FOLLOWER

Sunday, December 9, 2018

BERPANTANG SENDIRI

Allhamdulillah harini hari ke-9,
Yeay ada pengalaman berpantang sendiri, kan mula2 saya ada cerita nak pantang kat rumah mama. Tapi, jatuh hari saya bersalin, mama abah kena ke changlun kedah. So saya berpantang lah disisi suami tersayang.
.
Kalau baca pengalaman blogger lain kata pantang sendiri adalah mencabar. Dan bukan pengalaman blogger je, kawan2 incik lalan pun warning dn takutkn incik lalan jangan jaga wife pantang, memenatkan katanya.
.
Tapi disebabkan tiada pilihan,
Balik la saya ke melakaaaaa (dgn hati girang riang hahahah)
.
Hari pertama berpantang,
Incik lalan cuti,
Dia kemas kan rumah untuk sedia terima tetamu / nurse dan ahli kluarga datang ke rumah, peh memang licinnn dan wangii lah ! Incik lalan ni kalau mengemas memang hebat, tapi kalau dah nama lelaki, mlas tu tebal, so yg buatkan dia jd rajin bila dia dapat pressure dan last minute py tugasan, mcm saya berpantang ni la, x ready apa2 ttbe plan berpantang melaka. Hehe.
.
Rutin pagi, suami akan sediakan breakfast dn lunch (beli kedai haha),
Mandikan baby, kemas rumah, siap semua barulah pergi kerja.
.
Saya cakap pd incik lalan :
"Kawan abang kata jaga bini pantang susah?abg jaga ayang senang je,"
.
Incik lalan balas :
"Tu lah, tak susah manapun, ingatkan susah sangat"
.
Saya :
Sebenarnya bergantung pada isteri dan anak. Untung tau abg ada isteri mcm ayang, tak susah nak jaga" HAAHAHA
.
Bila hari ke3 pantang,
Incik lalan dah mula kerja,
Saya mula berpantang sendiri disamping jaga ank yang sulung,
Betul, tak susah pun,
Macam rutin biase je,
Cuma part angkat barang berat ke, haa perkara yang tak berdaya mcmtu memang incik lalan tolong,
So segala barangan yg perlukan saya angkat dan mbongkok pun dia tukarkan supaya saya tak bergerak yg pressurekan badan.
.
Allhamdulillah saya dikurniakan anak sulung berusia 2tahun10bulan yang bijak, dan dikurniakan anak yang saya baru lahirkan pun tak banyak ragam. Situasi sgt smooth. Si kakak pn byk mbantu kalau saya bagi arahan, mcm saya cakap sebelum ni, sgt elok tambah anak bila usia anak nk masuk 3tahun, anak sgt mdengar arahan, mula blajar berdikari, dan tak reti lagi mmbantah. Paling penting, sayangkan adik, asyik kiss je adik dia hehe.
.
Walaupun saya berpantang,
Tapi saya tak duk diam atas tilam sambil goyang kaki ye,
Kerja rumah saya buat, tapi yang ringan je. Tak reti la goyang kaki je. Mungkin kawan incik lalan yg kata pantang sdri ni myusahkan suami sbb jenis 24jam tbaring kot.
.
So far, harini hari ke9,
Seronok ! Tidur pn dapat peluk husband lagi. Haha. Kalini pantang mmg i 24jam berbengkung,
Harap sangattt perut kembali kempis dan tak mbuncit 😶
.
Nanti i share pula kronologi bersalin ok 😇😇😇

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...