FOLLOWER

Saturday, November 28, 2015

NGIDAM


Dari petang saya inform incik lalan
"Nak kfc"..


Tapi incik lalan pk saya ni buat joke,
Yela, sebab just kfc,
Saya ulang-ulang kata "nak kfc"
Incik lalan buat dunno je..


At last saya malas nak cakap,
Pukul 9malam, saya kat dapur mengemas dapur prepare ape perlu di masak esk pagi,
Sambil tu rasa sayu hati gile,
Teringin gile makan kfc.


Bersila kat lantai dapur--
Sebelah kabinet dapur mcm orang tersisih--


Tetibe incik lalan panggil,
"Yang.. oo yang"


Dia datang tgk saya bersile kat dapur dia kata,
"Napa bersilaaaa kat dapur sesorang niiii"
Saya apa lagi, incik lalan datang dekat je tetibe menangis esak-esak sampai sedu-sedu sambil cakap "nakkkk KFC.... saya nak makan kfc......." ‎


Incik lalan terkejut,
Dia datang cangkung dan terus peluk saya, 
Sambil pujuk sambil panik tgk saya nangis,
Sambil mengajuk juga : "olo-olo-olo, sian isteri... ngidam ye...." (-_-)‎


Saya kata :
"Saya teringin, awak kata saya main-main, dah ulang byak kali dah nak makan kfc, awak buat xthu je.."



Then dia pujuk ajk pi kfc,
Saya kat bilik dah buat drama,
Tutup muka pakai bantal jual mahal tk nk gi,
Tapi, 2minit kemudian, bersiap jgak haha


9.35pm gerak, 10mlm sampai,‎
Nasib kfc bukak lagi! Haha.
Rupenye kfc tutup pukul 11,
Punye laju incik lalan bawa kerete tau nak kejar kfc.
Ingatkan kfc tutup pukul 10malam.


Bile dah berjaya beli,
Sepanjang jalan, dia bahan saya (-_-)
Dia kata "Kfc je ponnnnnnnnn"
Dah tetibe nak, tetibe rase sayu hati bile tak dapat makan.. 


Non stop dia membahan saya, 
Dia kata saya hodoh bile nangis cmtu la,
Dia kata rugi tak record la,
Dia kata dia suami yg baik sebab dapatkn kfc utk saya la,


Untill now,
Dia mengajuk saya nangis..
(-_-")


Apapun,
Haaa, baru incik lalan tahu,
Penangan orang ngidam camneee‎..
Bile dah kenyang lahap kfc,
Baru saya terfikir "ape poyo bebenooo aku ni pasal Kfc punnn nangisss... aduyaiiiii" hahahahahaha


Sekarang incik lalan pula mengidam :
"Eh saya rasa nak makan kuih pisang yang balut dengan daun pisang macam labu yang awak buat tu lah, dengan bubur keladi.. ngidam niii"
-dia mengajuk saya konon sama ngidam, 
Kurang asam je.


Nasib baik ngidam kfc, kalau ngidam benda pelik tengah malam, nayaaa jee--


Lady faizal,
FatinFashiekin



No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...