FOLLOWER

Sunday, November 18, 2018

SET BERPANTANG ANAK KEDUA


Assalamualaikum,
kalau dulu masa pregnant kan kaseh,
tiap bulan progress dapat update,
almklumlah dulu tak sibuk mcm sekarang,
sekarang dah ada anak no 1,
kena fokus part kaseh, part husband,
dulu urus diri sdri je hehe


masa bersalinkan kaseh,
saya tak ada persediaan,
so dengar je cakap orang,
pilis param pun tak reti guna,
bertungku pun tak ada,
dsuruh mandi akar kayu pun blur2,

ank no 2 ni saya da memilih lengkap,
pantang jamu kampung untuk dalaman,
untuk sapu2 luaran, saya memilih yg jenis moden.

kenapa part makan ambil jamu kampung?
kenapa part luaran ambil moden?

untuk part dalaman,
saya memilih pure 100% jamu asli :

kak nazira memang buat asli,
tiada campuran apa2,
akar kayu semua cari sendri ;)

kelebihan set ni :

Sari Rapat
Membantu menguatkan otot otot sekeliling rahim / pelvics sambil merapatkan bahagian intim wanita. Menghilang kan bau dari miss v dan mencegah keputihan. 
.
Makan bermula hari ke 15 bersalin. Setiap pagi sebelom sarapan, bancuh sesudu kecil sari rapat dengan sedikit air. Tambah sesudu madu jika ada dan minum
.
Tolak angin
Digunakan untuk melancarkan darah dan membuang angin dalam badan. Dapat memberi tenaga dan mengurangkan penat badan. Sesuai untuk lelaki dan wanita
.
Makan bermula hari 15 lepas bersalin. Ambil sebiji digentel kecil dan makan. Seeloknya dikunyah. Makan sebiji setiap hari atau selang sehari
.
Manjakani
Membantu mengurangkan bengkak rahim / mengecutkan dan juga sebagai antiseptik serta menahan ngeri. Manjakani capsule ni memang asalnya dari buah manjakani tanpa campuran
.
Makan sebiji sehari bermula hari ke 7 bersalin




dan dalam masa yang sama,
saya ada beli manjakani asli jenis biji,
so boleh minum air rebusan manjakani,
dan sapu serbuk manjakani di kemaluan hahahah


untuk sapu2 luaran, saya memilih set sari ayu :


part sapu2 luaran,
sy mmg tak ambil jenis serbuk tu,
serius tak selesa jenis serbuk tu huhu.
pilis kat dahi bila kering tjatuh kt mata, gatal !
param pula pn buatkan badan rase blengas,
so set sariayu ni panas pijau macam yg asli,
tapi jenis moden mcm losyen,
haa buat urut pn tak adelah berpasir,
dan tak perlu nk bercampur air ke,

set yg disediakan :
param/pilis/tapel/minyak aromatherapi

set bengkung,
saya memilih bengkung tali,
anak pertama saya lasak,
so semoga tali ni dapat ikat kaki dr labgkah besar2 hahah


mengenai pemakanan berpantang je saya agk confuse,
ikut incik lalan, lps bsalin dia bw sy macD hahah
payah laa jgk kawin dgn org bidang perubatan,
dia percaya mengenai mknan seimbang,
ye mmg betul makann seimbang,
tapi sy nk kuruss, nk pantang sambil kecik perut,
ahahhaha

ok. settle penerangan mgnai pemilihan set bsalin saya
;)




No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...