FOLLOWER

Tuesday, January 29, 2013

HANTU LIMAU

Nak kata ada kacukan cina,
Muka gelap. Haha.
Asyik asyik beli limau.

Dia ni gila limau !
Bagi dia 4 kotak sehari pn gerenti habis,
Dia kata nak ada vitamin dalam badan.

Sanggup cari yang mahal punya asalkan tertunai hasrat, hah senang kata macam orang mengidam lah.
Saya sendiri kalau dia beli dan dia offer, tak sampai hati. Sebab saya tahu tu kegemaran dia.

Haih, untunglah ada gf macam saya, baik, dan sweet. Walaupun lecur air liur tapi demi dia, telan balik air liur. Haha.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

USAHA DAN USAHA

Jika kita sering memberitahu bahawa kita telah penat berusaha namun sehingga sekarang masih belum belum berjaya mencapai apa yang kita impikan, kita sebenarnya sedang meracuni fikiran kita dengan pemikiran dan percakapan yang negatif. Lambat laun jika kita belum sedar-sedar, maka kita bakal terhumban kelembah kekecewaan yang berpanjangan.

Jika kita memikirkan kita begitu penat berusaha, cuba kita fikir dan kaji mereka yang telah berjaya. Mereka mencapai apa yang mereka hajati bukan dalam sekelip mata.

Mereka berjuang dengan titik peluh dan curahan keringat serta airmata sepanjang kehidupan mereka. Ingat wahai teman ku, saya hanya mengecapi erti 'kesenangan' dan terpaksa 'bertarung' sehingga kini…dah lebih 30 tahun perjuangan ini!

Oleh yang demikian kita perlu terus merancang untuk menjadikan diri kita juga berjaya seperti dengan menjauhkan pemikiran kita dari unsur-unsur negatif yang bagaikan racun yang boleh merosakkan perjuangan kita. Ubah strategi mengikut keperluan semasa sekiranya plan A kurang berkesan. Pemikiran mesti kreatif dan berinovasi. Kena cepat bertindak mencari dan merebut peluang. Bantu juga orang lain untuk kita dibantu!

Kita perlu yakin jika kita sering menghadapi kegagalan, ingatlah kegagalan itu adalah merupakan langkah-langkah yang semakin hampir membawa kita kepada kejayaan.

Jangan kita berundur di saat-saat setapak sahaja lagi untuk kita mampu menggenggam impian kita!

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 28, 2013

CERITA MASA KECIL

Tadi mengemas locker bilik.
Terjumpa gambar-gambar lama.
HAHAHA

Lawak bila tengk muka sendri,
Ingat lagi,
Mama ni suka betul pakai saya gaun,
Kasut tumit-tumit,
Berlonceng-lonceng,
Bibir pula merah menyala-nyala !

Lepastu suruh saya beraksi depan kamera, lenggok itu lah,
Ini lah. Nk tidur, bgun tidur,
Semuaaa bergambar.
Sebabtu lah sampai ke besar ni suka bergambar. Nasib baik bf sudi ambil gambar diri ni.

Uall jangan tenung part rambut lama-lama, tu namanya seksi.
Ikal mayang okey. Haha

Seronok bila tengk gambar lama kan ?
Ingat lagi menangis dengan mama,
Sebab tak mau pakai gaun,
Gaun tu berbulu-bulu,
Gatal leher ! Lepastu mama kata kalau saya pakai mama ajak makan KFC,
Zaman dulu, KFC tu dah kira best gila lah. Sekarang ?? Tak dilayan. Hehe.

50tahun lagi,
Kalau panjang umur,
Mesti gambar ni akan bertukar senyuman, mungkin masa tu cucu pula kata "grandma punya bibir coolll !!! Merah menyala !" Haha

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAIN BEBENOR

Gambar abah masa kecik.
HAHAHA

Tadi letak gambar tu sbelah muka abah dan saya kata,
"Lain bebenoo bah !" HAHAHAHA

Dulu tembam alolo comey,
Sekarang lagi tembammmm !
Huhu ;p


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 27, 2013

HAPPY LUNCH HOUR

Nasi empit sambal kacang wif lodey,
May favorite !!!
Nak anyam ketupat malas,
So zaman skg mudah,
Ada nasi empit ;)

