FOLLOWER

Monday, May 4, 2015

PERNIKAHAN #FASHIEKINFAIZAL


Allhamdulillah,
Perkara paling indah dalam hidup,
Kami sah menjadi suami isteri.
Dengan sekali lafaz..

Majlis berjalan lancar,
Ramai kawan saya datang,
Ramai kawan incik lalan datang,
Ramai saudara mara datang,
Ramaiii lah. Terima kasih pada yg sudi datang! 


Pukul 5.30petang pun ada 30 orang kawan sekerja incik lalan datang, ada rasa awkward sendikit dalam hati, tapi lalui je lah. ‎Rasa seronok bila diperkenalkan, rasa sangat dihargai, dan kepala asyik berfikir "aku isteri orang hoiiiii, isteri oranggg" haha


Incik lalan :
"Sayang suka tak jadi isteri abang"

Saya balas :
"Suka, sayang memang nak jadi isteri abg pun"



Hari pertama sebagai suami isteri,
Seperti yang saya dah tahu lama,
Dia memang hormat orang tua,
Tahu bawa diri.
Dan saya sendiri tahu,
Mama abah sayang dia. 


Mengenai penjagaan incik lalan,
Dia mudah. Dia senang. Dia memahami.
Dia tak banyak karenah.
Dan saya rasa sangat lah bersyukur dia jadi suami saya ! Mudah dengan dia.



Hari pertama sebagai isteri,
Setelah siap menyental periuk,
Setelah siap menyusun periuk,
Incik lalan bawa saya balik melaka,
Tunjuk jalan nak ke rumah melaka,
Supaya saya senang nak balik melaka.
Serius, tak ingat pun. Haha.


Masa masuk rumah dia,
Saya kata :
"Yang, bawa x surat nikah?
Naya ni kang pengantin baru kena tangkap basah. Saya punya muka dah lah gugurl, orang mesti tak caya bini orang" hahaha


‎Ok. Nanti saya share pula mengenai persandingan saya ye :) 

Lady Faizal,
Fatinfashiekin



No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...