wamayyattaqillah--
fahua hasbuhu.
dan siapa2 yang berserah seluruhnya pada tuhan--
maka dia akan dicukupkan dengan merasa cukup.

hidup tak perlu kaya untuk bahagia.
tak perlu besar.
tak perlu megah.

cukup sekadar cukup.
dan kau akan bertemu bahagia.

memang akan ada yang mempertikai bahagia itu--
tapi yalah--
cukup kita CUKUP sekadar cukup.

wamayyattaqillah--
fahua hasbuhu.
dan siapa2 yang berserah seluruhnya pada tuhan--
maka dia akan dicukupkan dengan merasa cukup.

hidup tak perlu kaya untuk bahagia.
tak perlu besar.
tak perlu megah.

cukup sekadar cukup.
dan kau akan bertemu bahagia.

memang akan ada yang mempertikai bahagia itu--
tapi yalah--
cukup kita CUKUP sekadar cukup.
-FJ


:)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 21, 2012

HAI ISNIN ! NICE TO MEET YOU AGAIN.

Setinggi apapun cita-cita kita, biar usaha kita berdiri di atas realiti.
Ramai orang yang bercita-cita tinggi, inginkan Islam menguasai dunia, inginkan diri dapat memberikan sumbangan kepada Islam, tetapi seringkali usahanya tidak setanding dengan apa yang diimpikan.

Mana mungkin cita-cita yang besar diselangi dengan keazaman dan kemahuan yang rendah.

Baiki keazaman dan kemahuan kita.
Bumikan segala usaha.

Bercita-cita sahaja tidak akan ke mana-mana kalau tidak diselangi dengan 2 perkara :

1) Usaha
2) Istiqamah

Salam isnin !!!
" Laila ha'illa anta subhanaka inni kuntum minazzolimin " :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CINTA SAYA KEPADA MEREKA

Cinta saya kepada mereka seperti kisah ini ! Kasih Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW. Ye, saya sayang kalian seperti ini :)
_________________________________________


Titisan air mata itu terasa hangat di atas pipi Rasulullah. Rasulullah terjaga dari tidurnya. Dilihatnya, sahabatnya yang setia itu sedang menitis air mat menanggung kepedihan.

Kakinya baru saja disengat binatang berbisa yang keluar dari celah lubang yang ditutup oleh tapak kakinya itu.

"Kenapa engkau wahai, Abu Bakar?"

Kerana cinta dan kasihnya kepada Rasul s.a.w., tidak dikejutkan Rasul s.a.w. yang sedang tidur di atas ribaannya meskipun kakinya sudah begitu perit menanggung kesakitan dilukai oleh binatang berbisa itu.

"Ada binatang berbisa menyengat kakiku. Tetapi.." kata Abu Bakar, "aku tidak mahu mengejutkan kamu dari tidurmu kerana aku bimbang mengganggu rehatmu."

MashaAllah. Terharu Rasul s.a.w. mendengar jawapan sedemikian. Setianya seorang sahabat. Meski ketika dirinya sudah berada dalam keadaan bahaya dan darurat, tetapi kepentingan sahabatnya tetap dia lebih utamakan.

Sebening cinta seorang Abu Bakar untuk kekasihnya sungguhlah benar-benar padan dan melayakkan dirinya untuk mendapat gelar as-sdiddiq !

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

FIERA YANG COMEL !!

Currently mengedit gambar fiera yg comel, dan gambar2 situasi di rumah kakAlai..

Yang malangnya,
Dah edit2 dan resize2 gambar,
Rupanya cable hp pula pada incik lalan ! Uh, spoil. Sure tertinggal dalam beg laptop dia. Mengikut pengiraan hari, rabu lah baru dapat cable tu semula.
Dn baru dapat upload gambar.

