-Nota buat Bakal Raja Sehari -
Tips untuk Perancangan Majlis.
1. Berikan ahli keluarga anda button badge atau sekurang-kurangnya reben untuk dipakai, jadi OP akan dapat betul2 pasti siapakah secondary target yang harus diberi perhatian selain daripada pasangan pengantin itu sendiri. Lebih elok juga, jika mereka memakai pakaian dengan warna tema yang sama. Ini semua orang tau :D
2. Warna tema/utama atau secondary paling sesuai/ selamat/ elegan:
Putih Backdrop putih : Glowing light dari belakang pengantin akan lebih cantik
Alas meja putih : Pantulan cahaya natural akan ‘menerangkan’ sedikit wajah/subjek-subjek di atas meja.
Payung putih : Malaysia selalunya mendapat cahaya yang sangat terang pada waktu tengahari. Payung putih akan menjadikan cahaya terang lebih soft di muka. Kalau payung merah, dah tentu merah sedikit la muka kan.. Jadi tak perlu nak fikir kalau tema merah, semua mesti nak merah. Itu tak berapa sesuai untuk keadaan tertentu.
3. Warna-warna lain yang sedap mata memandang:
Warna pastel, tidak berkilat. Dinding rumah atau langsir dengan warna2 pastel memberikan impak luas, kalau merah pekat ke biru gelap ke rumah nampak sempit. Dinding putih atau warna2 lembut akan membias lebih banyak cahaya ke dalam rumah. Jurufoto perlukan cahaya untuk menangkap gambar.
4. Hantaran : Janganlah suruh makcik simpan henfon tu, kamera tu, cincin tu, kalau jenis nikah di masjid yang masa terhad, OP (official photographer) tak sempat nak mintak2 “mana kamera ni, kotak je.. Mana henfon, ni sarung je..” Nanti kalau takde gambar, OP la yang kena.. padahal makcik awak yang simpan takut nak letak takut kena curi katanya.. Lagi satu kalau bahan makanan misalnya buah, tak payahlah balut. Apa yang kilat contohnya balutan plastik lutsinar pada hantaran buah-buahan tu akan memantulkan cahaya, jadi, apa yang ada dalam tu kamera tak nampak. Tolonglah faham.. Rasa nak nangis ni.. Ataupun tak payahla nak bagi buah2 nenas ke nangka ke durian ke.. (Dah la berat) Bagi saja gula2 beli di kedai, lebih menarik packaging-nya .. Hantaran hanyalah adat, sebagai tanda. Yang wajib maskahwin.
5. Bunga telur depan pelamin : nanti masa bergambar dengan keluarga mesti ada yang tersepak, terduduk.. pada aku bunga telur depan pelamin tak perlu rasanya.. Pelamin punyala moden.. tiba2 ada pulak telur2 bergantungan. Selalunya pengapit bagi bunga telur tu lepas salam pengantin, dan SELALUNYA OP akan ter-miss gambar bersalaman sebab pengapit yang depan OP ni sibuk nak hulur2 bunga telur.. bunga telur tu masa diorang makan kan boleh bagi juga.. pendapat peribadi je, jangan ambik hati, saya tak pernah paksa..
6. Guestbook : Elok juga kalau ada, anda tahu la sapa yang datang ke tak datang ke nanti. Nanti masa dah tua2 nanti, boleh selak2 guestbook ni. Boleh la refresh sikit baca wish kawan2 dalam tu yang apa-apa entah diorang tulis masa muda2 dulu. Guestbook mahal atau murah tak penting, asalkan ada. Pastikan kedudukan guestbook tu berada di tempat yang mudah tetamu singgah. Bukan di celah2 sini atau di tempat2 yang menyukarkan laluan keluar masuk tetamu. Pastikan ada ruang yang selesa untuk tetamu lalu lalang. Sebab kalau photobooh awesome selalunya ramai yang akan berkerumun.
7. Hari untuk mengadakan majlis : Sabtu pada awal bulan. Sebab tetamu yang jauh tak risau untuk datang, esok penat kena kerja, etc. Umumnya, esok hari hari Ahad, boleh rehat, jadi tiada alasan untuk tidak hadir hehe.. Dan buat pada awal bulan sebab kebanyakannya sudah bergaji, jadi lebih la sikit hadiah yang anda dapat (harapan lol)
8. Nikah pagi atau malam? Rasanya lagi best kalau buat majlis nikah berasingan dengan hari sanding. Nanti takut penat sangat start A - Z sehari je. Maybe elok Nikah Jumaat petang atau malam, then reception sabtu esoknya.
