FOLLOWER

Saturday, September 5, 2020

DEAR SUAMI

 

selalu tertanya, kebaikan apalah yang saya buat sampai Allah SWT hadirkan dia menjadi suami saya. saya tak tahu apa masalah yang dia hadapi dengan hubungan dia yang sebelumni, langsung saya tak bertanya sejak berkahwin, yang saya tahu, dia kini suami saya dan kami bersama-sama mengharmonikan rumahtangga kami ♥️

.

1) dia sangat bertanggungjawab, walaupun saya ada bisnes, dia layan saya umpama saya surirumah sepenuh masa, dia bagi duit bulan2, bayarkan bill hp saya, insuren saya, segala head to toe saya mesti dia hulur duit, segala apa yg lidah saya teringin, dia psti tunaikan, gaji saya dari lalanfood dia cuma pesan, “simpan” dn dia create juga tiap bulan saving for me, sejumlah duit trs ke asb saya. utk anak2 pula ada simpanan khas tiap bulan ke sspn. saya sendiri kagum dengan sikap btanggungjwb dia.

.

2) bapa yg baik, tak pernah marah anak ! yup. langsung tak pernah, sebabtu semua anak sayang dia. akila dn alisya pn pernah cakap “abah tak pernah marah”.. kaseh pn kalau pergi playground, orang akan kata “manja dgn ayah dia” sbb, mmg manje. everynight kalau anak terjaga, incik lalan tak kn kejut saya, kdg2 anak tjga, say sgja bt ttido nk tgk dia kejut saya tak, jawapannya, tak. incik lalan uruskan anak tiap malam tanpa mganggu tidur saya.

.

3) dia berhenti merokok utk our relationship πŸ˜‡yup, part ni terharu. dia kata dulu dia ada cb bhenti tp dsebabkan masalah dia, dia stress dn mula smoking, sy sbgai isteri sekadar cakap “jangan merokok dpn ayang” tp sy selalu akan cium dia slpas balik kerja dn blh tahu kalau dia merokok, then da kawin, hari2 cium rasanya dia segan kot selalu kantoi, ttbe saya perasan, dia da stop smoking, say kata “sbb ayang ke abang bhenti” dia cme jwb “eleh mneade” but, i know ! its for our relationship πŸ˜‡

.

4) dia jadikan saya isteri yang baik, sebelumni saya sejenis on off tudung, dn saya akan kata “yang, ayg x pakai tdg, dose ayg abg tanggungkan,” haha but then mjelang suami ke 40an ni bila dia mula tegur bini lambatkan solat dn lain2 hehe, so saya rasa bsmangat sama nk jd isteri yg more better, nak ke syurga bsama ♥️

.

5) dia pndai semua benda : suruh la dia buat apa-apa, dia perfect ! pndai masak, pandai bcucuk tanam, pandai mmncing, pandai menukang, pndai dalam pmbelajran, semuaaa dia mahir πŸ˜‡

.

saya sentiasa mesej dia ulang2, saya kata :

 “ ayg suke utk berithu orang yg baru kawin “kawin ni best ! kawin funn !” but ayang tahu. ianya best dan funn ofcz sebab pasangan kita yg buat hubungan tu best”

.

dear husband, tak tahula kenapa ayang nak menaip semua ni, oh maybe td ayg sibuk kat dapur dan dari dapur tengk keakraban abang dn anak2 bermain pistol2, its make me rasa sangat bersyukur πŸ˜‡

.

i love u



Friday, August 14, 2020

ALLHAMDULILLAH

 yey rumah dah naik bumbung, Allhamdulillah, sepatutnya dah siap tapi sebab PKP kan, tapi its okey lah, sebab ada moratoriums dapat lah saving untuk perabut rumah hihi kan tiap kejadian pasti Allah janjikan dengan hikmah :)


kesian juga pada pembeli fasa 1, dah dapat kunci tapi musim pkp ni kan, semua perkara ada SOP dan tertangguh, mereka plan nak beraya dirumah baru, kesudahnya raya haji pun masih pening lagi dengan macam-macam isu

so saya kata suami : “harap urusan kite smooth lah, harap covid tak ada dah,”


dann insyaAllah, kalau jd la projek keretapi laju, haa betul2 kt rumah kami la, bandar hijau ayer keroh ❤️bukan shje dekat dengan tol, dekat dengan station henti keretapi laju, dan bukan tu je, depan rumah kami seberang jalan je sekolah, mmudahkn anak nk kesekolah, Allhamdulillah πŸ˜‡