Apapun harini memang seronok !
Rindu fiera yang comel !! ;D

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 19, 2012

TERASA


situasi lepas maghrib :
menjadi trend budak2 farmasi,
lepas kami solat maghrib, 
sedaya upaya kami akan menjaga kesucian kami
bagi mengelakkan bersentuhan dengan bukan muhrim,
(custemer llaki melayu/cina/india )
menghindarkan terbatalnya wudhu'
kerana kami ingin terus menunaikan solat isyak,

so, tadi lpas saya solat 
saya bagi lah turn pada kak ani pula untuk solat maghrib
tiba2 seorang custmer cina masuk.

dia minta jarum insulin,
so saya tunjukkan pada dia,
dan laluan untuk saya ke kaunter dah dikepung dengan badan dia.
saya apa lagi, buat pusingan jauh lah.
then custmer chinese tu serius macam terasa dn marah.
yelah, dia tak faham niat saya nak elakkan bersentuhan,
so saya ambil ikhtiar memusing jauh.

dia kata : 
"aiyo amoi ! u jangan ini macam, kalau mahu lalu u bagitahu i maa,
u pusing banyak jauh i manyak pelik maa,
u pusing2 manyak jauh..
kalau u nak lalu, i bagi u lalu,
bagi jalan besar untuk u !"



saya sengih je panjang-panjag.

kemudian sesi bayaran pula,
saya nak pulangkan baki,
dia tengk saya, saya tengk dia.
kemudian saya letak lah duit syiling tu atas meja.
custmer cina tu muka dia marah gile,
dia ingat kan saya geli pada dia.
oh man ! dia salah sangka.
bukan niat saya macamtu. hehe

haih. tapi tak pa,
permenent custmer.
nanti saya pujuk dia lah ;p

with love,
FatinFashiekin



DATING WITH MY BOSS

Assalamualaikum,

Ahad ni saya busy,
tak usah lah uall mesej saya dan memujuk serta menggoda
saya untuk menonton cerita lakonan kekasih saya,
(AKU TERIMA NIKAHNYA)
ataupun mengajak saya lepak-lepak gossip di macD.

tidak sama sekali
kerana saya busy meluangkan masa
dan dating bersama kak Alai. haha.



with love,
FatinFashiekin

Thursday, October 18, 2012

MARI BELAJAR BAHASA JAWA

Mari Belajar Bahasa Jawa

Mengenal Bau
Bacin = Busuk
Badek= hapak
Wangi = Harum
Amis = hanyir
Lecit = Bacin

Mengenal Rasa
Adem = Sejuk
Anyep = Tawar
Anget = Hangat
Asin = Masin
Legi = Manis
Kecut = Masam
Pedes = Pedas
Pait = Pahit
Sepet = Kelat

Mengenal Bentuk
Bulet = Bulat
Cilik = Kecil
Cendek = Pendek
Cep'per = Leper
Gedi = Besar
Kanthel = Tebal
Lonjong = Bujur
Pesegi = Empat Segi
Thowo = Panjang
Tipis = Nipis

Mengenal Waktu
Saiki = Sekarang
Engko = Nanti
Thino iki = Hari ini
Sesok = Esok
Sok Emben = lusa
Minggu ngarep = Minggu depan
Nda'inggi = Semalam
ingin' nanea = kelmarin
Mbien = Dahulu
Kapan2 = bila2

Mengenal angka
Siji = Satu
Loro = Dua
Telu = Tiga
Papat = Empat
Limo = Lima
Nem = Enam
Pitu = Tujuh
Wolu = Lapan
Songo = Sembilan
Sepuluh = Sepuluh
Sewelas = Sebelas
Rolas = Dua belas
Telulas = Tiga belas
Rongpuluh = Dua puluh
Lima puluh =lima puluh
Satus = Seratus
Sewu = Seribu

Mengenal Arah
kulon = barat
Kiwo = kiri
Kidol = Selatan
M'buri = Belakang
Ndu'ur = Atas
Ngisor = Bawah
Lor = Utara
Ngarep = Depan
Tenggen = Kanan
Wetan = Timur

Mengenal Hari
Ngahad = Ahad
Senin = isnin
Seloso = Selasa
Reboh = Rabu
Kemis = Khamis
Jemuah = Jumaat
Setu = Sabtu

Mengenal Perasaan
Benci = Benci
Getun = Menyesal
Gerem = Geram
Gumun = Hairan
Jemu = Bosan
Kangen = Rindu
Kaget =Terperanjat
Mesak'kea = Kesian
Sayang =Sayang
Seneng=Suka
Sukak =Gembira
Welas = Simpati

*so, sila lah praktikkan kalau nak datang johor, atau anda akan di sakat-sakat mengguna kan bahasa ibunda kami ;p

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...