FOLLOWER

Tuesday, May 15, 2012

Akhirnya Israel Tunduk, Persetujuan hari ini noktah hitam kepada Israel

Seorang anggota Knesset (parlimen Israel) menyifatkan bahawa persetujuan yang dicapai hari ini antara para tahanan Palestin dengan Jabatan Penjara Israel yang menurut kehendak kesemua tuntutan mereka(tahanan Palestin) adalah noktah hitam kepada Israel.

Kata Mikhael Ben Ara, anggota Knesset yang merupakan pelampau Yahudi mewakili 'الاتحاد الوطني', persetujuan yang dimeterai hari ini merupakan noktah hitam kepada Israel.

Mikhael mengungkapkan persetujuan yang dicapai itu memberikan kehidupan baru kepada mereka(tahanan-tahanan Palestin).

Israel tunduk kepada tahanan
Menukil dari web berita SAFA, setelah mengharungi 28 hari mogok lapar, Israel telah tunduk kepada tahanan-tahanan Palestin dalam penjaranya pada petang Isnin, 14 Mei 2012.

Para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara penjajah telah menandatangani satu persetujuan dengan Jabatan Penjara Israel bagi mengakhiri mogok lapar yang mana kesemua tuntutan-tuntutan mereka akan dilunaskan. Sewaktu persetujuan hari ini dimeterai, Duta Mesir ke Israel juga hadir.

Ketua delegasi tahanan yang telah dibebaskan, Ruhi Mushtaha yang berada di Kaherah sejak beberapa hari yang lalu bagi mengetuai delegasi dari Gaza telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil Mesir mengenai mogok lapar.

Kata beliau, satu persetujuan telah ditandatangani antara Jabaran Penjara Israel dengan para pemimpin gerakan tahanan dalam penjara yang turut dihadiri Duta Mesir ke Israel.

Persetujuan itu berhubung tuntutan-tuntuan yang telah dimeterai sepanjang rundingan yang dijalankan dan ada juga yang berkaitan dengan pelunasan janji Israel dalam agenda-agenda(bab kandungan) perjanjian penukaran tahanan-tawanan(صفقة تبادل الأسرى) antara HAMAS dengan rejim zionis.

Persetujuan ini menetapkan dalam tempoh 72 jam, kesemua tahanan Palestin yang meringkuk dalam kurungan asing(seorang diri) akan dikeluarkan kepada sel kurungan biasa.

Jurucakap Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza, Taher Al-Nunu menjelaskan ketika menjelang waktu menandatangani persetujuan antara pemimpin gerakan tahanan yang mogok lapar dalam penjara dengan Jabatan Penjara Israel, adanya perkembangan yang positif. Jelas beliau, pertemuan(sesi persetujuan yang dihadiri Duta Mesir ke Israel dalam penjara Israel) diikuti secara langsung oleh Mesir dengan penyelarasan bersama kerajaan Palestin di Gaza.

Terima kasih semua
Menteri Tahanan Kerajaan Palestin di Gaza, Abu As-Subhi yang berada di Kaherah mengesahkan persetujuan antara para tahanan dengan Jabatan Penjara Israel. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Mesir(terutamanya Badan Perisikan Mesir), masyarakat Arab dan umat Islam dan kesemua yang bersimpati terhadap para tahanan.

Beliau turut menyeru agar membantu kepada kemenangan sehinggalah kesemua tahanan dibebaskan.
Dari sudut lain, Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah kepada para tahanan-tahanan Palestin yang berjaya mengharungi mogok lapar sehingga tercapai kesemua tuntutan mereka.

Beliau memuji ketabahan para tahanan yang sanggup mengadakan mogok lapar.
Tambahan lagi, Presiden Palestin di Ramallah, Mahmoud Abbas berkata, persetujuan ini adalah langkah utama ke arah jalan membebaskan kesemua para tahanan Palestin dari penjara-penjara Israel.

Situasi mogok lapar
Sejak 28 hari yang lalu, ratusan daripada tahanan-tahanan Palestin yang meringkuk dalam penjara-penjara Israel telah mengharungi mogok lapar atau disebut 'pertempuran kosongkan perut'. Diikuti dua tahanan lagi, Saer Halahulah dan Bilal Ziab yang telah pun mengharungi mogok lapar sejak 78 hari sebelum ini.

Demikian itu sebagai bantahan kepada keadaan keadaan yang mereka terpaksa lalui dalam penjara.

Para tahanan Palestin meletakkan syarat bagi menghentikan mogok lapara adalah dengan tunaikan tuntutan mereka, antaranya, selesaikan kes tahanan tanpa bicara(tutup kes), tiada lagi kurungan seorang diri serta membenarkan ahli keluarga mereka dari Semenanjung Gaza melawat anak-anak mereka dalam penjara-penjara Israel.

Israel telah menyahut sebahagian dari tuntutan mereka supaya mogok dihentikan tetapi para tahanan Palestin enggan dan nekad terus mengharungi mogok lapar sehinggalah kesemua tuntutan mereka dilunaskan.

Sumber 14/05/2012, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BAHAGIAKAH KITA ?

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.

Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.

Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...
"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."
Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?
"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.

Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?

Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya. Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.

Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.

Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya. Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.

Bahagia Itu dari Hati yang Tenang
Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.
Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).

Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)

Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?
Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.

Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?

Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.

Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?
Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.

Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.

Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.

Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.

Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.

Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.

Mengapa dengan berzikir hati akan memiliki sifat-sifat baik ini?

Monday, May 14, 2012

SAVE PALASTINE

* gambar tahanan Palestin selepas 135 hari mogok lapar...

HUKUM HUNGER STRIKES DI PALESTIN :

Mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka di sana.

Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . al Qaradhawi menjawab :

Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!!!

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!!!

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana, tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat. Perang Media..!!!


* I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone, and every tree
'Cause no matter what they do
They can never hurt you
'Cause your soul will always be free
Palestine tomorrow will be free :'(

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SILENCE

 
Kawan-Kawan..

Minggu ni saya tak dapat senyum mcm biasa. maaf!

Minggu ni saya tak dapat ketawa mcm biasa. maaf!
Minggu ni saya tak byk ckp mcm biasa. tak suka!
 


with love,
FatinFashiekin

DAH NAK RAYA !

IKLAN RAYA

Fatin, ingat ! raya dah nak dekat !
behave ur attitude.
jangan shopping sakan. okey ? :)


with love,
FatinFashiekin

Sunday, May 13, 2012

MELAMAR DILAMAR

 
Musim orang kahwin sedang berlangsung, sana sini undangan perkahwinan diterima. Dan sana sini juga lah persoalan perkahwinan saya terima. Haish! Dah dewasa rupanya kan ? Kalau dulu zaman sekolah, nak ada boyfriend then kalau family tahu itu adalah satu ketakutan lah. But now, dengan sendirinya ahli keluarga dan sanak saudara asyik bertanya "bila nak makan nasi minyak ?" Actually, rasa malu-malu kucing juga lah. Huhu.Dan tambahan pula, hubungan saya dan incik lalan pun mendapat restu. Hmm, tahu kan ? Dia kesayangan mama dan abah saya,

Sekarang, sejujurnya, Saya sedang blajar uruskn diri saya dn keluarga dengan sebaiknya, saya kan anak sulung., Apabila bsedia nanti, InsyaAllah, barulah saya akan dengan sukacitanya akan bersedia untuk menguruskan suami pula.

Calon suami saya nanti akan jadi pmimpin keluarga dan imam sy. So that's y its take time for me. And don't worry, we'd plan something for our future too..

Maybe its take time dan rasa takut andai kehilangan, ada jodoh tak kemana, dan dia dan saya dah terlalu tua kot nak main-main dan tak serius dalam perhubungan, MELAINKAN salah satu antara kami tk respect each other kan ?

Ok, that's all.
Nak prgi kerje.
Bye :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LOVELY SUNDAY

Actually banyak benda nak story, tapi, uh, mata dah sangat-sangat mengantuk. Kite sambung esok ye ?

Esok saya kena bkhidmat 12jam. So sewajarnya dapatkan tidur yang cukup.

Gud nite darlings,
I love u all. Maafkan saya kalau saya ada sakitkan hati kalian tanpa sedar. Saya manusia biasa :)

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DISADVANTAGE

Assalamualaikum.

Do you know the disadvantage of being strong??

it's when people know that you are strong, they think it's okay to hurt you,
over and over again.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RANDOM

" My job is to try to determine what the people in my life are trying to teach me. Imagine that all the people that i meet is there to teach me something "

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 12, 2012

UNTUNGLAH WIFE DIA

hujung bulan ni my bestfriend (lelaki)
akan berkahwin.
Allhamdulillah.
nampak kegembiraan mereka dan dia pun memang sayang
sangat-sangat kat future wife dia.

saya tabik !
pada kesungguhan dia,
kesungguhan menyediakan keperluan
yang WAJIB untuk bakal isteri dia.

dia biasa saja,
bukan kategori kaya pun,
tapi KESUNGGUHAN dia sangat-sangat
membuatkan saya kategorikan dia
sebagai "charming !"


dia beli rumah for future wife dia
dia decorate sendiri.
by his own idea




seronok tiap kali tengk
dia bersungguh ;)
haih, untungnya wife dia



cantik kan ?


dan tadi dia bz cari perabut,
minta pendapat,
this end of month dia khwin,
so maybe next week restock perabot pula



to mr,
congrat ! hujung bulan ni,
aku pergi majlis kau dengan
incik lalan aku ye :)

with love,
FatinFashiekin


MY MOM MY FRIEND

Selamat hari ibu, again !! :)

 
bila ambil gambar sure muka mama mcm x nk senyum melampau,
SEBAB NYA ADALAH
"mama tension setiap kali muka dia nmpak tembam !"
hahahaha ;p

GAMBAR PERTAMA :
mama meletakkn tangan dipipi bagi menyembunyikan
lemak dipipi

GAMBAR KEDUA :
mama menyerongkan badannya
tak mahu kelihatan gemuk katanya

setiap kali nak kemana mana dan tukar baju bersama
sure akan argue
 
mama kata : "kak ni belum khwin peha tu dah makin besar,
mama sebaya kakak dulu badan tk macam tu tau.. issh, diet lh sikit"

saya kata ; "mama, sebelah-sebelah mama, adik bradik mama
badan dah bolat2. baik mama jaga-jaga" huhu

thats y mama tension dengan berat badan,
macam saya ? actually tk gemuk,
cuma nk maintain dengan incik lalan tu.
dia membebel ja lah saya kuat makan.

with love,
FatinFashiekin

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...