9. Nikah di rumah atau dewan/masjid? Kalau rumah sempit, buatlah di masjid/surau/dewan. OP perlukan ruang untuk mendapatkan shot2 kreatif. Tak sesuai lah nak melangkah2 tetamu. Pengantin ni kalau boleh gambar dia nak dari semua angle.. Kalau tempat sempit macam mana OP nak bergerak? Lepas tu kata OP tak kreatif.. (OMG….) Sekiranya tiada pilihan, buatlah saja di rumah tiada masalah. Mungkin boleh kurangkan sedikit bilangan jemputan tetamu masa nikah, masa sanding esok kan boleh datang lagi yang lain2 tu..
10. Gambar masa bersiap. - Sejujurnya, fasa mula2 masa bermekap tu tiada cantiknya. Calit sana sini. Kalau snap pun hanya untuk rekod saja “inilah muka anda kalau tak mekap”. Jadi harapnya janganlah expect OP akan shoot gambar anda dari A to Z masa anda mekap. Lagi lama coverage hours OP, lagi banyak anda kena keluar kos kan?
11. Portrait session (orang melayu sebut ‘outdoor’) - percayalah pada OP anda. Diorang lebih banyak kali keluar bergambar dengan pengantin berbanding korang yang baru 1st time. Mereka pasti lebih arif tentang venue yang macam mana yang sesuai untuk anda pada hari itu bergantung kepada cuaca dan jaraknya. Tak semestinya Putrajayaaaaaaaaaaaaaaaaaa je… tempat yang simple depan rumah pun kadang2 cantik, tak perlu nak pergi taman jogging yang 45km dari dewan.. Jangan lupa sila beri guide kepada OP untuk location berdekatan sebab dalam kepala mereka tiada GoogleMaps nak hafal semua location dalam Malaysia.
12. Subjek dan environment memainkan peranan penting untuk gambar kelihatan cantik. Bukan sebab OP tak tau amik gambar.. Jangan mengharap gambar kereta kancil nak nampak macam Audi A5 siap ada lampu LED tiba2 dalam kamera. Begitulah perumpamaannya, sudi2lah memahami…
[ Tips untuk Majlis Nikah ]
1. Nikah : Kalau jurunikah tanya nak test dulu, cakap je ok nak test dulu.. kalau test, so OP ada banyak angle boleh snap. Lagi2 untuk yang hire seorang OP saja.
2. Sarung cincin di jari manis tangan kiri. (simbolik bahawa ia satu-satunya jari yang ada salur darah terus ke hati.) Wiki > http://en.wikipedia.org/wiki/Ring_finger
3. Cium dahi, cium pipi, blablabla… buat saja ikut cakap makcik/pakcik.. bagi chance diorang snap gambar. Kalau dalam masjid selalunya jurunikah suruh cepatkan. OP boleh redo semula action tu selepas event (kalau sempat) dengan closed-shot yang kurang menampakkan background. Nanti dalam album, boleh susun semula.
4. TISU : Letak tepi, bukan genggam 24jam. Berdoa nak aminkan doa, bukan nak tadah tisu. Tak lawa gambar berdoa, tapi ada tisu. Tau la touching.. letak tepi je, nak lap pakai amik letak balik.
5. Bersalaman/laga pipi : tak perlu herotkan mulut, muncungkan mulut. SENYUM sahaja. Lebih cantik. Kalau dah nak nangis, susah nak tahan.. so, just carry on..
[ Tips untuk Reception ]
(Rujukan ini dibuat mengikut aturcara biasa : 11am >5pm)
1. Aturcara secara umum : Berkumpul > bergerak ke pelamin > salam > makan > potong kek > bergambar dengan keluarga pelawat > bergambar dengan rakan > bersalaman dengan tetamu > bergambar dengan keluarga tuan rumah > sesi portrait
2. Kedudukan : Bersanding atau berjalan menuju ke pentas pelamin - Lelaki sebelah kanan, perempuan kiri. ( simbolik perempuan lahir dari tulang rusuk kiri lelaki)
3. Tangan kanan pengantin perempuan memegang/memaut tangan lelaki. Tangan kiri pegang hand-bouquet.
4. Semasa berjalan menuju ke pelamin, pandang tetamu atau kamera, senyum atau lambai pada mereka. Elakkan pandang ke bawah selalu.
