FOLLOWER

Saturday, November 17, 2018

GLAD YOU’RE MINE

Selagi dapat berkepit,
Memang berkepit lah,

Kadang2 selalu terfikir,
Untungnya saya,
Allah Maha Baik berikan suami dan daddy kepada anak saya sebaik dia,

Tuesday, November 13, 2018

PERLU KE PANTANG SENDIRI

Untuk anak ke2 ni,
Paling berat sebenarnya nak tinggalkan suami lama-lama,
Incik lalan balik kedah pun i da asyik tanya bila nk balik melaka, bila nk balik melaka πŸ˜†


Kalau masa mengandungkan kaseh tak rasa sangat berat hati, sebab kami memang PJJ so da tbiasa jumpa seminggu sekali, sekarang untuk anak ke2 ni, saya da bhnti kerje dn terperap dirumah je, so ofcz la depan mata ni suami je, rutin pn dah kuat,

Rutin pagi2 wajib siapkn breakfast,
Rutin sebelum g keje mak dan anak berebut cium salam daddy,
Rutin incik lalan balik kerja anak menjerit "daddy babyyyy ! Sayang daddy baby"
Rutin buat makan petang utk incik lalan,
Rutin masakkan makan malam,
Rutin sebelum tidur incik lalan akan bacakan bedtimestory untuk kaseh,
Rutin berebut dgn kaseh nk peluk daddy..

Segala rutin tu buat saya rasa gelisah, macammana laa nnti incik lalan, dn mcmmana laa org blh bpantang tinggal suami 3bulan, peh,


Mula2 plan nk pantang sendiri,
Dah survey confinement lady,
Tp mama abah nk tolong jaga, mama siap ambil cuti, dan tukang urut pun dah standby,so ok lah, berpantang kat pagoh dgn syarat incik lalan balik pagoh jgk huhu.


Allhamdulillah bersalin masa cuti sekolah, adik2 sy blh jagakan kaseh, masani alisya dn akila pun akan datang melaka, saya pesan kt incik lalan "masa ayang bsalin,abg bw la kakak adik jalan2, da lama x bwa dieorg bjln" then incik lalan balas "alaa, nak dengan ayang jugak" haih, kkdg sy rasa, tak ada pun ikat suami, tp dia pn tbiasa dah, g mana2 nk bini ade, pernh tbaca mesej staff ofis nk bg voucher buka puasa, incik lalan tanya "1 je ke? Orang rumah punya xda?" Sy tbaca mesej tu, tergelak, tapi ok la, ingat ank bini hehe.


Mcm saya sdri pun, kmana mmg dgn incik lalan je, incik lalan nk beli beger pun, i kata "nak ikut!!!" Hahahaha.


So, cadangan 7-14hari InsyaAllah berpantang dipagoh.. seterusnya cepat2 disisi suami, semoga dipermudahkan urusan πŸ’•

Friday, November 9, 2018

JOHNNY AND JANE

Hai, nama dia johnny dan jane,
Ditugaskan untuk menjaga kebun husband,

Banyak kali juga pk,
Is it perlu bela anjing,
Tapi memandangkan banyak monyet menyerang kebun, haih, kena juga lah bela sepasang, bagi mereka beranak pinak, nanti yg anak kebun lain pulak πŸ˜†

Tak pun jual je ank anjing tu,
Mahal juga ye harga anjing rupanya,
Ingatkan kutip je tepi jalan huhu


Kami memang ambil "anak anjing",
Rupeny utk didik anjing jaga kebun, kena didik dari kecik, supaya dia ingat siapa tuan dn rumah dia,

Jaga kebun daddy baik2 ye johnny dan jane πŸ’•

Tuesday, November 6, 2018

HAI MASA DEPAN

Orang tak nampak apa kau buat di belakang utk mereka,

Orang tak nampak apa benda yang kau kena hadap utk kesenangan mereka..

Orang tak nampak masa yang kau habiskan, duit yang kau korbankan, dan hobi yang kau terpaksa lupakan.

Orang lain tak nampak semua tu,

Orang hanya nak apa yang mereka nak.

Tapi kau,
kau tahu apa yang kau nak, kau tahu apa yang kau akan dapat.

Orang lain takkan nampak sebab pemikiran kau dan pandangan akal kau lagi jauh berbanding mereka.

Orang lain takkan endah misi dan impian kau sebab misi dan impian kau terlalu besar untuk mereka capai dan mereka tahu mereka tidak mampu.

Teruskan sahaja apa yang kau buat,
Hasilnya bukan sekarang,
Takkan nampak sekarang,

Tapi satu hari nanti,
Kau akan tersenyum,
bila kau ingat balik apa yang kau lalui sekarang,
Semuanya berbaloi. 😊

Tahniah untuk kau yang sedang berjuang.

Sent from my iPhone

Thursday, November 1, 2018

28TAHUN DAH



Disebabkan dia dah bawa holiday awal-awal, masa 26hb hampir2 dia lupaaaa, pukul 6petang br ingat, tu pun dia kat kebun da huhu

Balik kebun,
Ttibe je blackout,
Apalagi dia nyanyi la lagi happy birthday, actually bab blackout tu mmg cliche sangat sbb tiap tahun dia buat πŸ˜†


Ok laa, ok laaa,
Asalkan ingat,
Asalkan belikan mesin dryer baju macam kt dobi tu. Ok la.
HAHAHAHAA

Tuesday, October 30, 2018

KEDAI POPULER SEKEJAP JE

Salam
(Nk gunakan "aku" sbb entry ni mengenai pandangan dan pendapat)

Memandangkan tk rasa pun ada orang baca, ok la kn nk suarakn pendapat HAHAHA

Aku frust wei kedai charkuewtiaw favorite aku tutup. Aduh. Da la melaka susah dapat charkuewtiaw, tetibe aku datang, aik signboard pun dah tak de.


