FOLLOWER

Wednesday, May 20, 2015

RESEPI HARIAN : AYAM MASAK KICAP RINGKAS DAN MUDAH


‎Cara yang saya bagi ini,
Paling ringkas ! bahan2 masakan pun "janji adoo"

Ahad lepas kan my adik ipar (wahida) tidur rumah kami, so lunch tu tak kan lah iols nk biarkan adik ipar kelaparan. 

So I pergi kedapur incik lalan dan menjengah apa yang ada, since jdi wife selama 2 minggu, baru tu lah saya bkesempatan pegang jenguk dapur. Kebiasaannya tak lekat pun kat rumah, makan luar je,

Pergi je dapur incik lalan,
Lesung entah mana,
Blender entah mana,
Rempah ratus entah mana,
Terfikir nk bt paprik, 
Tapi bahan pula tak cukup,
Soooo, benda paling simpe,
"Ayam masak kicap"


RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE DAN MUDAH

BAHAN A(mengoreng ayam)‎ :
-separuh ayam (potong suka hati)
-garam
-serbuk kunyit
-minyak mengoreng


BAHAN B (menumis) :
-3 biji bawang merah *hiris nipis
-2 biji bawang putih *hiris nipis
-1 inci halia *cincang
-6 biji lada cili *diketuk
-halia *diketuk

Bahan C :
-kicap 1/2 cawan
-air 1/4 cawan

Bahan D (bahan hiasan) :
-1biji bawang besar
-2biji lada besar warna merah


CARA-CARANYA :

1) ambil bahan A. gaulkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian goreng kan. Jangan terlalu garing sbb keras tak sedap

2)‎ panas kan 3 sudu minyak masak, tumis bahan B sehingga naik bau

3) masukkan bahan C dan masukkan ayam goreng tadi, ingat, air jangan banyak sangat, nanti cair, tunggu sehin‎gga mendidih.

4) potong bahan D, hiris lada besar secara menyerong. Hiris bawang besr tebal, rangup bila dikunyah! 


SIAPPP! 
Mudah gila kan! Heheh


Lauk tambahan :
+sawi tumis air
+air sirap bandung


Lady faizal,
Fatinfashiekin



No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...