FOLLOWER

Saturday, November 28, 2015

MENU HUJUNG MINGGU

Menu weekend untuk husband tersayangsss,
Memandangkan since kes jiran weols meninggal tanpa diketahui dan saya masih takut nak balik melaka, balik cuma seminggu 2 kali. Haha. So barangan stok dapur untuk seminggu masih ada.


Menu semalam adalah,
-sotong masak kunyit
-daging masak kicap
-sawi tumis air


Diserikan pula dengan 1 jag air
-sirap bandung ais...


Nak resepi? 
Haha.. ‎
Tak kan tak tahuuu..


Ok lah, saya share
Macam biasa lah,
Cara saya masak simple sangat.‎

________________________________________‎

RESEPI SOTONG MASAK KUNYIT

Bahan-bahan
1) sotong
2)bawang besar 1 biji
3)bawang putih 3 biji
4)halia 1 inci
5) cili 4 biji
6)asam jawa *tak ada pun xpa*
7)serbuk kunyit
8)minyak / garam / gula‎


Cara-caranya
1)siangkan sotong
2)gaulkan sedikit asam jawa (untuk buang hanyir, tak ada pun tak pa, macam saya ni sotong dh bhari dalam peti sejuk, tu yg nk buang bau hanyir)
3)perap pula sotong dengan serbuk kunyit sementara kita nak siap kan bahan2 potong
4) potong bawang besar / bawang putih / halia.
5) ketuk cili
6) panaskan sedikit minyak dan goreng sekejap sotong tadi kemudian keluarkan semula dari kuali.
7) tumis bahan2 potong tadi sehingga naik bau
8) masukkan sotong‎
9) perasakan dengan garam / gula‎
10) siappppp


_______________________________________


SAWI TUMIS AIR :
1) bawang
2) sawi
3) air 1 cawan
4) garam / gula


CARA-CARANYA :
1) tumis bawang sehingga naik bau
2) masukkan air sehingga mendidih
3) masukkn bahan perasa gula dn garam
4) masukkan sawi
5) siap



_______________________________‎________

RESEPI DAGING MASAK KICAP

Bahan-bahan :
1) daging yang dah direbus (saya rebus daging ni masa saya tengah mula buat persiapan nak memasak lauk pertama, daging masak kicap benda last saya buat sebab nak rebus daging kn ambil masa)‎
2) bawang besar 1 biji
3) bawang putih 1 biji
4) halia 1 inci‎
5) bahan-bahan 3 rempah sekawan (kayu manis dn lain2)
6) merico (haha, tu nama jawa, bahasa melayunya lada putih) *tumbuk*
7) sedikit minyak.
8) kicap


CARA-CARANYA
‎1) tumis bawang / halia / bawang putih / 3 rempah sekawan / lada putih.. sehingga naik bau..
2) tuang kicap
3) masukkan daging yg dah direbus
4) siap



Senangkan? 
Haa, dah kate dah,
Senangggg...
Part daging tu je leceh nk merebus,
Tapi tetibe rasa rindu pada kemanisan daging dengan kicap...


Ok lah,
Tu je. Bye.


Lady faizal,
FatinFashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...