5. Kalau ada flower girl, seelok2nya mereka berjalan di tepi kiri dan kanan, kosongkan ruang tengah, jadi OP akan dapat angle dari depan muka pengantin. Tetamu/OP nak tengok pengantin bukan flower girl sahaja. Elakkan dari menyuruh kanak2 sebab walaupun nampak comel tapi bila tiba masanya nati mula la nak nangis lah, berpeluh2, yang terjatuh, yang mak dia pun kelam kabut tarik anak dia nak bagi lurus.. Dah tak nampak langsung pengantin nampak makcik pengantin je.. Itu tak masuk lagi dengan iPad, iPhone, Samsung dan segala jenis handphone yang dah beratur keliling…
6. Semasa sesi renjis/salam di atas pelamin, pengapit kalau boleh berhenti sebentar dari ‘mengipas’ pengantin untuk bagi ruang pada OP semasa tetamu naik ke pelamin. Sekejap saja, masa ada tetamu atas pelamin, lepas diorang turun, sambung kipas semula. (selalunya jurugambar akan berada di sebelah tepi untuk mendapat shot yang menampakkan kedua2 muka tetamu dan pengantin dalam satu shot.)
7. Gambar bersuap. - Gambar suap menganga tiada yang cantiknya. Jadi jangan gelabah masa makcik anda kelam kabut suruh suap2 dan jerit2 kat OP. Suap je depan2 dia laju2 bagi dia puas hati. Gambar bersuap tu boleh diulang lagi nanti. Sesetengah OP tak masukkan shot bersuap tu dalam album pun, sebab mostly anggap itu moment yang agak tak berapa sopan. Tahukah anda jika ada VIP, OP selalunya tidak digalakkan untuk mengambil gambar ketika acara makan?
8. Semasa bersalaman ucapkan terima kasih. Berbual la lama sikit… tanya la dah makan ke (padahal kau dah nampak dia tengah makan kan?), dah lama ke sampai, keja mana sekarang, anak dah berapa, kau bawak hadiah tak harini :P ini sebenarnya untuk memberi moment beberapa saat kepada OP untuk mendapat shot yang natural. Then pengantin ajakla diorang bergambar (kalau dah habis makan) sekeping dua, kat mana2 pun takpe tepi meja makan tu boleh je kalau pelamin jauh sangat, janji ada gambar.
9. Potong kek. Masa potong pandang je kek, jangan nak tengok kamera je selalu okay.
10. [ Photobooth / Guestbook / Candybuffet ] Kedudukan : perlulah strategik, bukan di tempat sempit, betul2 di sebelah pintu, jauh paling hujung, atau terlalu dekat dengan kawasan hidangan makanan utama. Ini akan menyebabkan tetamu kurang bersemangat untuk ke photobooth itu. - Setup dan deko tersebut seeloknya disiapkan sebelum tetamu sampai untuk membolehkan jurufoto/video menangkap gambar dengan susunan yang kemas dan cantik. - Jurufoto/video TIDAK akan berada di photobooth anda dari mula sampai habis majlis. Kami akan berlegar di serata tempat. Jika anda harapkan semua gambar tetamu di photobooth kami snap, sila upah servis tersebut dari syarikat yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Atau upah servis dari syarikat CCTV.
11. Hantaran - Seeloknya set hantaran disiapkan sebelum majlis berlangsung. Ini untuk membolehkan jurufoto/video mengambil gambar details seberapa yang perlu selagi masa mengizinkan. Product shot yang cantik perlu dilakukan dengan rapian dan pencahayaan yang seberapa perlu untuk kelihatan lebih cantik, selagi masa mengizinkan.
12. LED berwarna warni sememangnya kelihatan cantik di pelamin. Tetapi jika warna-warni itu ia menyuluh muka, ia akan merumitkan jurufoto, malah paling susah adalah juruvideo untuk post-processing footage mereka nanti. - Jika LED berwarna digunakan, pastikan ia menghala ke deko2 pelamin SAHAJA, bukan ke arah pengantin. - Hanya cahaya lampu putih sahaja yang sesuai disuluhkan di muka. Tak guna anda mekap beratus ringgit tapi di pelamin muka anda berwarna biru lepas tu hijau berbelang-belang.
13. [ Kerusi Pelamin] Ketinggian kerusi yang kurang sesuai akan menyebabkan pengantin nampak tenggelam dan janggal. Ketinggian duduk yang sesuai adalah apabila lutut sama rata atau rendah sedikit dari pinggang. Dinasihatkan supaya mencuba ketinggian kerusi. Jika tidak cukup tinggi, sila alaskan kaki kerusi dengan apa saja alas yang perlu.
Ada masa nanti saya sambung lagi. Terimakasih.
—————————————
Sekian.
Shagrasyiid.com.

No comments:
Post a Comment