FOLLOWER

NUFFNANG ADS

HANTARAN SEJAMBAK BUNGA


Tadi incik lalan hantar barang-barang hantaran kami ke butik. Masa ontheway ke butik, incik lalan kata "dah cukup k barang hantaran, ade yang tk puas hati lagi tak?"


Bila dengar incik lalan tanya macamtu,
Terus saya kerahkan otak saya untuk berfikir mencari sesuatu. Tiba-tiba TINGGGGGG!!!!!


Suara cebik bibir :
"Dah lama kite couple, tiap tahun saya minta awak bagi saya sejambak bunga, tapi awak tak pernah bagi, yang saya dapat bunga pun dari orang lain,, awak tak deeeee punnnnnn" -cebik bibir lagi dasyat..


Incik lalan :
"Bunga kan cepat mati.. bazir tau.. ala, biarlah siapa pun nak bagi awak bunga, saya yang tak pernah bagi awak bunga juga yang awak pilih haha"


Saya : (-_-") sambung cebik bibir "tahunn lepas masa tunangg awak dah janji nak bagi saya red roses tau... so saya nak1 dulang special just untuk sejambak bunga, significant menandakan cinta awak untuk saya, dan significant menunjukkan selepas lama saya menunggu dan cinta kita bersatu"


Masa saya kata saya nak sejambak red roses di reka khas pada salah 1 dulang hantaran, Saya gurau je sebenarnya. Yes, incik lalan tak pernah bagi saya bunga, yang saya ada dapat pun from my mom, from lelaki-lelaki gatai diluar. Incik lalan tahu kalau ada lelaki lain bagi saya bunga, dia langsung tak marah dan heran. Saya pula tiap tahun terkinja minta bunga dia tak bagi.


Oleh kerana dia tak pernah heran dengan permintaan saya, so saya sengaja lah kata nak bunga as hantaran. Not gubahan bunga. Sejambak bunga yang grand. So kalau orang tanya untuk apa bunga tu, saya boleh lah terangkan "selepas bertahun minta, this day, dihari perkahwinan kami, dia tunaikan apa saya nak dan significant sejambak bunga ini menunjukkan rasa sayang dia pada saya, harini hari amat bermakna dan termanis untuk saya" -sambil tu tangan kanan pegang bunga, tangan kiri pgang lengan incik lalan, kepala lentok kat bahu dia,. ececece HAHAHA


Dan dia setuju.
Saya pun kata "kalau tahu tadi, tak minta bunga, minta pandora platinum lah kalau tahu" ;p


Apapun, saya suka sangat! 
Dia yang hantarkan barang hantaran ke butik. Dia yang handle mengenai perbincangan. Semua dia settle. Saya cuma bagi gambar je pada incik lalan, saya nak hantaran dalam box kaca. Dan tentang permintaan saya nak sejambak bunga pun dia yang discuss pada owner butik violet tu.


6.45petang, dia call, kata settle.
:)



Kurang lagi 2 minggu
*sengih jelir lidah*

Lady faizal,
Fatinfashiekin




No comments: