FOLLOWER

Wednesday, June 12, 2019

HALALKAN KECURIAN

Orang tanya,
"Macammana boleh tenang"

Orang respect,
"Hebatnya boleh positif"

Orang perli,
"Dah kaya banyak duit memang la tak kisah kena curi"

Jawapan yang saya boleh share adalah, Allah ada, Allah tu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Pemurah lgi Mengasihani.


Jawapan macam cliche kan ? Tapi tu lah saya fikirkan. Incik lalan balik kebun cerite, saya terus nasihatkan redha kan je.

Mak mertua pun whatsap risau,
Saya cuma kata "ekin dengan abang redha mak" terus mak pun lega :)


Bukan sebab positif sgt ke apa,
Cuma bab kecurian tu saya letak pada keputusn pd Allah Maha Esa.


Tapi saya dapat feedback hebat,
Ramai yang tak kenal DM kt Instagram, para pelanggan dan bukan pelanggan, saudara mara, mertua dan ipar duai semua mendoakan agar digandakan rezeki kami

So nampak tak hikmahnya kita berserah pada Allah, mungkin saya kehilangan something, tapi saya dihimpunkan dan diberikan doa yang baik dari mereka yg baik :) Allah tu Maha Mendengar tiap doa hambanya. SubhanaAllah.


Mungkin juga faktor umur nk 29tahun ni, da more matured, da tua. HAHAHAHAH. Incik lalan pn terima apa yg saya explain, sengih dia dengar. Lagi dia ketawa bila saya kata "ade ke patut orang kata kite bertenang sebab kita kaya, agaknya kalau tak kaya dah jumpa bomoh ye" 😆


Dan harini berduyun masuk oder raya haji. Allhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.


Hambamu,
Fatinfashiekin

SIMPANAN UNTUK ADIK ANGGUN

Adik anggun,
Demi masa depan,
Mommy da siap2 buatkan akaun SSPN, tabung haji dan Asb untuk adik

Untung adik 6bulan mommy daddy da settle kan semua,
Kakak kaseh masa dia 2tahun baru mommy daddy dapat buat


Daddy kata,
Ini bukan pemberian percuma ye,
Da kerja bayar balik HAHAHAHAHAH

Mommy daddy nak terbaik untuk anak-anak mommy daddy ♥️

Monday, June 10, 2019

RAYA KEDUA 2019

Menjadi rutin bila raya ke2 kami akan beraya ke kuala nerang untuk ambil elisya dn akila tapi incik lalan kata mayb mereka x ada, but its okey la, kami pi juga niat utk ziarah atok depa dan nak pas baju raya elisya dan akila,

Kami gerak dalam pukul 11pagi tapi sampai kuala nerang lepas zhor, dalam pukul 2.30 sampai rumah tok elisya akila, borak punya borak punya borak sampai pukul 5 petang hahah

Niat kami juga sepatutnya kalau balik awal, nak pi cangluun rumah mak lang bibah, tp keluar2 da lewat, senarai rumah saudara yang belum kami pi banyak lagi,

Raya ke2 manjadi kewajipan untuk berkumpul bersama adik beradik dn saudara mara sungai meriam, so terpaksa cancel untuk pi cangluun, kami balik terus utk berkumpul.

Pecut punya pecut,
Lepas isya' baru sampai,
Dengan berlemuih sebab lama atas jalan, kami pi beraya rumah tok dan mak cik asa, mereka bt bbq,

Tp tahun ni tak mcm tahun sebelum ni sebab mertua paksu sakit, kakak ipar paksu pula meninggal raya ke3, so suasana kalini masih meriah tp dalam bsederhana,. Semoga maksu terus kuat ♥️semoga kakak maksu tgolong diantara mereka yg beriman dn semoga ayah maksu diberi kesembuhan ♥️

So kesimpulannya, raya ke2 banyak atas jalan huhu. Semua kata baju i dengan kaseh merelip hahahah actually memang plan pakai baju sarat manik raya ke2, sebab masatu je duduk panjang dalam kereta, dapatlah melaram hahahah


