FOLLOWER

NUFFNANG ADS

NASI LEMAK UNTUK ADIK IPAR



Seperti yang semua ketahui,
Adik incik lalan (wahida) dengan spupu incik lalan belah arwah mak fauziah (liyana), datang ke rumah kami jalan-jalan.


So sebagai kakak ipar yang penyayang, seawal 6.30 pagi saya berperang didapur. Konon memasak tak nak didengari mereka yang sedang tidur, sebab tahu confirm dieorang penat berjalan. Thats y buat breakfast awal.


Dalam keadaan perlahan-lahan saya buka pili air, basuh beras,. Sangat perlahan pergerakkan tangan saya.. lagisatu, sebab saya ni jenis kalau kat dapur biar semua benda saya buat, kalau ada pbantu, memang lagi kelam kabut. Incik lalan kalau dia ke dapur pun saya tolak gi ruang tamu, saya memang tak bagi dia tolong. Since kahwin ni, incik lalan yang hebat memasak tu, tak ada lagi dah masuk dapur. Dapur milik saya seorang. 


Nak dijadikan ‎cerita pagi tadi, dengan semangat membara. Saya pun kedapur, ‎tapi, lepas 2minit tiba2 rice cooker saya dia terclick "keep warm".. 8 kali saya buat, benda yang sama jadi. Aduh. Lalu saya menyelinap masuk ke dalam bilik jumpa incik lalan dan kata "time genting macamni, rice cooker pula rosakkkkkk--" incik lalan ketawa, dn dia tanya saya tahu guna manuel tak. Nasib baik lah saya ni orang kampung, dah biase masak guna manuel juga, cuma leceh manuel ni, lamaaa. Kalau gune rice cooker, sekejap je dah masak.


Lepas 30minit, nasi siap masak. Beralih pada ayam. Ayam lambat sikit sebab masatu beku. Pukul 8.00 baru siap masak. Lama kan! Semua salah rice cooker, puas saya godek. Haih. Ni baru buat nasi lemak tau. Kalau buat nasi beriyani kambing ke. Naya je. Incik lalan dia asyik kata "dah bau dah ni, dah bau".. sakit hati kite..hehe..


Incik lalan cuma tolong buat air teh je, tu pun dia kata "eh kenapa teh nya tak pekat".. lepastu saya balas "nampak sangat lah dah lama tak buat air sendiri kan? Nampak sangat lah awak memiliki isteri yang penyayang kan yang sentiasa siap kan semua benda" ;p


8.30pagi, semua pun dah ada kat meja makan, incik lalan sengih2 je tengk kejadian yang menimpa saya pagi tadi yang menimbulkan kekalutan. Dia sengih2 tiap kali saya hidangkan nasi ke pinggan-pinggan. 


Apapun, semuanya bereh,
Berjalan lancar. Allhamdulillah.
Jemput datang lagi semua! :)


‎Lady faizal,
FatinFashiekin







1 comment:

cik hani said...

kalau saya, saya mesti panggil semua ke dapur mintak dia tolong.. hihihi