Have fun with ur food too okey,

With love,
FatinFashiekin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DATING DI JUSCO. LAGI (-_-)

Dah lama tak upload-upload gambar,
Tapi gambar saya tak ada,
Tak ada sapa nak ambil gambar saya (-_-)

Hari ini, 27 JANUARI 2013,
Macam saya cerita semalam.
Menunaikan keinginan incik jantung hati, dia teringin makan pucuk gheti.
Puas saya cari tak ada.
Pucuk manis pun tak ada.
Actually kalau pucuk manis ke, pucuk ubi ke, rumah tok banyak. Tapi malas nak pi petik. Huhu. Memandangkan ke supermarket, eh ! Ada pucuk paku pakis ! So buat lah masak lemak pucuk paku campur tempeh.

Then, nak buat sambal belacan,
Tapi incik lalan cukup pelik dengan sambal belacan jawa. Serius dia pelik. Haih. So, buat bawal masak masam manis dan udang galah goreng, tu je.

Dia bagi saya kek,
Saya bagi dia lauk pauk.
Adil kan ?

Makan-makan kat taman seribu bunga,
Picnic-picnic kemudian macam biasalah,
Dia kata nak beli roti, minta teman.
Roti ?? Tak caya lah setakat roti je.
Dan port biasa kami, Jusco Melaka.
Saya rasa cashier pun bosan tengk kami.
Dartting di jusco ? Kalau tk jusco ke mydin ? Kalau tk mydin ke tesco ?

Dia ajak juga pi MP,
Suruh tengk excercise machine,
Entah lah. Dia ni cukup tension betul tgk saya. Dia kata saya da nak macam badan farah fauzana. peha besar (-_-)
Tapi malas dilayan, membazir je,
Basikal ada kat rumah, cuma malas nak kayuh. Tapi every night before sleep, saya still jogging, skipping dan bumping. Tapi, samaa je.. Tak ada perubahan pun ???? Haha

Setelah berjam kat jusco,
Lepas habis bayar,
Saya lapar. Tapi dia kenyang.
Ni lah padah orang pelawa makan tapi konon menolak. Hehe. Tapi uall perasan tak ? Kalau masakan sndiri, kita kurang selera makan ? Tak teringin pn ?

Kena lah beleter juga dengan incik lalan,
Ala, dia memang cukup suka bab beleter. Tapi bila depan orang, diamm je. Cukup pelik pada orang yg kata dia pendiam. Oh pelissss ! Dia ajk mkn kt old town, saya tk mau. Saya tringin pizza !

Apapun, harini best !
Wpun dikata gemuk.
Wpun selalu gaduh dipukul dahi dengan tisu, saya pula suka tonyoh dia punya jerawat muka. Dn kata "eeeeee !!!"
Wpun gaduh dirampas hp dn dia cuba delete semua gambar2 dia sebb dia kata dia nampak tak handsome, sampai saya tpaksa menangis2 minta disimpati padahal nk upload kt blog. HAHA.
Taktik.

Terima kasih,
Saya seronok sangat :)


Ok. Gdnight,
Esk isnin. Mari myimpan kceriaan untuk esok ye kawan-kawan.

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERIMA KASIH SAYANG ! (KEK COKLAT BADAM)

Kek buatan kekasih,
Terima kasih. Terharu.
Ada patut bf bt kek utk gf ?
(-_-")

Dan gf pula tak reti buat kek. Huhu.
Tak pa, tak salah belajar.
Daripada buat-buat pandai. Kan ?

Saya pun kalau dengan dia selesa,
Tanya je mengenai segala benda yang saya tak tahu, sure dia ada jawapan.
Tapi kalau dah tahap bosan saya ni tak faham-faham apa yang dia explain,
Dia amik tisu, gulung panjang,
Ketuk kepala saya pelahan. Haha

With love,
FatinFashiekin


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENGALAMAN BERSALIN AHMAD FURQAN BIN AHMAD FAIZAL

sekarang Ahmad dah 1 tahun, sebelum mommy makin pelupa, so mommy nak catit segalanya. sebab itu pengalaman manis, melahirkan anak lelaki din...