FOLLOWER

Tuesday, October 30, 2018

KEDAI POPULER SEKEJAP JE

Salam
(Nk gunakan "aku" sbb entry ni mengenai pandangan dan pendapat)

Memandangkan tk rasa pun ada orang baca, ok la kn nk suarakn pendapat HAHAHA

Aku frust wei kedai charkuewtiaw favorite aku tutup. Aduh. Da la melaka susah dapat charkuewtiaw, tetibe aku datang, aik signboard pun dah tak de.


Kedai tu baru je, dalam 2tahun,
Aku follow dari awal pembukaan sampai la meletup dengan kedatangan artis2 dan kedai dia mula masuk dalam cadangan makanan viral.


Tetibe aku terperasan, bos kedai ni join masuk belajar dalam Dr.usahawan ,, siapa Dr tu, biarlah rahsia, aku tak nak kene kecam. Ok la kn dia minta tunjuk ajar Dr.usahawan tu,aku pun kekadang join jugak, tapi aku ambil mana penting je ilmu yg disampaikan tu, part tak elok, aku tak ikut.

Contoh ajaran part tak elok,
Dia suruh aku bhenti produce kerepek pisang dan beli kerepek dengan orang, so aku kire duit je bulan2 tak keluar tenaga, part ni aku tak setuju, sebab impian aku nk jadi leader industry kerepek pisang, kalau semua orang buat, ape ilmu aku ade? Setakat tahu buat sale tak guna tau, memang lambat kaya, tapi aku memilih bertatih dari bawah dan naik ke atas, baru lah orang pun tak senang2 nak kenakan kita, sebab dari penghasilan hingga keuntungan kita da pakar.

Berbalik pd kedai charkuewtiaw kegemaran aku tu, aku da mula rasa kedai tu bakal hai hai bye bye bile dia ubah cara ambil oder / dia renovate sana sini / dan dia ubah menu, nmpak macam simple dan tak beri kesan kan ? Tapi mood staff dia pun dah lain dah, bila mood staff dah lain, rasa masakan pun lariii habis dah. Tapi benda ni tak berat lagi tau, ada lagi berat,


Iaitu, segala minuman dia tukar menjadi minuman kordial HAHAHA masani aku da geleng kepala, dia ikut bulat2 laa apa Dr.usahawan tu ajar utk dia jimat masa penyediaan dan tenaga pekerja. Adoi. Benda ni tak pelik kalau dr awal pembukaan dia memang jenis camni, tapi macam aku, 2tahun loyal customer, minta fresh oren pastu yg aku dapat oren sunquick tu, tak pelikk ? Teh tarik / milo ais tabur, semua tak ade dah, yg ade semua kordial, aku geleng kepala lagi sekali. Haih.


Cara oder kalau sebelum ni kedai tu ala2 uptown camtu tau, ade kedai makan lain2 lot, 1kedai tp byk corner, so dulu aku suspect kedai anak2 muda berniaga mmandangkan kedai makan tu dekat dengan university/ college.. then eh, cara oder da macam pizza hut, siap staff diberikan masa penyediaan lagi, ok sebagai bos, benda ni bagus,sangat bagus, tp sebelum nk ubah drastik sangat apa yang dibuat, bos kene bagi sesuatu juga pada staff supaya staff tak rasa terkejut dan tiba2 dari pekerja bertukar menjadi "hamba seperti dpenjara" nk aplikasikan boleh, tapi kena ber step dan apa staff dapat, contoh, siapa paling baik dlm pyediaan mknn dalam waktu dtetapkan akan dapat gaji lebih ke, staff x suka hadiah, staff suka duit, percayalah sbb aku pnh jd staff. Kalau ttbe ubah drastik sangat, staff rasa dalam penjara dan akan berhenti.


Setelah bos kedai tu ubah macam2 kt kedai tu, dia tinggalkan kedai tu dan buka kedai makan lagi 1, masani pun aku geleng kepala lagi, aku da agak, salah 1 akan tutup,. Dia tak buka branch, tapi dia cuba buka kedai makan seafood pula, lokasi kat tengh bandar melaka, haih, macamana dia nak handle ni ? Kedai makn seafood kena sentiasa observe kualiti, dan aku rasa dia akan terlebihkan kedai seafood tu bbnding charkuewtiaw ni,

Dan betul,
Kedai charkuewtiaw tu tutup, sayang hoi, kedai tu pelanggan ramai gile., dia amik banyak lot, da besar, da renovated, artis pun da datang, da viral tp tutup sbb puncanya "tak ada pekerja"


Aku suke skodeng kedai2 orang dan tengk cara owner manage kedai, dn untuk kedai ni sangkaan aku tepat sekali, skg aku tgk kdai seafood br beroperasi berapa bulan, dia buka baru lgi hehe, shell out pula, haih bahaya tau mknan ber-viral ni, contoh paling baik sebenarnya, follow kedai tomyam thailand, haaa, cara mereka paling terbaik


Ok la, nk mghrib,
Anak pun merengek da,
Bye




Sent from my iPhone

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...