FOLLOWER

Monday, January 5, 2015

JAWATAN KOSONG


Sedang mencari staff bru di farmasi,
Oh, disaat saya akan busy terkejar sana sini,
Masa ni lah ada staff minta bhenti mengejut.


Sebelum ni kak sue berhenti,
Ni ada berhenti lagi,
Dah lah dah train dan gilap dengan kilatnya,
Segala liku2 dah di curahkan ilmu,
‎Segala macam ubat pun dia dah pandai handle.
Tapi, apa kan daya.


Saya bincang dengan incik lalan :

Saya :
Pelik lah dengan orang melayu kita, fresh graduate ke, tak fresh graduate ke. Imaginasi diaorg dlm dunia kerjaya ni tinggi sangat. Yg graduate, demand part gaji lpstu performnce poyo. Yang plain non graduate, hati x kental, performance hambar.


Incik lalan :
Itu lah orang melayu kita, nk kerja senang, nk gaji banyak, tak nak usaha.


Saya :
Susah nak cari pelapis saya dengan kak ani, saya sendiri bkerja, niat saya bukan gaji semata, tapi saya cinta tiap apa saya buat, so saya tak rasa penat. Saya suka pkerjaan bermasyrkat macam saya sekarang. Saya suka bila masyrkat kenal saya. Bila masyrkt berterima kasih kerana ubat yg kita bg sesuai dengan mereka. Ada yg dtg, bg makanan lah atas dasar berterima ksih. Saya suka dengan kerja ni. Kenapa org melayu muda kita ni tak buka minda? Kenalah balance antara gaji dan niat dalam cari rezeki. Lgisatu, kerja ni mudah dapat pahala.


Incik lalan :
Orang lain tak macam awak. Awak memang hebat dalam bab bermasyarakat. Awak punya mulut memang jenis tak berhenti bercakap, jenis awak memang dicampak ke mana pun, awak boleh bawa diri. Macam orang lain, ada yang lebih suka bkerja depan komputer dan menaip, tak berborak dengan orang sekeliling. Awak tak boleh samakan minat orang dengan minat awak.


Bila dah kena basuh akal dengan incik lalan, fine, baru lah tersedar. Betul. Tak boleh nak paksa orang masuk dalam bidang yang kita suka tp orang lain tak suka. Macam saya, kalau ttiba masuk dalam bidang yang memerlukan saya menaip 24jam, minta maaf, kerja saya guna mulut, untuk consult, untuk explain, kerja guna tangan menaip2 memang bukan saya. Mahu2 tertidur depan komputer. Haha


Apapun, semoga akan berjumpa jodoh dengan staff yg mmiliki minat yg sama macam saya dan kk ani! Saya mencari "team" saya tak mencari junior. 


Jangan risau, saya bukan kaki buli.
Jangan risau, saya ajar lemah lembut.
Yang saya risau, 
Saya dh train lpastu awak resign (-_-")



Sekarang incik lalan pn ada train staff baru dbwah dia, Perempuan. Sebaya saya. Incik lalan kata "budak lagi lah, 25tahun" lepastu saya jeling dia "hello, saya pun 25tahun tau, saya budak ke?".. then dia tarik tudung saya "awk tu umur je 25tahun, tapi lifestyle awak mcm 28tahun dah. Orang tak kan pk umur awak 25tahun, x caya, cubalah suruh orang teka umur awak,." 


suke betul sakitkan hati kite.


Tapi tak pa,
Saya suka matang2 ni.
Yang saya tk suka adalah "tua"
Hehe



Lady faizal,
Fatinfashiekin

No comments:

DEK KERANA ANAK 😅

setahun 2 biji tv anak rosakkan, baru nak tarik nafas lega sebab tv mmg da ada, so next plan untuk sofa leather idaman. . TETAPI, baru sebul...