FOLLOWER

Saturday, December 15, 2012

BYE

Hujan emas di negara orang,
Hujan batu di negara sendiri.
Cantik lagi tempat orang,
Selesa lagi di tempat sendiri !

Good bye,
Mahu pulang ke tempat asal !
:)


With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 14, 2012

PERCUTIAN

Penat bermain sehari suntuk semalam lah si daniel ni. Sana sini.
Even saya yang muda ni pun,
Sendi lutut umpama kering tanpa minyak.

Seronok percutian di Jepun ni,
U all boleh lah datang sini ye. Hahahaha

Ok. Ok. Serius,

Saya tak pi Jepun pun,
Tu mukadimah,
Saja nak buat orang kata
"What ! Jepun ! Siot tak ajak !"
Tak pun,
"Menunjuk !!"
Hehe. Saja buat taktik camtu

Relax. Cool. Chill.

Segala bagai gambar akan di update,
Sekarang ?
No. Sapa nak edit ?
Semua kat 7D,

Kepada kawan-kawan di farmasi,
Saya sangat merindui kalian,
Semasa bersuka ria disini,
Seringkali saya melihat jam.

Pukul 9pagi :
"mesti kak ani tengah buka grill Farmasi dan menolak keatas dengan gigih" hewhewhew.

Pukul 2petang :
"Mesti kakaida baru nak turn solat zohor dan lapar gila makan rakus-rakus" -hewhewhew

Pukul 4 petang :
"Eh da pukul 4 !? Seronok kat sini baru pukul 4 ? KakLai mesti tengah kemas-kemas fail baru nak balik." Hewhewhew

Pukul 9.30malam (dikala saya sedang menikmati ketam gergasi di tepian laut) :
"Lah ! Mesti baru nak tutup farmasi ? Haha. 9.30 baru balik kerje ?????" HAHAHA *kalini gelak perli*

Terima kasih lah pada kalian yang mengatikan jadual saya ye ! Hehe

Segala kecemburuan dan sakit hati,
Saya akhiri dengan,
Wassalam ;D

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CUTI-CUTI SEKOLAH

Cuti2 sekolah
Bermakna cuti2 juga lah kerja.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 13, 2012

JAPAN !

With love,
FatinFashiekin
Ahmad Faizal Sulaiman

DAH SAMPAI

5 star sleeping experience at
1 star price :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 12, 2012

SAKIT JANTUNG PASPORT HILANG

Di katanya pasport hilang ???
Bagai sakit jantung lah kita.
Lepastu dia buat sengih simpul.
Sengih bermaksud tanda bersalah dan mengaku last minute.

Eh, kita tak kisah.
Tiket dah di booking ?
Kita cuma melambai lah sebelum berlepas. Haha.

Dia kata "Tak Boleh !"
Tahu kelam kabut,
Haa, orang jawa kata ini adalah "kuwalat" sudah dipesan, di ingatkan,
Tapi di abaikan.

Bila terjadi nya kes hilang begini,
Baru tergaru kepala.

Penyebab kes perempuan berleter,
Adalah :
1) Risau kan pasangan
2) Dipesan tapi tak ikut, then mengeluh.

Dan nasib baik tadi dia buat senyum simpul sambil gelak HAHAHAHAHAHA besar-besar kata pasport dah jumpa.

Kalau tak,....
Selamat tinggal,
Saya akan melambai anda dan mengucapkan "byee, kene tinggallllllllll, jangan nangiss yeeeee"
*syok juga apa yg saya bayangkan*
Huhu

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CARA BUAT PASPORT KANAK-KANAK

Bersiap ! Esok nak berjalan-jalan wif my lil sibling (danny) dia pun excited gila. So harini very the kelam kabut buat pasport untuk dia.

12.30tengahari balik kerja,
Ambil dany dan aza,
Then ambil awal kat rumah pengasuh,
Jumpa mama dengan abah sebab nak ambil my kid danny.

1.30petang gerak ke muar,
Mula-mula terfikir nak buat kat melaka, tapi malas nak topup touch n go. Haha. So dari PJ terus ke Muar. Senang. Cuma yang memeritkan, just 40kmj je lah. Sakit hati menahan kesabaran kerana kesesakkan jalan nak ke muar. "SULTAN ! TOLONG BESARKAN JALAN LAH"

Pukul 2 sampai lah ke Jabatan Imegresen Muar. Jauh berbeze dengan melaka ! Buruk gila. Kotor gila. Usang gila. Tapi pekerja-pekerja kat sana okey. Ramah belaka.

So saya nak kongsikan kelecehan dalam membuat pasport kanak-kanak.

1) TIDAK DIBENARKAN SELAIN IBU BAPA : tandatangan kakak pun tak laku okeh. Terpaksa call mama dan nasib baik lah ofis mama ok, terus mama balik kerja. 30 minit menunggu, mama pun sampai.

2) BAWA SURAT BERANAK BUKAN MY KID : boleh sebenarnya guna my kid, saya tadi guna my kid tapi prosuder jadi leceh gila. Dekat 7 kali asyik di panggil ke kaunter.

3) IC MAK / AYAH : penting !

4) GAMBAR BERUKURAN IC 2 KEPING : better cepat2 ambil gambar, sebab kalau ambil gambar kat situ huh hodoh gila. Bertambah hitam. Haha

5) PHOTOSTAT IC MAK AYAH / PHOTOSTAT SURAT BERANAK BUDAK : siap2 kan ye. Jangan korang tengah beratur then sampai turn korang. Tiba-tiba kena beratur semula semata-mata sebab tak photostat ic. Tadi saya kena. LOL.

Ikut pengalaman saya tadi, tak bawa surat beranak, mama abah tak ikut, still tak photostat ic. Seriously leceh gila la. Nak tunggu mama sampai, bila dah sampai lupa pula photostat ic, bila dah photostat ic lupa pula nak bawa surat beranak.

Sangat kelam kabut. Bila settle, kene saman parking pula tuh !! Sembunyikan surat saman, nanti kena marah sebab tak letak kupon. Esok kalau sempat, kalau saya tak busy, saya update lagi okey ??

With love,
FatinFashiekin



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...