Thursday, August 6, 2020

RAYA HAJI DIKEDAH


this year raya haji turn husband,
selasa kami gerak, rabu sampai..
Allhamdulillah segala berjalan lancar ❤️


actually ni 1st year saya raya haji dikedah,
4tahun sebelumni, tang raya haji je :
1) mabuk mengandung
2) anak muntah2
3) turn bini
4) turn bini

so this yearlah dapat berkumpul,
walupun raya aidilfitri nama je turn saya tapi tak dapat pun beraya disebabkan covid TAPI turn kampung siapa tak berubah, kena adil ikut perjanjian baru harmoni haha. walupun org selalu kata “pagoh dekat blh balik selalu” hakikatnya disebabkn dekat lah jarang balik, alasan “deeeekatttttt” πŸ˜…begitulah manusia haha

so ini pertama kali beraya dikedah,
saya nervous oo.. sebab kat johor, kalau raya haji ni simple je, lepas sembahyg raya sambung tidur balik haha berbeza kedah, dn family incik lalan pula wajib tiap tahun ada korban. oleh itu gigih la saya bawa baju raya berhelai-helai rupanya baju raya pakai raya pertama je, raya ke2 pakai baju biasa utk gotong royong,

raya pertama dibaling,rumah paklang,
rumah paklang syok, selesa... belakang rumah pak lang pula ada dusun, dapat makan fresh dari pokok,.. sampai je rumah paklang ada soto terhidang dn paling syahdu ADE SAMBAL KICAPPPPP  punya laa susah nak dapat sambal kicap kt utara, so bila nampak soto ada sambal kicap terus pas anggun pada suami, saya kata “abg bagi adik makan, ayg nk makan sambal kicap” suami faham bebeno dah peel si bini, suke pedas dan suke sambal kicap πŸ˜†

Allhamdulillah, lepas asar, kami gerak balik dan singgah rumah adik ipar kesayangan, melwat wahida dan tokwan ❤️

raya ke2,
korban di sungai meriam,
kami ada join juga untuk akikah anggun,
Allhamdulillah semua anak selesai da akikah, alisya dan akila pun saya habaq awai pada depa ibu abah dah buatkan akikah. so lega sekarang... plan nak buat sendiri tapi musim2 covid ni entah bila dapat berhimpun, join ja laa korban.

segala nya berjalan lancar, terima kasih chef pak cik cha.. saya geram sebenarnya tak dapat gotong royong bebeno.. sebab saya ada handbag mahal, terpaksah saya pegang handbag tu kemna-mana, memang tak boleh ditinggal langsung iaitu ANGGUN FELISA πŸ˜’aiyoo adik oo adik, 24jam nak mommy, dah pesan kat husband “bagi ayang rehat sat lepasni” tapi tu pun husband kata “aik bukan ayang nak mengembung lagi ke” hahahahaha sukehati dia nak kembungkan kite, ingat pelampung hahahahaah

selasa : gerak
rabu : sampai
khamis : tolong mak
jumaat : raya
sabtu : raya
ahad : balik melaka

part balik melaka, jem dia MasyaAllah fuhhh, tpi salh sendiri juga, pukul 9pagi gerak, waze bagitahu akan sampai melaka pukul 4petang tapi dalam pukul 1 incik lalan ajak solat kt aeon klebang ipoh, soo da masuk aeon tu faham laaaa.. makan+solat+mandikan ank+anak nak mainan+da jalan keluar+adik pula nk mainan+pusing balik+mommy teringin sushi.. tetibe 3petang hahahahah. waze kata 9malam sampai rumah, redha je laaa walaupunnnnnnnn 9malam apenyee, 12tengahmalam baru sampai melaka πŸ˜†


kami da expect akan jem,
okey la, mengeratkan silaturrahim dalam kerete, bermanja, bermesra, berkasih sayang πŸ˜†























PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...