FOLLOWER

Tuesday, November 20, 2018

BERANGAN CARA BERSALIN HAHAHA

Semoga cara bersalin ank no 2,
Sebelum tdr perut rasa contraction,
Suami htr ke hospital,
Tgh malam bersalin
(Kaseh tak sedar mommy dia x ada sbb tertidur dgn daddy dia)

Kaseh bangun pagi
Datang wad mak dia ada adik baru,
Tenghari boleh keluar wad


Bestnyaaa kalau mcmniiiiii senang !!!!!!!

Adik, jom keluar—

Sunday, November 18, 2018

SET BERPANTANG ANAK KEDUA


Assalamualaikum,
kalau dulu masa pregnant kan kaseh,
tiap bulan progress dapat update,
almklumlah dulu tak sibuk mcm sekarang,
sekarang dah ada anak no 1,
kena fokus part kaseh, part husband,
dulu urus diri sdri je hehe


masa bersalinkan kaseh,
saya tak ada persediaan,
so dengar je cakap orang,
pilis param pun tak reti guna,
bertungku pun tak ada,
dsuruh mandi akar kayu pun blur2,

ank no 2 ni saya da memilih lengkap,
pantang jamu kampung untuk dalaman,
untuk sapu2 luaran, saya memilih yg jenis moden.

kenapa part makan ambil jamu kampung?
kenapa part luaran ambil moden?

untuk part dalaman,
saya memilih pure 100% jamu asli :

kak nazira memang buat asli,
tiada campuran apa2,
akar kayu semua cari sendri ;)

kelebihan set ni :

Sari Rapat
Membantu menguatkan otot otot sekeliling rahim / pelvics sambil merapatkan bahagian intim wanita. Menghilang kan bau dari miss v dan mencegah keputihan. 
.
Makan bermula hari ke 15 bersalin. Setiap pagi sebelom sarapan, bancuh sesudu kecil sari rapat dengan sedikit air. Tambah sesudu madu jika ada dan minum
.
Tolak angin
Digunakan untuk melancarkan darah dan membuang angin dalam badan. Dapat memberi tenaga dan mengurangkan penat badan. Sesuai untuk lelaki dan wanita
.
Makan bermula hari 15 lepas bersalin. Ambil sebiji digentel kecil dan makan. Seeloknya dikunyah. Makan sebiji setiap hari atau selang sehari
.
Manjakani
Membantu mengurangkan bengkak rahim / mengecutkan dan juga sebagai antiseptik serta menahan ngeri. Manjakani capsule ni memang asalnya dari buah manjakani tanpa campuran
.
Makan sebiji sehari bermula hari ke 7 bersalin




dan dalam masa yang sama,
saya ada beli manjakani asli jenis biji,
so boleh minum air rebusan manjakani,
dan sapu serbuk manjakani di kemaluan hahahah


untuk sapu2 luaran, saya memilih set sari ayu :


part sapu2 luaran,
sy mmg tak ambil jenis serbuk tu,
serius tak selesa jenis serbuk tu huhu.
pilis kat dahi bila kering tjatuh kt mata, gatal !
param pula pn buatkan badan rase blengas,
so set sariayu ni panas pijau macam yg asli,
tapi jenis moden mcm losyen,
haa buat urut pn tak adelah berpasir,
dan tak perlu nk bercampur air ke,

set yg disediakan :
param/pilis/tapel/minyak aromatherapi

set bengkung,
saya memilih bengkung tali,
anak pertama saya lasak,
so semoga tali ni dapat ikat kaki dr labgkah besar2 hahah


mengenai pemakanan berpantang je saya agk confuse,
ikut incik lalan, lps bsalin dia bw sy macD hahah
payah laa jgk kawin dgn org bidang perubatan,
dia percaya mengenai mknan seimbang,
ye mmg betul makann seimbang,
tapi sy nk kuruss, nk pantang sambil kecik perut,
ahahhaha

ok. settle penerangan mgnai pemilihan set bsalin saya
;)




Saturday, November 17, 2018

GLAD YOU’RE MINE

Selagi dapat berkepit,
Memang berkepit lah,

Kadang2 selalu terfikir,
Untungnya saya,
Allah Maha Baik berikan suami dan daddy kepada anak saya sebaik dia,

Tuesday, November 13, 2018

PERLU KE PANTANG SENDIRI

Untuk anak ke2 ni,
Paling berat sebenarnya nak tinggalkan suami lama-lama,
Incik lalan balik kedah pun i da asyik tanya bila nk balik melaka, bila nk balik melaka 😆


Kalau masa mengandungkan kaseh tak rasa sangat berat hati, sebab kami memang PJJ so da tbiasa jumpa seminggu sekali, sekarang untuk anak ke2 ni, saya da bhnti kerje dn terperap dirumah je, so ofcz la depan mata ni suami je, rutin pn dah kuat,

Rutin pagi2 wajib siapkn breakfast,
Rutin sebelum g keje mak dan anak berebut cium salam daddy,
Rutin incik lalan balik kerja anak menjerit "daddy babyyyy ! Sayang daddy baby"
Rutin buat makan petang utk incik lalan,
Rutin masakkan makan malam,
Rutin sebelum tidur incik lalan akan bacakan bedtimestory untuk kaseh,
Rutin berebut dgn kaseh nk peluk daddy..