Kedai tu baru je, dalam 2tahun,
Aku follow dari awal pembukaan sampai la meletup dengan kedatangan artis2 dan kedai dia mula masuk dalam cadangan makanan viral.


Tetibe aku terperasan, bos kedai ni join masuk belajar dalam Dr.usahawan ,, siapa Dr tu, biarlah rahsia, aku tak nak kene kecam. Ok la kn dia minta tunjuk ajar Dr.usahawan tu,aku pun kekadang join jugak, tapi aku ambil mana penting je ilmu yg disampaikan tu, part tak elok, aku tak ikut.

Contoh ajaran part tak elok,
Dia suruh aku bhenti produce kerepek pisang dan beli kerepek dengan orang, so aku kire duit je bulan2 tak keluar tenaga, part ni aku tak setuju, sebab impian aku nk jadi leader industry kerepek pisang, kalau semua orang buat, ape ilmu aku ade? Setakat tahu buat sale tak guna tau, memang lambat kaya, tapi aku memilih bertatih dari bawah dan naik ke atas, baru lah orang pun tak senang2 nak kenakan kita, sebab dari penghasilan hingga keuntungan kita da pakar.

Berbalik pd kedai charkuewtiaw kegemaran aku tu, aku da mula rasa kedai tu bakal hai hai bye bye bile dia ubah cara ambil oder / dia renovate sana sini / dan dia ubah menu, nmpak macam simple dan tak beri kesan kan ? Tapi mood staff dia pun dah lain dah, bila mood staff dah lain, rasa masakan pun lariii habis dah. Tapi benda ni tak berat lagi tau, ada lagi berat,


Iaitu, segala minuman dia tukar menjadi minuman kordial HAHAHA masani aku da geleng kepala, dia ikut bulat2 laa apa Dr.usahawan tu ajar utk dia jimat masa penyediaan dan tenaga pekerja. Adoi. Benda ni tak pelik kalau dr awal pembukaan dia memang jenis camni, tapi macam aku, 2tahun loyal customer, minta fresh oren pastu yg aku dapat oren sunquick tu, tak pelikk ? Teh tarik / milo ais tabur, semua tak ade dah, yg ade semua kordial, aku geleng kepala lagi sekali. Haih.


Cara oder kalau sebelum ni kedai tu ala2 uptown camtu tau, ade kedai makan lain2 lot, 1kedai tp byk corner, so dulu aku suspect kedai anak2 muda berniaga mmandangkan kedai makan tu dekat dengan university/ college.. then eh, cara oder da macam pizza hut, siap staff diberikan masa penyediaan lagi, ok sebagai bos, benda ni bagus,sangat bagus, tp sebelum nk ubah drastik sangat apa yang dibuat, bos kene bagi sesuatu juga pada staff supaya staff tak rasa terkejut dan tiba2 dari pekerja bertukar menjadi "hamba seperti dpenjara" nk aplikasikan boleh, tapi kena ber step dan apa staff dapat, contoh, siapa paling baik dlm pyediaan mknn dalam waktu dtetapkan akan dapat gaji lebih ke, staff x suka hadiah, staff suka duit, percayalah sbb aku pnh jd staff. Kalau ttbe ubah drastik sangat, staff rasa dalam penjara dan akan berhenti.


Setelah bos kedai tu ubah macam2 kt kedai tu, dia tinggalkan kedai tu dan buka kedai makan lagi 1, masani pun aku geleng kepala lagi, aku da agak, salah 1 akan tutup,. Dia tak buka branch, tapi dia cuba buka kedai makan seafood pula, lokasi kat tengh bandar melaka, haih, macamana dia nak handle ni ? Kedai makn seafood kena sentiasa observe kualiti, dan aku rasa dia akan terlebihkan kedai seafood tu bbnding charkuewtiaw ni,

Dan betul,
Kedai charkuewtiaw tu tutup, sayang hoi, kedai tu pelanggan ramai gile., dia amik banyak lot, da besar, da renovated, artis pun da datang, da viral tp tutup sbb puncanya "tak ada pekerja"


Aku suke skodeng kedai2 orang dan tengk cara owner manage kedai, dn untuk kedai ni sangkaan aku tepat sekali, skg aku tgk kdai seafood br beroperasi berapa bulan, dia buka baru lgi hehe, shell out pula, haih bahaya tau mknan ber-viral ni, contoh paling baik sebenarnya, follow kedai tomyam thailand, haaa, cara mereka paling terbaik


Ok la, nk mghrib,
Anak pun merengek da,
Bye




Sent from my iPhone

Wednesday, October 24, 2018

PALING RINDU MASA PREGNANT




-rindu nak pakai seluar Jeans highwaist
-rindu nak meniarap
-rindu nak tuckin baju
-rindu nak kancing baju bahagian pinggang
-rindu heels !!!!!
-rindu diet
-rindu nak peluk husband tnp sakit pinggang bila tidur (skg always mblakangkn dia sbb minta dia urut pinggang)
-rindu dgn ketagihan coffee
-rindu nk jd superpower angkat berkotak kotak kerepek
.
Rindu sangat !
.
Tapi,
Moment skg pun kena appreciate kan?
.
-adik suka berjoget dalam perut waktu malam, pling dia suka, tetiba terbojol kt pinggang πŸ˜†incik lalan pn rase ngeri πŸ˜†haih mommy risau dia jenis tak tidur malam huhu

Lady faizal,
Fatinfashiekin

Sent from my iPhone

DEK KERANA ANAK πŸ˜…

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...