FOLLOWER

Monday, December 17, 2018

RINDU ALISYA AKILA

Kakak mesej,
Adik pun mesej,
.
Ye, ibu pun tak sabar jumpa kakak dan adik. Ibu pun rindu,

Monday, December 10, 2018

TANAH DARI MAMA

Mama kata : "bahagian tanah mama kat sini untuk kakak"
.
Abah orang pagoh,
Mama pun orang pagoh?
Jadinya tanah mama abah sama tempat kat pagoh huhu
.
Ada juga cakap pd incik lalan
"Tanah banyak, tapi semua kat pagoh yang. Apa kite nak buat tanah kat pagoh tu?" Huhu
.
Buat masa ni,
Tanah tu kami tanam kelapa sawit,
Ikut incik lalan dia nak tanam pisang tanduk, tapi saya tak bagi,
Lokasi kecurian tinggi,
.
Incik lalan kan sibuk cari tanah kat melaka tapi nak betul2 tepi jalan,
Nak bina rumah impian pencen kami,
So sya kata lah :
"Kat pagoh banyak tanah, buat je la rumah idaman kite kat pagoh, kalau abg setuju, bulan depan kita boleh mula proceed sayang"
.
Incik lalan kata :
"Tak boleh, nak duduk melaka jugak, pagoh tu kita buat kebun/homestay atau rumahsewa"
.
Saya :
πŸ™„πŸ™„πŸ™„πŸ™„
.
Actually da faham sangat dah,
Incik lalan nak adil,
So mak ayah dia pn x terasa,
Kalau duk pagoh, ofcz la kampung mertua hehe.
.
Semoga impian masa tua kami berjalan lancar πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•

MOMMY SAYANG KASEH DAN ANGGUN

Sejak ada adik, fokus saya lebih kepada kaseh punya emosi. Walaupun dia nampak sangat okey dan positif,

Saya ulang-ulang cakap "mommy sayang kakak dan adik" pada kaseh dn makesure dia menyahut "okey"

.

Saya sentiasa ingatkan husband supaya jgn tersalah cakap samaada gurauan "mommy ada adik,habisla kaseh".. Saya ulang2 pesan pd husband, jaga ayat wpun kaseh masih 2tahun.

.

Dan saya kerap memuji dia, kaseh bijak, kaseh cantik, kaseh comel, kaseh pandai, kaseh kakak yang baik.. apapun dia buat saya puji, ada juga dia buat salah,contoh hampir terpijak adik 🀣saya akan panggil dia dan terangkan "mommy kena marah dn tegur kaseh supaya kaseh ingat" dan makseure apa saya terangkan kaseh akan jawab "okey" .

.

Sebab saya ank sulung, so saya nk kaseh menjadi anak sulung yang sayangkan adik2nya, lindung adik2nya bila mak ayah dia tak ada πŸ’•




Sent from my iPhone

BERSALIN ANAK KE 2 (38MINGGU)


#anggunfelisa fresh dari perut πŸ’•

.

Kelahiran adik dan kakak berbeza pengalaman. Masa si kakak, sakit perut, ke hospital dn terus bersalin

.

Pengalaman lahirkan si adik, bangun tidur, berdiri je air meleleh kat peha. pecah air ketuban awal,tp masih x ada bukaan, doctr bg tempoh 24jam utk ada bukaan sendiri, .

.

Bukaan cme 2cm, then doctr induce, wpun da induce tp masih x sakit, bukaan da 4cm doctr tolak masuk dewanbsalin, dlm bilik bsalin doctr tny "kenapa ada contraction tp masih boleh senyum?" πŸ˜†Then kena drip ubat kat tangan, terus ckp kt doctr "ok doctr,da xblh senyum".. 2kali teran keluarlah adikkk 😘agak perit sebab bersalin tanpa air ketuban πŸ˜…

.

Bersalin je doctor tanya :

"Ayah dia cina ke?kacuk cina?"


Saya jawab :

"Jawa jer doktorrr" 


**semua ketawa**

HAHAHAHAHA



Adik lahir berat 3.2kg,

Adik layanan kemain,

Daddy masukkan kami dalam wad 1st class, disebabkan kami swasta,

Kami guna FPP,

Semua 1st class,

Layanan pakar,

Layanan dari sister (ketua nurse),

Bilik khas aircond,

Yang paling penting no tandas kongsi2,

Best ttg 1st class ni,

Bile baby baru lahir nangis,

Kite tak tension takut mganggu baby lain,


Yang paling penting,

Layanan level swasta,

Payment 1k je (bersalin normel),

Saya stay 3hari 2malam tau,

BERBALOI SANGAT !