Baru perasan xda gambar daddy raya ke2, maaf naa daddy, 😆😆😆😆

RAYA PERTAMA 2019

Tahun ni best, raya kedah,
Feeling balik kampung tu mbuak-buak hahahaha,
Rasa bersalah kat mak ayah sebab lama tak jenguk mereke,
Walaupun selalu juga berhubung di telefon dan saya kerap juga whatsapp mak mertua "ampun kn ekin mak jarang balik" 🤪

Allhamdulillah perjalanan balik kedah sangat clear, tapi yang buat kan kami lambat sampai kedah sebab tidur kat RnR sat, eh tak sat lah, terlajak berjam jam huhu gerak dr melaka 1 pagi, sampai kedah 11pagi, lama kan 😝

Raya kat utara kalini special sikit sebb walaupun beraya kt kedah, tp atas bantuan adik ipar, kami sama2 masak, dipagi raya terhasillah menu makanan raya johor dikedah, terubat rindu pada kampung halaman,

Perancangan raya pertama adalah habiskan raya pada saudara mara belah mak dan ayah, paling saya suka rumah paksu (belah ayah) tak thu napa, tapi sukaaa sgt dengan maksu, pemandangan rumah cantik, maksu pun lemah lembut, palingg best, maksu masak punya laa sedap. Dan mayb sebab maksu ada iras arwah tok yang, bila maksu senyum teringat tokyang ♥️

Bila beraya rumah mertua, ofcz ler gambar selfi kurang 😆sibuk tolong mertua hoi, saye kan menantu yang baik, tapi ok lah dari tak ada kan.

Allhamdulillah rasa malu2 kat rumah mertua pn da hilang, da tak kekok,
sebelum balik kedah pn da inform incik lalan "abang jagakan anak tau, ayang nk tolong mak, ayang kan kak long" .. dan sebelum sampai kedah pun saya memang ajak incik lalan pi pasar, beli segala barang basah dn kering, so saya tahu semua benda ada, so kpd menantu2 yg baru kawin tu, kkdg kite akan blur kn tkut tgh masak ttbe kurang barang, so plan nk masak apa, bawa barang pi rumah mertua, beli la lebih utk bekalan dapur mereka. So mereka happy, awak pun happy..

Untuk raya pertama,
Ini jela updte saya, entry raya ke2 akan myusul kmudian 😇

Allhamdulillah atas nikmat,
Keluarga yg bahagia,
Mertua dn adik ipar yg baik,
Suami yg sempurna,
Anak2 yg sgt menyerikan hidup.

Wednesday, June 5, 2019

SAYANG DADDY

Kami paling nakal,
Tapi kamilah paling sayangkan daddy,
😚😚😚😚😚

We love u daddy
Sooo much

Tuesday, June 4, 2019

MUNJONG TRADISI JAWA

Settle munjong jiran,
Settle kuih raya

Saya : untung abang dapat bini pandai masak,

Incik lalan : eh kalau tak pandai masak lagi untung

Saya : asal pulak !

Incik lalan : dapat guna alasan kawin lain

Saya : gi ler,ex ayang semua tak dapat jumpa peganti sebaik ayang, apatah lagi abang 😆😆😆😆

__________________________________


Setelah 2 tahun sibuk dengan kerepek, this year seminggu sebelum raya memang kami tutup lalan food,

Ramai yg memujuk nk kerepek,
Kat shopee pun transaction bila dijumlahkan hampir rm2k jualan tetap saya tekan button "batalkan pesanan", bukan apa, nak kejar duit Allhamdulillah dengan rezeki yg dimiliki, tapi utk this year nak merasa nikmat kedatangan syawal.

Yela bayangkan sebelumni,
Sehari sebelum raya masih menggoreng tau. Mlm raya masih bt penghantaran, tak rasa nikmt merdeka raya.

So tahun ni,
Seminggu sblum raya tutup kedai,
Hantar juadah berbuka untuk jiran tertangga dan buat cookies, bukan tu je, dapat repeat shopping brkali-kali, kalau takkkkk, lepas shopping je menghadap semula pisang sampai sahur.

Apapun, Allhamdulillah untuk rezeki raya 2019, peningkatan 3 kali ganda. Terima kasih ! ♥️

Saturday, June 1, 2019

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...