Kehadapan anakanda mommy kaseh aneeqa farzana binti ahmad faizal,
Selamat hari lahir yang pertama,
Terima kasih kerana kaseh adalah seorang anak yang sangat-sangat baik, mudah diurus, sentiasa menghiburkan mommy dan daddy, sentiasa semakin bijak pandai.
Untuk kaseh, mommy dan daddy sanggup ubah hidup kami 100%,
Daddy suruh mommy berhenti kerja supaya kaseh 24jam disamping daddy, mommy pula wpun seorang yang pentingkan kerjaya, tapi untuk kaseh, mommy pilih anakanda melebihi segalanya.
Sekarang anakanda dah setahun,
Gigi dah 5batang, kaseh suka gigit mommy dengan daddy, baru2 ni kaseh gigit mommy masa mommy tgh memngku tidurkan kaseh, lebam biru lengan mommy. Daddy kata mommy tak reti nak tarik masa kaseh gigit sebabtu bengkak, TAPI 2 hari lepastu, kaseh gigit bahu daddy pula, lagi teruk sampai merah melecet kulit tcarik dengan gigi kaseh 😂
Kaseh kuat ketawa melekek, lagi2 bila daddy balik dari kerja. Nampak je pintu rumah terbuka dan daddy balik, kaseh senyum lebar, ketawa melekek dan terus gedik minta daddy dukong. Kalau mommy buat lawak kaseh cuma sengih tapi kalau daddy buat lawak, kaseh gelak kuat sampai tersedu sedan 😇
Kaseh pandai berdiri / duduk / dan hampir menapak, mommy excited belikan kaseh kasut je melalui online tapi kadang2 mommy sedih, kaseh cepat membesar, mommy suka tiap kali kaseh merengek pada mommy minta dukong dn peluk.
Kaseh pandai tadah tangan berdoa, kalau mommy tak baca doa kaseh akan marah sambil bunyi "heh !" Sukanya mommy dengan daddy tgk awak punya respon, kekal berdoa sampai besar ye kaseh, doakan mommy dengan daddy 😇
Kaseh pandai sebut "daddy",
Kaseh still tak sebut mommy
Asyik2 daddy je, mommy tak cemburu pun, mommy bahagia tgk kaseh rapat dengan daddy, sejuk perut mommy mengandungkan kaseh, bahagia sangat.
Kaseh dah mula memanjat dan "tolong" mommy kemas rumah, hari2 mommy tidur 3pagi sebab settlekan tempahan kerepek, then pagi2 buta mommy kemas rumah, sental toilet, tapi kaseh bangun je, habis rumah bersepah dengan mainan lah, makanan lah, botol susu, bila kat bilik, bila mommy kemas katil, kaseh akan baling bantal yang mommy susun ke bawah, tapi mommy tak marah pun, mommy sayang kaseh, kaseh suka tgk mommy vacuum rumah, bila kaseh pegang vacuum, kaseh ikut cara mommy, grak2 kan vacuum tu 😂 (daddy ada video tu)
Banyak perkara manis tentang kaseh,
Gambar kaseh pun beribu ada dalam simpanan mommy daddy.
Selamat setahun nak,
Mommy catit ni untuk bacaan kaseh pada masa hadapan, mommy daddy sayangg kaseh, semoga jadi anak solehah ye anakanda.
Selagi mommy daddy bernyawa,
Kami akan sedaya upaya lindung anakanda 😇
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL
sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata &qu...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...
No comments:
Post a Comment