Incik lalan memang kurang setuju kepakaran doktr swasta,

Dia kata "kt gov semua ada pakar"

So masuk lah saya ke dalam wad 1st class di govment :)


Ikut kata org,

Bukan senang nak ada kekosongan dalam 1st class,

Tapi da 2kali bersalin,

Allhamdulillah ade rezeki kami.



Sebabtu saya pilih bersalin kat muar,

Hospital muar best tau !

Selese, besar,

Dulu sebulan sekli masuk wad sbb bleeding kt hospital muar,

Layanan mmg 5bintang πŸ’•


Apapun,

Allhamdulillah selesai !!!

Next, plan mengandung 2021 pula yee,

Sekarang, kuncupkan yang kembang hahahahaha




Sent from my iPhone

Sunday, December 9, 2018

BERPANTANG SENDIRI

Allhamdulillah harini hari ke-9,
Yeay ada pengalaman berpantang sendiri, kan mula2 saya ada cerita nak pantang kat rumah mama. Tapi, jatuh hari saya bersalin, mama abah kena ke changlun kedah. So saya berpantang lah disisi suami tersayang.
.
Kalau baca pengalaman blogger lain kata pantang sendiri adalah mencabar. Dan bukan pengalaman blogger je, kawan2 incik lalan pun warning dn takutkn incik lalan jangan jaga wife pantang, memenatkan katanya.
.
Tapi disebabkan tiada pilihan,
Balik la saya ke melakaaaaa (dgn hati girang riang hahahah)
.
Hari pertama berpantang,
Incik lalan cuti,
Dia kemas kan rumah untuk sedia terima tetamu / nurse dan ahli kluarga datang ke rumah, peh memang licinnn dan wangii lah ! Incik lalan ni kalau mengemas memang hebat, tapi kalau dah nama lelaki, mlas tu tebal, so yg buatkan dia jd rajin bila dia dapat pressure dan last minute py tugasan, mcm saya berpantang ni la, x ready apa2 ttbe plan berpantang melaka. Hehe.
.
Rutin pagi, suami akan sediakan breakfast dn lunch (beli kedai haha),
Mandikan baby, kemas rumah, siap semua barulah pergi kerja.
.
Saya cakap pd incik lalan :
"Kawan abang kata jaga bini pantang susah?abg jaga ayang senang je,"
.
Incik lalan balas :
"Tu lah, tak susah manapun, ingatkan susah sangat"
.
Saya :
Sebenarnya bergantung pada isteri dan anak. Untung tau abg ada isteri mcm ayang, tak susah nak jaga" HAAHAHA
.
Bila hari ke3 pantang,
Incik lalan dah mula kerja,
Saya mula berpantang sendiri disamping jaga ank yang sulung,
Betul, tak susah pun,
Macam rutin biase je,
Cuma part angkat barang berat ke, haa perkara yang tak berdaya mcmtu memang incik lalan tolong,
So segala barangan yg perlukan saya angkat dan mbongkok pun dia tukarkan supaya saya tak bergerak yg pressurekan badan.
.
Allhamdulillah saya dikurniakan anak sulung berusia 2tahun10bulan yang bijak, dan dikurniakan anak yang saya baru lahirkan pun tak banyak ragam. Situasi sgt smooth. Si kakak pn byk mbantu kalau saya bagi arahan, mcm saya cakap sebelum ni, sgt elok tambah anak bila usia anak nk masuk 3tahun, anak sgt mdengar arahan, mula blajar berdikari, dan tak reti lagi mmbantah. Paling penting, sayangkan adik, asyik kiss je adik dia hehe.
.
Walaupun saya berpantang,
Tapi saya tak duk diam atas tilam sambil goyang kaki ye,
Kerja rumah saya buat, tapi yang ringan je. Tak reti la goyang kaki je. Mungkin kawan incik lalan yg kata pantang sdri ni myusahkan suami sbb jenis 24jam tbaring kot.
.
So far, harini hari ke9,
Seronok ! Tidur pn dapat peluk husband lagi. Haha. Kalini pantang mmg i 24jam berbengkung,
Harap sangattt perut kembali kempis dan tak mbuncit 😢
.
Nanti i share pula kronologi bersalin ok πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Thursday, November 29, 2018

SEBELUM TIDUR

Macam saya pernah bagitahu sebelumni,
Aktiviti kami sebelum tidur,
Wajib sekeluarga lepak atas katil,
Bonding bersama,
Sambil tu kaseh akan buka buku,
Kami sama2 ajar kaseh,


Then,
Sila tgk video πŸ˜†πŸ˜†


Tu la tiap hari anak dan bapak,
Saya penat da bebel kat incik lalan,
Dia sukee gurau kasar dengan anak,
Dia gigit kaseh la,
Actually ok je,
CUMA, kaseh akan balas balik.
Oh my God,


Saya tak kisah dia buat kat daddy dia,
Risau dengan kawan2 pn digigit,
Naya nanti hahaha

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...