Segala rutin tu buat saya rasa gelisah, macammana laa nnti incik lalan, dn mcmmana laa org blh bpantang tinggal suami 3bulan, peh,


Mula2 plan nk pantang sendiri,
Dah survey confinement lady,
Tp mama abah nk tolong jaga, mama siap ambil cuti, dan tukang urut pun dah standby,so ok lah, berpantang kat pagoh dgn syarat incik lalan balik pagoh jgk huhu.


Allhamdulillah bersalin masa cuti sekolah, adik2 sy blh jagakan kaseh, masani alisya dn akila pun akan datang melaka, saya pesan kt incik lalan "masa ayang bsalin,abg bw la kakak adik jalan2, da lama x bwa dieorg bjln" then incik lalan balas "alaa, nak dengan ayang jugak" haih, kkdg sy rasa, tak ada pun ikat suami, tp dia pn tbiasa dah, g mana2 nk bini ade, pernh tbaca mesej staff ofis nk bg voucher buka puasa, incik lalan tanya "1 je ke? Orang rumah punya xda?" Sy tbaca mesej tu, tergelak, tapi ok la, ingat ank bini hehe.


Mcm saya sdri pun, kmana mmg dgn incik lalan je, incik lalan nk beli beger pun, i kata "nak ikut!!!" Hahahaha.


So, cadangan 7-14hari InsyaAllah berpantang dipagoh.. seterusnya cepat2 disisi suami, semoga dipermudahkan urusan 💕

Friday, November 9, 2018

JOHNNY AND JANE

Hai, nama dia johnny dan jane,
Ditugaskan untuk menjaga kebun husband,

Banyak kali juga pk,
Is it perlu bela anjing,
Tapi memandangkan banyak monyet menyerang kebun, haih, kena juga lah bela sepasang, bagi mereka beranak pinak, nanti yg anak kebun lain pulak 😆

Tak pun jual je ank anjing tu,
Mahal juga ye harga anjing rupanya,
Ingatkan kutip je tepi jalan huhu


Kami memang ambil "anak anjing",
Rupeny utk didik anjing jaga kebun, kena didik dari kecik, supaya dia ingat siapa tuan dn rumah dia,

Jaga kebun daddy baik2 ye johnny dan jane 💕

Tuesday, November 6, 2018

HAI MASA DEPAN

Orang tak nampak apa kau buat di belakang utk mereka,

Orang tak nampak apa benda yang kau kena hadap utk kesenangan mereka..

Orang tak nampak masa yang kau habiskan, duit yang kau korbankan, dan hobi yang kau terpaksa lupakan.

Orang lain tak nampak semua tu,

Orang hanya nak apa yang mereka nak.

Tapi kau,
kau tahu apa yang kau nak, kau tahu apa yang kau akan dapat.

Orang lain takkan nampak sebab pemikiran kau dan pandangan akal kau lagi jauh berbanding mereka.

Orang lain takkan endah misi dan impian kau sebab misi dan impian kau terlalu besar untuk mereka capai dan mereka tahu mereka tidak mampu.

Teruskan sahaja apa yang kau buat,
Hasilnya bukan sekarang,
Takkan nampak sekarang,

Tapi satu hari nanti,
Kau akan tersenyum,
bila kau ingat balik apa yang kau lalui sekarang,
Semuanya berbaloi. 😊

Tahniah untuk kau yang sedang berjuang.

Sent from my iPhone

Thursday, November 1, 2018

28TAHUN DAH



Disebabkan dia dah bawa holiday awal-awal, masa 26hb hampir2 dia lupaaaa, pukul 6petang br ingat, tu pun dia kat kebun da huhu

Balik kebun,
Ttibe je blackout,
Apalagi dia nyanyi la lagi happy birthday, actually bab blackout tu mmg cliche sangat sbb tiap tahun dia buat 😆


Ok laa, ok laaa,
Asalkan ingat,
Asalkan belikan mesin dryer baju macam kt dobi tu. Ok la.
HAHAHAHAA

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...