Cepatnyaaa dah 7 bulan mengandung!! Saya sendiri macam tak percaya. Rasa macam baru je turun dari pelamin. Rasa macam baru je buat UPT test. Rasa macam baru je buat buku pink. Tak sangka dah 7 bulan berlalu *senyum malu*
Saya dah ambil suntikan kancing gigi pertama. Allhamdulillah. Kalau tgk review kat blog semua kata sakit lah, tak boleh buat kerja lah, kebas lah tangan, nak demam lah, mcam-mmacam review yang menakutkan. Tapi, berdasarkan pengalaman saya, tak sakit mana pun. Rasa suspen je. Yela, sebelum inject nurse kata "masa jarum masuk tak sakit ye" (masa ni jarum dh masuk so saya pn kept positive) tetibe nurse sambung ayat "masa ubat masuk je sakit sikit" (masa ni rasa panik lah).. but then, eh, xde sakit mana punnnn... maybe juga sebab dah niatkan nak yang terbaik untuk kandungan.. so segala onak ranjau ke atas diri ku sanggup ku tempuhi asalkan baby sihat sejahtera.. cewah! haha.
Untuk minum air gula pula, Allhamdulillah, masih tak disuruh. Kerana berat badan saya naik secara cantik dan menarik + HB saya pun cantik. Ada juga review kat blog mengatakan nanti akan kena juga minum air gula, saya pn tertunggu-tunggu juga. TAPI, selamat. Risau juga sebab pregnant ni i'm craving for choclate, ais krim dn minuman bergas.
Dan sekarang dah mula kena kira pergerakkan baby dalam perut. Berapa kali dia tendang :) dn lepasni, appointment dengan KK setiap 2 minggu.
Antara simptom 7 bulan yang saya alami :
1) baby semakin kuat menendang :
Sebelum ni baby aktif malam je, sekaranggggg... asyik tendang-tendang-tendang.. dan i'm happy.. tendang lah baby, mommy suka :)
2) masalah susah tidur :
Masalah ni memang berat bagi saya, sebab tanpa tidur yang lena, saya akan bertambah letih. Susah sgt nak tidur. Bila suami urut pn saya still rasa tak selesa. Rasa posisi tidur serba tak kena. Rasa rimas + rasa sakit badan + rasa lenguh + tak mengantuk.
3) tampalan gigi pecah :
Haih. Dah masuk 3rd trimester ni la gigi jadi rapuh (-_-") dh refer doctr gigi, semua tak mau buat. Dia minta saya "bertahan" sahaja sebab lubang tak serius. Kalau sakit baru jumpa doctr gigi semula.
4) kaki kejang ketika lena tidur :
Part ni memang boleh buat mnangis. Tengah-tengah syok tidur, tetiba terjaga sambil jerit "kaki kejangggggggg".. incik lalan akan bangun terkejut dan cepat2 cari kaki saya, dn lepastu kena marah "jangan bengkokkn, jangan bengkokkan".. lepastu saya tak nak bengkokkan, pastu incik lalan marah "ni kalau saya tak ada macammana? ".. lpas 1 minute dh ok, saya kata "dh ok, nak sambung tidur" haha.
5) Pening bila banyak berjalan / situasi panas :
Bila kat shopping complex, sementara tunggu incik lalan belek barang. Kadang2 saya bersila je kat atas lantai supermarket. Mula2 incik lalan bising. Tapi saya kata "klu bdiri lama-lama nanti pening dn penat, nnti saya ajak balikkk je, awak yang rimas".. pastu dia balas "betul juga tu, ha, tak pe, bersila lah.. jangan ganggu saya"
6) sembelit :
Serius rasa tak selesa, nk meneran sangat, takut. Sbb saya kan ada kes uri kat bawah. Pastu kerap bleeding. Risau..
Semoga dipermudahkan perjalanan kandungan saya, dipermudahkan bersalin, di beri kesejahteraan kesihatan kepada saya dan baby dalam kandungan. Amin.
Lady faizal,
FatinFashiekin
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL
sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata &qu...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...
No comments:
Post a Comment