FOLLOWER

Friday, September 23, 2011

ANGANKU DAN SEDARKU

Assalamualaikum

Indahnya hidup andai apa yang dihajatkan cuma petik jari then TING ! Termakbul. Hehe. Tapi, umpama mimpi dalam mimpikan ? Dah namanya pun manusia biasa, so haruslah sedar diri dan sentiasa beringat, bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.

Mengenai perancangan masa hadapan, saya adalah orang yang super dupper terlebih excited ok. Banyak perkara nak diimpikan dan diangankan. 

Saya tak impikan menjadi kaya raya, cukup lah sekadar sedehana TETAPI bahagia,mencukupi dan sentiasa bersyukur apa adanya.saya lihat sekeliling saya, kebanyakkan mereka yang kaya selalu merungut mengatakan RUGI, tak sedarkah mereka ada yg lagi ssh bbanding mereka. Kadg2 org kaya ada segalany tetapi tidak bsyukur maka Allah uji dgn ketakutan kehilangan hartanya, tapi kebanyakkan mereka terutama majikan, semakin banyak keuntungan sebolehnya sedaya upaya mahu mengaut lebih keuntungan sehingga melupakan apa maksud sebenar "syukur".. SubhanaAllah.. Semoga Allah sentiasa meningkatkan potensi diri saya bukan melalui keluhan tetapi kesyukuran..

Back to main topic, impianku, angananku, semoga memiliki seorang suami yang soleh, boleh membimbing saya dan keluarga, handsome, kaya, penyanyang dan setia. Hehe. *berangan lah kan. Hehe ;p

Cita-cita saya, hanya ingin menjadi seorang suri rumah yang cantik rupawan disamping keluarga tersayang ! turut dibantu oleh chef antarabangsa ditugaskan didapur (untuk mengajar saya masakan-masakan yang melazatkan), interior designer untuk mencantikkan rumah saya mengikut event2 dan rekaan yang serba indah, landscape designer ditugaskan untuk menghias halaman rumah saya agar sentiasa mendamaikan untuk bersantai di rumah bersama seisi keluarga, fashion designer agar saya dan keluarga kelihatan cantik bergaya, doctor peribadi bagi memastikan kesihatan insan kesayangan saya terpelihara. Ustaz@ustaz peribadi turut diperlukan agar keluarga saya tidak lupa pada pemberi nikmat dan sentiasa bersyulur :)

TETAPI, walau rumah dipenuhi pembantu rumah, mereka hanya dibenarkan menguruskan tugas masing-masing dan keindahan rumah. Mengenai penyediaan makanan (memasak) atau layanan terhadap anak-anak dan suami, itu tugas saya. Dan jangan menganggu privasi kami sekeluarga dengan melibatkan orang luar.

Saya menginginkan anak lelaki dan wanita, tapi saya dah ada alisya dan aqila, so, saya sangat lah adore pada baby boy, for me baby boy sangat lah seronok, boleh lah baby boy jadi bodyguard kecil untuk temankan papa dia buat aktiviti lasak. Memancing ke, ikut papa dia daki gunung ke. So saya ? Menyediakan makanan mereka. Sekurangnya ada bodyguard kecil boleh temankan papa dia dan mengelakkan papa dia mengatal. Huhu. 

For baby girl pula, saya impikan buat satu rumah mainan ditaman rumah, khas untuk baby girl bermain with her friend, biar mereka bermain sepuasnya. Then, baking cake together with me. Shopping with me. 24/7 with me :)

Saya harap saya disayangi mak mertua, ok part ni paling shaking, I'm too talkative and I'm not sopan santun like siti nurhaliza or heliza helmi, tapi sedaya upaya saya nak jadi bestfriend with mak mertua. Disamping tu, saya nak akan jaga maruah suami dan keluarga sebaiknya ! I'm not perfect but I want to be the best ! :)

every weekend stay with family. Every mont buat charity. Every year holiday ke luar negeri dan semestinya menunaikan haji. Bantu orang yang kurang kemampuan agar dipermudahkan kehidupan mereka :)

Haish, indahnya bermimpi, berangan je lah wahai fatin ! Terime seadanya apa adanya dan berusaha menjadi yang terbaik.

Semoga Allah permudahkan urusan kami. Semoga Allah buka kan pintu rezeki kami dari sumber yang menghalalkan. 


P/s : I'm sorry, too much dreaming.. ! Apepun trjadi, nikmati hidup sebaiknya seperti kita dah miliki segalanya ok ;)

With love,
FatinFashiekin

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan keampunan dan kesihatan pada agama, dunia, dan akhirat.
"لَهُمُ ٱلۡبُشۡرَىٰ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِڪَلِمَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ
Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar..

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...