FOLLOWER

Wednesday, May 20, 2015

RESEPI HARIAN : NASI GORENG KAMPUNG MUDAH DAN SIMPLE

*resepi saya tanpa belacan,
Sebab lupa beli. Tapi sedap je iols makan*‎


‎BAHAN-BAHAN :
2cawan nasi sejuk
2 biji telur ayam
6 cili padi
4 tangkai sawi *dipotong
lobak *dipotong‎
1 bj bawang besar
3 ulas bawg putih
1 sudu sos tiram
1/2 cwan ikan bilis ditumbuk
3 sudu myak
Sedikit kicap cair
1/4 ikan bilis digoreng



MULA MEMASAK :
‎(Tumbuk kasar)‎
- cili padi
-ikan bilis
-belacan‎

(Tumbuk lumat)
-bawang besar‎
-bawang putih‎


CARA-CARA MASAKKAN :‎

1)Panaskan 3 sudu minyak masak,
Masukkan udang,‎ masukkan bawang yg dtumbuk, kacau hingga naik bau

2)Setelah naik bau, masukkan cili tumbuk + ikan bilis yang ditumbuk kasar tadi, kacau rata.

3)kemudian masukkn sawi beserta lobak,‎kicap cair+sos tiram.. kacau ‎rata dn ketepikan bahan ke tepi kuali

4)akhir sekali, masukkan telur + nasi.. gaul rata..
Sehingga garing. SIAPPP!!


‎Sesuai untuk sarapan,‎
‎Hidangkn dengn keropok + telur mata.


Lepas subuh incik lalan sambung tidur,
So lepas incik lalan terlelap,‎
Saya kedapur perlahan-lahan,‎
Kunci pintu bilik tak nak incik lalan sedar.


Mulakan projek membuat nasi goreng kampung! 
Bahan2 yang perlu ditumbuk saya dan buat malam tadi sebelum tidur, so segala perkara dipermudahkan.‎


Then bila dah siap masak, snap photo, upload ke instagram. Siap kan air teh kegemaran incik lalan. Kemas-kemas dapur, kejut dia bangun tidur.


Macam biasa, dia liat nak bangun. Terus tunjukkan gambar yang saya ambil tadi pada dia, saya kata "jom bangun, kita makan ni".. terkejut incik lalan, dia kata "sapa buat? sayang niiiiii, susah2 je pagi-pagi" 


Bila kt meja makan, dia gelak.
Almaklumlah we'ols kan pengantin baru,
Saya sendiri pun tengah belajar apa incik lalan suka, apa yang incik lalan tak suka.

Yang penting, saya pegang! 
"BIAR TAK PANDAI MASAK ASALKAN RAJIN MASAK!" saya pegang ayat tu dan saya nak kenyang kan perut suami sentiasa. Even incik lalan hebat memasak, tapi dengan saya, saya tk benarkan dia ke dapur (punah ranah ribut taufan nanti dapur) hahahah


Setiap kali lepas masak je, saya akan mms gambr masakan pada mama abah. Haha. Tunjuk kehebatan anak gadisnya ini. Dengan caption "hebat tak akak" almaklumlah, mase anak dara dulu anak daranya ni pemalas. Almaklumlah, ada mama, duduk pun dengan mama, segalanya dah terhidang, tinggal mengangga je. Sekarangg, tidak lagi. Tapi Allhamdulillah, nampaknya saya sedang mengikuti kemahiran memasak my mom. Mama saya kalau masak superb ok! 


Tadi kat meja makan,
Saya kata pada incik lalan :
"Awak jadi tukang rasa masakan saya ye, apa saya makan, telan ye, tak sedap cakap, esok saya buat menu lain ye".. incik lalan gelak besar. Siot je. 


Lady faizal,
FatinFashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...