3 hari lagi menjelang hari berbahagia kami :)
Banyak yang dirisaukan,
Banyak yang digundahkan,
Hati rasa berdebar,.
Serius,
Risau pada cuaca,
Risau betul ke segalanya mengikut flow yang ditetapkan...
Esok saya dah start cuti,
Esok pelamin dah mula dipasang
*gigit bibir*
*sengih*
Aku dah nak jadi bini org hoi! Haha
Gile nervouse!
Saya siap google kot cara nak jadi bini perfect!
Incik lalan?
Dia manusia paling slumber kat dunia ni.
Cool je dia.
Part honeymoon,
Saya bukan sejenis manusia yang mementingkan "honeymoon" seriously, dapat berkepit kat sebelah dia. Setakat tgk tv bersama pun dah okey sangat dah, asalkan berkepit bersama sentiasa.
Saya bukan jenis kaki berjalan, mendaki bukit, menikmati keindahan lautan, menjelajah, bukan, itu bukan saya. Cukup untuk saya, dia ada.
Berbeza situasi nya dengan incik lalan,
Jenis dia, kalau berjalan dia berjalan betul2. Dan dia tahu sifat dan perangai saya yang tak berapa suka berjalan tapi suka berkepit je, incik lalan kata "untung saya dapat bini macam awak ni, jimat duit saya"
Semalam dia usik :
"Nanti saya bawa awak pergi honeymoon, awak nak ke mana?"
Saya balas :
"Serius sanggup tinggalkan kebun ke? " -sambil angkat kening pandang dia.
Terus dia kata
"Eh x boleh-x boleh-x boleh, susah hati oiiii... rindu oii.. walaupun ada orang tolong handle, tak samaaa dengan belaian dan perhatian sayaaaa"
Ha, tahu punnnnn, hehe.
Lepas majlis di kedah, kami akan ke penang, so jalan-jalan penang lah dengan incik lalan. Checkin penang sehari lah alang2 dah ke utara. Jadi lah. Asalkan berkepit. Kan :)
Lady faizal,
Fatinfashiekin
Rasulullah SAW berkata: “Sungguh dia (Khadijah R.A) tiada ganti”. Dia beriman kepadaku ketika semua manusia mengingkariku, dia membenarkanku ketika semua orang mendustaiku, dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menghalangku dan Allah menganugerahkan padaku semua anaknya ketika wanita lain tidak memberikanku anak.” [Musnad Ahmad].
Tuesday, April 28, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL
sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...
-
Memandangkan saya akan mula bkerja dan memandangkan susu badan saya tidak meriah. Saya telah melatih anak saya untuk minum susu formula. ...
-
Fuh, resize gambar sebanyak 500keping, then edit cincai2, pun just dapat siap kan tak sampai 100keping. Owner muka dah kata &qu...
-
Hai !! Allhamdulillah, lalanfood dah melangkah 1 lagi langkah kehadapan. Berdasarkan kenaikan positif selama 7bulan lalanfood...
No comments:
Post a Comment